Saturday, January 29, 2011

Hari Temuduga

Dalam pukul 11 pagi nanti, aku akan menghadiri temuduga bagi jawatan yang dipohon. Ini temuduga pertama bagi tahun ini. Kerana semangat nak bertukar kerjaya, dah belasan borang permohonan aku isi samada manual atau online sejak akhir tahun dan awal bulan ni. Selalunya kalau isi 10, dapatlah dalam 3 panggilan temuduga. Dari 3 temuduga yang aku pergi, selalunya akan berakhir macam angin. Huhuhu..

Teringat beberapa tahun lepas masa aku hadiri temuduga kat sebuah universiti. Memang kaw kaw aku hentam 2 orang pakcik penemuduga tu bila diberitahu jawatan yang dipohon telah diisi sebelum iklan kekosongan jawatan dikeluarkan. Rasa macam dah keluar api ikut hidung aku. Bukan sebab aku frust menonggeng tak dapat jawatan tu. Tapi kesian dengan calon-calon kat luar bilik yang datang dari jauh untuk menghadari sesi temuduga. Datang dengan penuh harapan tapi sia-sia. Aku memang hangin sangat. Kalau dah ada calon untuk isi kekosongan itu kenapa dikeluarkan juga iklan jawatan kosong. Dah ler sekeping borang permohonan berharga 2 ringgit. Hampeh betul..

Whatever, kalau hari ini tak berjaya jugak maknanya belum sampai rezeki aku untuk bertukar kerjaya. Manalah tahu kalau dilain hari aku mendapat offer yang lebih baik dari jawatan yang aku pohon ni. Tuhan lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita...

17 comments:

cik dah ganu kiter said...

smga berjaya..usaha lg kalau x dpt..

hehhe..nasihat kat org..kdg2 diri sendiri pun frust...

YAYA AZURA said...

gud luck ya..chaiyok!

Cik TeN10 said...

pape pn ganbatte !! yg penting usaha .. dapat ke x tu belakang kira =)

Miss Yaty said...

gudluck ye...tak penah de pengalaman temuduga secara live...takut gak nak menghadapi..huhu

Ayuni said...

wat elok, tp kn skang kt unisza rsnye bnyk jawatan kosong....ari tu staff x ckup...

princess laila said...

hmm..ade jugk ea kes mcm tuh? kejam gila kott.. huhu~ pape hal p0n,best of luck yah! :)

nurHeart said...

all the best..! smoga dipermudahkan sgala urusan..

sz | m.s.s said...

insyaAllah semoga ada rezeki utk MH ...
err temuduga hari sabtu? hari bekerja spt biasa kah di sana?

NOOR FATIN said...

smg bjaya awak :)

Cempakamelati said...

Semoga berjaya dalam interview dan mendapat pekerjaan yang diinginkan.

maya amir said...

good luck.. insya Allah, ade rezeki tu:)

MataHati @ MH said...

terima kasih u all atas ucapan tu.. ;)

sz | m.s.s - cuti cuma interview jer telah ditetapkan pd hari cuti minggu ni

kella said...

kita doakan semoga rezeki berpihak pada anda! insyaAllah.. jika benar itu telah ditetapkan untuk anda.. mesti dapat punya, tapi seandainya tak dapat, dont worry, mungkin ianya tak sesuai dengan anda.. Allah lebih tahu yang terbaik.. :)

all da best!

cek chun said...

moga2 dapat lah kerja yang sesuai dengan jiwa.

~Pn.Ilah~ said...

Good Luck bro!!!

MataHati @ MH said...

arigato minna ;)

♥MAMASYAZA♥ said...

dah berkali2 p temuduga, tetap ketaq lutut