Suatu pagi yang amat sejuk, aku terjaga dari tidur setelah bermimpi buruk. Dah lama tak bermimpi buruk. Macam mana nak bermimpi kalau jarang tidur malam. Semalam tertidur awal pun sebab dah beberapa hari tak cukup tidur. Dengan keadaan masih mamai, terus capai tuala yang tersangkut di pintu dan pergi mandi. Brrrrr!!! Sejuknya air terasa hingga ke sum-sum tulang. Kalau setiap hari macam ni, jadi beku lah aku. Dapat gaji nanti kena pasang pemanas air.
Siap mandi, dengan penuh bersemangat berdiri di atas sejadah menunaikan solat subuh. “Sahaja aku menunaikan solat subuh 2 rakaat kerana Allah Taala.” Selesai memberi salam, tetiba rasa hairan kenapa tiada ayam berkaraoke pagi ni? Sudah bisukah semua ayam-ayam jiran ku? Selalunya ayam-ayam ni lah yang mengada-ngada sangat berkaraoke di subuh hari walaupun suara serak-serak basah. Terus capai handphone tengok jam. Kuch kuch hota hai!!! Subuh apa nya, baru pukul 2 pagi lah. Ni lah kejadahnya kalau tidur tak ikut masa yang sepatutnya. Orang lain tidur 7 jam sehari, aku tidur sejam dua jer.
Mujur tak tergerak hati nak pergi ke surau. Kalau tak, aku mencipta sejarah cemerlang gemilang terbilang menjadi orang pertama sampai di surau. Tok bilal dan pak imam pun tengah lena diulit mimpi lagi masa tu. Sekian secebis kisah sebelum subuh hari. Pengajaran dari kisah ini, jangan lupa lihat jam bila terjaga dari tidur.
15 comments:
hehehe...patutlah sejuk tak ingat kan...
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Selamat Tahun Baru Dengan Azam Baru
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
wooooo aku lepas subuh sambung tidoooooo sambung mimpi enak mlm tadi
salam
hahaha buat lawak yea?
betol tu pesanan terakhir. lihat jam sebelum bangun dr lenamu hehe.. tu bukan subuh, solat tahjud hehe....*betol ke hehe..
bagusnya.. awal betol bangun..
boleh sambung solat hajat ke istikharah ke...hehehhee
ciK mOt - sejuk teramat sangat. dah mcm mandi air batu jer
Afzainizam - aku tak biasa sambung tidur lepas subuh. bimbang terlajak masa, tak pasal2 lewat ke opis
apezs shah - tu lah pasal sebelum ni kaalu bangun tidur confirm tgn jam. just tadi jer lupa nak tgk. buat jer lah solat sunat yg lain sementara tunggu subuh
sz | m.s.s - mcm tu yg patut dibuat. mata pun bila dah terjaga langsung tak mahu mengantuk balik. dari bang masa tgk siling, baik buat sesuatu yg berfaedah
hehehehe. itulah!
itu maknanya di suruh bangun qiamulail..
solat hajat sekali..
haha tergelak bace..hehe, macam2 la..boleh pulak tu terus mandi bagai.. :P
eh buat keje ape sampai tak cukup tdo tu??
hikhik, sye ske dengar azan kt ganu, unik....
mamai yerk..hehehe
salam,
kekekeke... patut ler terasa air sejuk sampai ke tulang sum-sum...
Anitadahahs - yer yer.... :)
Siti Safiyyah - buat kerja...secret
Ayuni - ntah...rasa mcm sama jer
Sricahaya - mamai sikit-sikit...hihi
My Little Diary - kat sini setiap masa air sejuk. nak cari pemanas air laaa
Post a Comment