Saturday, January 15, 2011

Musim Baru Persekolahan

Sesi baru persekolahan 2011 dah pun bermula. Waktu honeymoon dah tamat. Sekarang masa untuk belajar kembali. Hari pertama sekolah confirm macam-macam kerenah budak-budak darjah 1 boleh dilihat. Ada yang steady jer, ada yang menangis nak balik. Ramai jugak mak ayah terpaksa tunggu sampai habis tamat hari pertama persekolahan. Ini semua kes si anak akan melalak bila tak nampak mak ayah kat tepi kelas. Anak manja betul ah. Dalam berita ada ditayangkan keletah budak darjah terguling atas lantai sebab tak nak masuk kelas.

Budak baru masuk darjah 1 ni menyimpan seribu satu cerita. Ada yang terkencing dalam seluar, ada yang terberak dalam seluar macam kawan aku dulu. Sedar-sedar jer ada bau harum menusuk lubang hidung. Kembang kempis hidung menghidu bau kurang menyenangkan ini. Sampai termuntah cikgu dibuatnya. Kesian..dah ler cikgu tu tengah pregnant. Takkan lah cikgu jugak nak tolong basuh. Last-last cikgu suruh balik rumah jer. Hahaha.. How are you, dr. yunus? Masih ingat lagi kan kisah berak dalam kelas ni.

Masa aku mula-mula masuk sekolah dulu, tak ubah macam rusa masuk kampung sebab aku tak masuk pun tadika sebelum tu. 1st day kat sekolah blurr jer. Tak tahu nak buat apa. Malu-malu nak berkenalan dengan kawan baru. Balik sekolah tak der siapa nak datang jemput. Terpaksa balik jalan kaki sorang diri. Mujur tak jauh dengan rumah tok. Masa tu bonda tak dapat jemput pulang sebab baru lepas bersalinkan adik ke 3. Duduk depan pintu jer lah menanti kepulangan anakanda tersayang.

Zaman sekolah dulu, bukan main tebal buku teks. Tak tahulah berapa kilo berat buku dalam beg tu. Agaknya lah, terkurang sikit dari berat badan aku kot. Korang mesti ingatkan zaman membawa buku teks yang berat tu. Tahun ni aku lihat buku teks budak darjah 1 dah nipis. Tak setebal macam dulu. Ringan lah kalau nak galas beg tu. Darjah 4 nanti dah tak perlu galas buku. Bawak jer eBook ke sekolah. Hebatkan budak zaman sekarang. Baru sekolah rendah dah tahu main komputer. Aku dulu lepas SPM baru belajar nak main komputer.

17 comments:

Ayuni said...

hikhik, kelakar waktu budak2 dlu...

NaDia CoMaNeCi said...

Aisy si otromen 1st time ke sekolah thn nie tadika 5 thn..menangis setiap pagi..2 minggu berlarutan..alhamdulillah sekarang dia da bole terima kenyataan kena bangun pagi setiap hari ke sekolah..jemput baca entrinyer.. ;)

http://nadiacomeneci.blogspot.com/2011/01/mama-yg-nangis.html

http://nadiacomeneci.blogspot.com/2011/01/am-i-too-protective.html

Fitrah Adnan said...

musim baru persekolahan bermula...maka bermulalah bersengkang mata...waahhhh...nak guling2 atas katil tp keje sekolah bnyk!

NOOR FATIN said...

haha tau xpe. lpas spm baru pandai main kmputer, budak2 skrg skolah rendah dah pakai laptop. haha

cek chun said...

yg berak tu dah jadi dr yer. pasni kena suroh depa pakat2 berak dlm kelas laa.lol

JP Nurul said...

hehe...dasyat lah bdk tuh..takut dekat cikgu ke ape sampai nak berak pon xbgthu...

Cik TeN10 said...

ohhh..penah sekali silap masuk kelas!!..huhu malu gile!!!

Hanisah Safian said...

haha.comel je! :)

Mata Hati said...

Ayuni - zaman budak2 simpan byk kenangan

Nadia Comaneci - budak2 baru nak mengenal alam persekolahan mmg mcm tu. lama-lama nanti ok lah. bersemangat nak pi sekolah ;)

Mata Hati said...

Fitrah Adnan - hari minggu kan boleh rest puas2.. ;)

NOOR FATIN - budak2 sekarang beruntung sbb byk kemudahan disediakan

cek chun - hehehe..agaknya mcm tu lah

Mata Hati said...

JP Nurul - takut nak pi tandas.. :p

Cik TeN10 - mujur takder baldi kat tepi..kalau tak...hehehe

Hanisah Safian - ;p

MAPPIAU said...

uih time sekolah rendah dulu memang tiap2 hari bahu senget bawak bukuk teks gile punyer berat, kirennyer kalau naik timbang sekali ngan beg sekolah waktu tuh memang boleh nanges la hahahaha.

Mata Hati said...

kalau darjah 1 dulu, ramai mak ayah yg tolog bawakkan beg sampai ke kelas. nak suruh anak bawak, silap haribulan terbalik ke belakang..huhu

mie said...

menggabang telipot?
dekat dgn gong badak la..
ehehee

gadisBunga said...

siyes ada yg terberi dalam kelas??? hahhaaaa!!!

e.l.i.z.@ said...

hahahhahah siap guling atas tanoh dih? dasat sungguh..igt kan zaman le ni xdop doh budok nangis..ye ar, mok pok le ni atar masuk tadika dulu

hahahha dr.yunus ke hop ter-berak tu hahahah..xpo xpo..le ni jadi doctor doh dio hehehhe

Mata Hati said...

mie - betul sekali

gadisBunga - dah jadi sejarah yg tak mungkin berulang

e.l.i.z.@ - kalaulah patient dia tahu kisah berak ni, mcm manalah agaknya..hehehe