Siri ke-11 entry berkaitan fakta. Kembali kepada fakta berkaitan haiwan. Ermm... Semalam terbaca lagi berita pasal pembuangan bayi. Manusia tak tahu bersyukur dengan kurniaan Tuhan. Walaupun anak itu dari hubungan haram tapi dia juga berhak untuk mendapat kasih sayang ibunya. Bukannya dibuang merata-rata. Mereka yang tak berhati perut ini lebih baik dilahirkan sebagai haiwan dari dilahirkan sebagai manusia. Akal ada tapi tak reti nak guna.
- Gajah menghabiskan kira-kira 75% dari masanya untuk makan. Ia makan 200kg sehari dan mengeluarkan kira-kira 100kg najis.
- Istilah ‘Black Panther’ selalu digunakan untuk mengaitkannya dengan kucing hitam yang besar. Tetapi sebenarnya tiada spesis kucing liar yang khusus yang dipanggil "Black Panther". Oleh itu ianya berkemungkinan seekor "Leopard" atau pun "Jaguar" yang mempunyai kulit dan pigmen bulu yang hitam.
- Beruang dewasa boleh berlari sepantas seekor kuda.
- Penguin mengadakan hubugan seks hanya dua kali setahun
- Bebiri akan berbunyi 'baa' kambing berbunyi 'maa'. Sesungguhnya, suara mereka berbeza.
- Mamalia yang terbesar di dunia ialah ikan paus biru Beratnya 50 tan semasa dilahirkan, mempunyai jantung saiz sebuah kereta kecil dan lidah sepanjang seekor gajah. Bila dah dewasa, berat badan nya sebanyak 150 tan (sama berat dengan 30 ekor gajah!!)
- Seekor siput mempunyai 25000 gigi. Betul bacaan anda tadi, dua puluh lima ribu
- Ada cacing pita akan makan diri sendiri jika tidak dapat mencari bekalan makanan.
- Kedudukan mata keldai di kepalanya membolehkan ia melihat kesemua empat kakinya setiap masa.
- Ayam Belanda menghidap penyakit jantung. Tentera Udara Amerika sedang menjalankan ujian batasan bunyi dan ayam belanda yang berdekatan mati disebabkan serangan penyakit ini.
- Bahan buangan (najis) daripada seekor ayam sepanjang hayatnya boleh membekalkan tenaga elektrik yang cukup untuk menyalakan sebiji lampu mentol berkuasa 100 watt selama lima jam.
10 comments:
wahhh..hebat betul najis ayam..agk2 ape kandungan yg ada dlm najis aym erkk smpai boleh menyalakan mentol 100W selama 5 jam ?.. lama tu 5 jam ..
hebat. fakta yang halal dan tidak menyusahkan orang
wow!!
bunyi biri-biri pun dikaji..
hheheee
suka baca fakta2 macam ni. eh wait, siput ada 25000 gigi? how could ya?
perghh, ajaib, dan sgt luarbiasa ciptaan Tuhan. macam2 ada..
hikhik, bgslh fakta2 nie, carik kt maner ek?
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam Persahabatan kami datang ziarah blog anda
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
wehhhh gajah makan 200kg pastu buang 100kg membazir ajer dia makan
ko bayangkan kalau ko belanjerrr member ko makan 200kg nasi goreng daging merah pastu dia keluarkan plak kat tandas 100 kg mau makan penyepak ngan aku
kambing bukan bunyik "mbeeekkkk" kah? ;p
x pernah dengar kambing bunyi 'maa' bunyi beeekkk ade la... ekekekkek
salam pagi isnin =)
penguin hanya mengadakan 2 kali sahaja hubungan seks selama setahun,,,,patut pun kadar kelahiran kat malaysian menurun,,hahah
semoga kita mendapat banyak pengetahuan dari fakta2 tersebut
Post a Comment