Sunday, January 16, 2011

Rempit V11

Cerita malam tahun baru yang dah basi. Meriah suasana dilangit dengan percikan bunga api bila saja jarum jam berdetik ke pukul 12 malam. Dum dam dum dam sana sini. Bestkan sebab bukan selalu lihat persembahan bunga api ni. Sekali buat, beribu riban duit hangus terbakar dengan pancaran warna warni bunga api. Penonton pun bertepuk tangan kesukaan.

Tapi orang kat kampung aku ni terlebih excited. Baru pukul 11:57 malam, dah lancarkan bunga api. Pertunjukan bunga api kat pantai baru nak mula, bunga api diaorang dah habis dibakar. Macam mana lah masa kat jam diaorang boleh terlaju 3 minit…hahaha.. Kalau tak der bunga api tak boleh ke? Baik ler buat jamuan makan sempena tahun baru. Ada gak faedahnya kalau mengenyangkan perut rakyat jelata. Pahala pun banyak dapat..

Dalam pukul 3 pagi selepas habis acara sambutan tahun baru, bukan main bising bunyi motor melintas depan rumah. Prengggg peng peng!!! Kalau sebijik apa ku kisah tapi yang datang ni lebih dari 50 bijik. Ada yang menunggang berseorangan, ada yang membonceng minah tak sedar diri. Ni semua gara-gara melarikan diri dari dikejar polis. Habis satu kampung boleh dengar bunyi siren kereta peronda. Lintang pukang budak-budak muda ni lari. Selagi ada lorong, selagi itulah diaorang masuk biarpun lorong mati. Asalkan tak ditangkap polis.

Asal tahun baru mesti nak merempit secara beramai-ramai. Sudah ler setiap hari minggu penuh budak-budak rempit ni atas jalanraya sampai menyusahkan pemandu lain. Kadang-kadang dah 2 kali lampu bertukar hijau tapi tetap tersadai kat traffic light sebab budak rempit ni sedang bermaharajalela atas jalan. Bodoh sombong betul... Apalah nak jadi dengan diaorang ni. Baik lah balik rumah tidur jer. Tak pun terpacak depan komputer tulis blog. Kan lebih berfaedah tu. Tak lah kena menyumpah sana sini. Tak lah selalu main polis sentri dengan kereta peronda dan motor trafik.

12 comments:

sz | m.s.s said...

apa perasaan diorang ye tengah2 malam dapat merempit tu...gembira kot... ermmmm, nnt klu dah jadik mak bapak ada anak2 bujang/dara dah besar barulah diorg tahu kot mcmana risaunya mak bapak pikirkan pasal anak2...anak? tak risau langsung...

JP Nurul said...

kalau pegi t'ganu jer memang bengang ngan mat rempit...eksyen giler...same jer nga k.bharu....entah bilalah nak sedar diri dorang nih...

maCy said...

rempit ni tak abis2 kan. tp xpna jmpe dpn mate. huhu

Ayuni said...

mat rempit bnyk kn kt dataran syahbandar, x phm btul....

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

kena ajak mereka berblog..br leh jd baik sikit kot?huhu

Mata Hati said...

sz | m.s.s - muda remaja ni hanya fikirkan keseronokkan. tak pikirkan langsung kesan negatif. dlm fikiran cuma mahu kebebasan yg tiada penghujung

Mata Hati said...

JP Nurul - selalu hari minggu mmg mcm tu. penuh dgn motorsikal atas jalan. sampai menyusahkan pemandu yang lain

Mata Hati said...

maCy - lebih baik x jumpa. kalau terjumpa, habislah menyumpah memaki dlm hati

Mata Hati said...

Ayuni - itu tempat berkumpul sebelum berkonvo atas jalan.

Mata Hati said...

sis LM - tu lah. kena fikirkan cara bagaiman nak pengaruh fikiran budak rempit ni utk buat xtvt lebih berfaedah mcm berblog

mie said...

jadilah rempit yang mematuhi undang2 jalan raya..
ehehehee

Mata Hati said...

yup...rempit berdisiplin