Monday, January 24, 2011

Warisan Melayu Dan Islam

Pak Aji berbaju jubah
Turun ke padang menembak rusa
Orang mengaji memuji Allah
Orang sembahyang lepas dari dosa

Mari kita tunaikan segera
Rukun islam lima perkara
Kalau sembahyang masuk syurga
Tak sembahyang masuk neraka

Itu pantun yang arwah tokki ajarkan masa aku kecik dulu. Pantun 4 kerat ini tokki dendangkan secara berlagu. Sedap jer kedengaran pantun ni. Walaupun ringkas tapi maksud pantun ni cukup jelas. Menyeru kita mengukuhkan tiang agama dan menunaikan 5 perkara dalam rukun islam. Orang-orang tua lama kreatif mencipta pantun. Kebanyakannya berunsur nasihat.

Orang sekarang dah tak minat pantun, gurindam dan syair. Ada yang cakap pantun dah ketinggalan zaman. Pantun sesuai untuk orang-orang lama saja. Pantun dah tak sesuai dengan generasi baru. Biar pun ramai yang lupakan pantun tapi masih ada segelintir diluar sana yang berusaha mengangkat kembali warisan turun temurun bangsa melayu ni.

Kita selalu terbaca dan menonton di media tentang isu memartabatkan dan memperkasakan bangsa melayu. Tapi kalau yang lantang bersuara itu tak ambil kisah  tentang warisan turun temurun, tak mengenali akar umbi yang menjadi tunjang kekuatan, macam mana nak mengangkat martabat bangsa melayu. Ibarat sebatang pokok di tepi bukit. Tanpa akar yang kuat, pokok hanya menunggu masa untuk tumbang.

Semasa dalam darjah 6, guru besar masa tu selalu mengadakan perhimpunan ringkas setiap pagi dan bercerita tentang rumpun melayu. Guru besar bersungguh-sungguh menyemai sifat kemelayuan dalam diri pelajar. Guru besar selalu bertanya, bagaimanakah nasib rumpun melayu di masa depan seandainya anak bangsa sendiri lebih mengagungkan bangsa asing. Melabelkan bangsa dan bahasa melayu sebagai low class.

Tun Dr. Mahathir kata, orang melayu mudah lupa. Hang Tuah pula berkata, takkan melayu hilang di dunia. Yup, melayu akan terus wujud cuma telah ditransformasikan kepada melayu versi celup tepung.

Saat ini, isu perkauman adalah perkara sensitif yang tidak boleh diperkatakan sembarangan. Kalau terkeluar sebarang statement memburukkan kaum atau mempersoalkan hak orang melayu, ramai yang bersatu membuat bantahan. Penuh semangat berarak beramai-ramai membuat report polis. Berebut wartawan mendapatkan bahan berita. Tapi bila agama islam dihina diperlekehkan, ramai yang mengunci mulut. Hanya semut kecil yang bersuara sedangkan kerengga berdiam diri.

Apa pun, dilahirkan sebagai bangsa melayu tak bererti secara automatik beragama islam. Apa gunanya perkataan islam tertera pada myKad tapi apa yang dituntut dalam agama tidak diendahkan. Islam bukan terletak kepada nama, tapi kepada perlaksanaannya.

Dipetik kata-kata seorang pejuang agama, “Aku tak sanggup mati kerana mempertahankan bangsa. Aku lebih rela mati kerana mempertahankan agama.”

Di akhirat nanti, bukan jenis bangsa penentu jalan ke syurga tapi ilmu agama dan amalan semasa hidup..

17 comments:

Imran nyambek said...

stylo entry bro.
gua setuju... islam bukan terletak kepada nama, tapi kepada perlaksanaannya. *gua jadi ustaz hari ni.hehe

MataHati @ MH said...

eh...mcm tak ku percaya ko bertukar watak...hahaha

Reen Azreen said...

skarang ni mualaf lebih islam dr org yg islam sejak lahir lagi...

Encik MamaT said...

lama tak berpantun ni...

nak harapkan amal kita ni tak mampu la nak beli syurga... hanya Rahmat Allah yang membawa kita ke syurga

Ayuni said...

hm, kdg2 kte luper....

MataHati @ MH said...

Reen Azreen - betul..dah tgk ramai mualaf yg jauh lebih taat menunaikan perintah Tuhan. sedangkan kita buat acuh tak acuh

Encik MamaT - selagi masih bernyawa, kita cuba tingkatkan amal

MataHati @ MH said...

Ayuni - melayu mudah terlupa dan melupakan

Cik TeN10 said...

sy nk jd gadis melayu terakhir lah..hehe berangan je lebih!

sma2 lah kita berpesan2 kpd kebaikan (",)

MataHati @ MH said...

jangan....jangan...
nanti takder pilihan wanita melayu untukku jadikan teman ;p

JP Nurul said...

perempuan melayu sekarang pakai tudung...tp solatnye tidak...
tp mulut megaku islam...

MataHati @ MH said...

ramai yg pakai tudung tapi part lain tak tutup

NOOR FATIN said...

setuju! agama lagi penting!

Cempakamelati said...

Bangsa dan agama, kedua-duanya penting dan harus dipertahankan.

gadisBunga said...

sebab tu jgn terus judge a book by its cover. seorg yg nampak moden belum tentu tak beragama. seorang yg nampak alim belum tentu ikhlas ibadatnya.

jgn jadikan islam itu susah.islam itu adalah cara hidup, dan cara hdup bukan ditentukan dari cara berpakaian dan nilai kekayaan, sebaliknya selagi seseorang itu berpegang kepada AQ dan Sunnah, insyaAllah segala apa yg dibuat akan diredhai...

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

nenda dan atok kita pun suka berpantun:)
nice one, pantun tentang dunia dan agama. banyak pengajaran tersurat di sebalik pelaksanaannya yg harus dikerjakan!

MataHati @ MH said...

NOOR FATIN - agama didahulukan

Cempakamelati - jika diberi pilihan antara dua , pilih lah agama ;)

MataHati @ MH said...

gadisBunga - hanya diri kita sendiri yang membuatkan islam nampak rumit dan sukar dilaksanakan

FIFIEY LYCHEE MARATION - patut kekalkan warisan pantun melayu