Salam jumaat. Dah lama tak surfing internet. Ni semua gara-gara sibuk dengan tugasan, pergi jalan-jalan dan kabel telefon dicuri orang. Dajal sungguhlah pencuri kabel ni. Habis 200 buah rumah terputus talian telefon kerana diaorang. Terkena pulak hari khamis, minggu terakhir sebelum tahun baru. Bila pekerja TM datang check, tak dapat baiki segera sebab kabel telefon kat tiang tepi jalan hilang dirembat pencuri. Lagi pun hari tu sepanjang hari turun hujan. Hari jumaat cuti mingguan, hari sabtu cuti tahun baru, hari ahad cuti umum bagi 3 negeri sempena kejayaan team bola negara, hari isnin sampai selasa minggu berikutnya, belum nampak apa-apa tindakan lagi. Ditambah lagu hujan tak menentu. Bejanggut lah tunggu diorang datang ganti kabel baru.
Aku tersedar talian telefon terputus dalam pukul 4 pagi. Masa tu tengah asyik mengarang entry ke 2. Tak sempat nak tekan publish tiba-tiba dah berkelip-kelip lampu modem. Lampu merah kat socket telefon pun terpadam. Ah sudah!! Time tu aku rasa nak bertukar jer menjadi Hulk gara-gara tension sebab tak sempat nak post entry ke 2 untuk hari khamis.
Dalam belasan hari ni banyak perkara aku nak share dengan kengkawan. Cerita pasal tahun baru, cerita pasal pengalaman masuk sekolah, cerita tentang mimpi tak basah dan macam-macam lagi but what to do. Tanpa talian telefon, tak dapatlah aku connect ke internet. Permulaan tahun baru yang sunyi tanpa internet connection. Mujur boleh taip dulu dalam Windows Live Writer. Publish kemudian. Ada hampir 30 entry dah siap dikarang. Cukup untuk bekalan selama 10 hari.
Nak pergi cyber cafe malas ah. Zaman bercyber cafe ni dah tamat bagi aku. Rugi berhabisan duit kat situ sebab kelajuan surfing internet tak seberapa. Everything dah ada dalam bilik aku yang tak ubah macam bilik pejabat dan library. Kalau ditakdirkan kawin esok-esok tak boleh jadikan bilik ni sebagai bilik pengantin. Bimbang gak kalau tetiba terlupa nak off webcam. Tak pasal-pasal terakam aksi pengantin lelaki terlampau. Malam pertama pun sempat lagi update blog dan blogwalking. Tahu-tahu dah tersebar kat youtube. Naya kalau pak mertua tahu..!!! hehehe. Ni baru dipanggil blogger mania. Whatever, semoga semakin murah rezeki kita di tahun baru ini.
Jumpa lagi di next entry. Esok nak pi jalan-jalan mandi air terjun dan makan satay. Malam sabtu atau ahad baru online semula. Tata titi tutu…
24 comments:
hikhik, br ader....lawa header br....kt ganu nie ader org ntah aper2 ske curik kabel....kt unisza plak wireless lembab, hrpkn broadband jer...
As salam.Ermm patutlah hilang lama.apa pun semoga perjalanan kehidupan lancar semuanya.
patut la lama diam menyepi. hehehe
salam,
alhamdulillah, akhirnya dpt jgk line internet ye.. ingatkan ada apa2 hal, sbb lama takder cite kat blog...kekeke...
apa2 pun jaga2 dgn aksi malam pertama pengantin, bimbang betul2 terakam.. hahaha
juz kiddin'
wahh...seribu satu cerita ni...
patutlah diam...ramai merinduimu ni der...hehehe
hhaa..lame tak nampak kamu, :)
owh itukah sebabnya...kak lynn tertanya-tanya gak mana la kamu menghilang...
eh.. anda duk kat trg area mane? sbbnye kt rumah saye pon kabel telekom dicuri dan saye xdapat gune telefon rumah..huhu.. just curious nk tau kt mane.
wa'alaikum salaam :) hepi weekend..!
ahaha..kalau ea pun nk wt projek check r dlu webcam!!..bahaya!..bahaya!..haha :D
haa... baru nampak dia... ada pn.
ohh.. rupa rpanya kabel kena curik! melampau betulla pencurik ni! baru2 ni ada masuk tv pencuri kabel kena tangkap!
penaya orang je! TM Rugi juta juta tau....!
nak satay! wuu sedap2
hehehee...kabel kena rampok kesahnya..
hati2 mandi air terjun ye dik...
saya ingtkan awk hilang sbb sibuk nk kawen atau g training jd player bola:p Alhamdulillah sihat pon..hurmm org yg curi kabel tu dah terdesak sgt nak duet agaknya,msti budak2 nakal atau penagih..hmphh
Ayuni - header dibuat saat tgh tension sbb tiada line tenet
LM - moga-moga mcm tu lah
NM02 - tu lah sebabnya..
My Little Diary - syukur dapat kembali online seperti biasa cuma masih bz dgn keja. ada masa boleh celah2 bukak blog
cik Mot - siapakah yang sdg merindui ku ini..hehehe
ieda - sekarang dah nampak :)
kak Lynn - teka-teki telah terjawab :)
cahayamatakugembira - area kaytee
nurHeart - hepi weekend to u too
Cik TeN10 - what to do.. sekarang ni webcam sudah tersedia dlm laptop..haha
kella - tu lah. selalu jer nak menyusahkan org ramai. kerana diaorang, ramai yg alami kesusahan
NOOR FATIN - nanti boleh beli satay ikan.. murah jer, 20sen sebatang :)
SUZIE APAI - pesanan mu itu akan ku ingat selalu
alexa yussida - kawin? x der calon lagi ah. x tercapai cita2 nak main bola sbb lutut dah injured. kira bersara terus..
budak penagih lah tu. nak cari jalan mudah dpt wang.. mujur kabel telefon. kalau kabel letrik, harus dah rentung jadinya
hah...muncul dah pon...ingt dah nak ilang dah geng bola lg sorang..:p
btw,sangt jeles coz dpt pegi kat air terjun...huhu
jom lah pi mandi air terjun jugak. nanti boleh buat aksi summersault berpusing.. ;)
haishh, curi mencurii pulak ye.. sabar je lah, pasti terima balasannya nantii. peshhhhhhh..
btw, salam kunjungan malam minggu:)
kabel tepon ni mmg biasa sgt dgr kes kena curi..sapa la punye keje tu yea...
nasib baik kat kawasan sya tk de lagi setakat ni...
tu la pasal...bila dah dicuri, amik masa lama untuk TM ganti yang baru. kaedah terbaru sekarang ni, tanam terus kabel tu dalam tanah
Post a Comment