Monday, January 17, 2011

Pengemis Kecil

Suatu malam, aku pergi ke bank untuk transfer duit ke akaun adik yang sedang belajar. Sampai depan bank, aku terlihat seorang budak kecil sedang mengemis duit dari orang yang lalu lalang disitu. Aku sangkakan, mungkin datang dari mana-mana sekolah pondok yang biasa datang meminta derma setiap hari. Tapi dari pakaiannya yang lusuh dan rambut yang tak terurus, aku pasti budak kecil ni bukan dari kalangan mereka. Baru aku nak menolak pintu bank, budak kecil ini sudah tersenyum berada di depan aku.

“Assalamualaikum pakcik. Saya nak minta derma sikit. Tolonglah, seringgit pun tak per”
“Adik ni dari mana?” aku bertanya
“Dari dot dot dot” budak kecil tu menjawab.
“Oh..jauh jugak tu rumah adik. Adik datang dengan siapa? Sebab apa adik minta derma?”. Dah jadi kebiasaan aku suka bertanya untuk memuaskan hati supaya tidak timbul prasangka dalam hati bila memberi derma.

“Seorang jer. Ayah lama dah tak kerja sebab sakit. Kalau tak minta derma, tak der lah duit nak beli makanan”. Timbul rasa kasihan dalam hati bila dengar jawapan budak kecil ni. Aku buka wallet tapi ada beberapa ringgit jer dalam tu. Tak tergamak aku setakat nak beri 2-3 ringgit jer.

“Maaf dik, pakcik nak bereskan dulu hal penting dalam tu. Macam ni lah, nanti pakcik keluar dari bank adik datang semula yer.” Budak kecil tu mengangguk dengan senyuman dibibir. Aku terus masuk ke dalam bank sementara budak kecil itu meneruskan urusan dia meminta derma.

Sedang mesin ATM menjalankan transfer duit, tetiba terdengar bunyi kereta membrek dengan kuat diikuti bunyi riuh suara orang ramai kat luar sana. Aku berpaling, ramai yang mula mengerumi tepi jalan. Aku dah rasa tak sedap hati. Sebaik keluar resit, terus aku keluar menuju ke tempat kejadian. Dicelah-celah orang yang sedang berkerumun, aku menyelit untuk pergi ke depan.

“Ya Allah, budak tadi”. Aku terkejut melihat keadaannya terbaring atas jalan dengan berlumuran darah di muka. Ditangan kanannya masih erat mengengam duit lima ringgit. Aku mendekati budak kecil itu dan memeriksa pernafasannya, masih bernyawa tapi nampak semakin lemah. Aku terus berada disitu sambil meminta orang ramai jangan datang terlalu rapat. Selang beberapa minit kemudian, ambulans sampai dan membawa budak kecil itu ke hospital.

Bagaimana nasib budak kecil selepas itu, aku tak tahu kerana keesokannya aku terpaksa outstation.  Dalam hati aku terasa sedikit terkilan kerana tak sempat nak dermakan duit kepada budak kecil itu. Bila jalan-jalan kat bandar selalu juga mata aku meliar sana sini kalau-kalau ternampak budak kecil itu tapi sampai sekarang tak ditemui. Apa pun aku doakan semoga budak kecil itu selamat dan ada yang sudi membantu meringankan beban keluarganya. Sesekali bila ternampak kanak-kanak mengemis di bandar, pasti aku akan teringatkan kepada budak kecil yang kasihan itu.

Dalam soal menderma, hulurkanlah dengan seikhlas hati. Bukan kerana mahukan pujian dan publisiti untuk mengharumkan nama dimata masyarakat. Walaupun nilai derma itu kecil saja tapi cukup besar ganjarannya dari Allah s.w.t.

22 comments:

Cik TeN10 said...

sedih lak bca kisah ni..semoga budak tu selamat lah kn..(",)

♥cikmOt♥ said...

adoii...pepagi dah baca citer sedih...

welkam bek fairul...
lama tul menghilang...

mak encik | SZ said...

uhukss..sedihnya...
betul la tu fairul tulis, kena lah kita tanya utk hilangkan prasangka kan...
klu hasben akak slalu tanya gak, ajak makan skali kalau belum makan (slalu kan budak2 mintak deram/sedekah kat kedai makan) tp takmo pulak budak ni makan ...

Cik Specky said...

sedihnye.. ada hikmah d sebalik setiap kjadian, smoga pengemis kecil tu selamat.. (bila dh jd ibu, sgala apa yg blaku bkaitan dgn anak kecil sgt2 terkesan d hati)

suzieapai said...

kesian....ape yg berlaku adalah dr Tuhan utk hambanya menilai sesuatu!

Cempakamelati said...

Laaaaa!!!!Sedihnya...tak sempat dia bawa makanan balik untuk keluarga dia. Dalam kemajuan Malaysia sekarang ni, masih ada rakyat Malaysia yang sebegitu...sungguh kasihan.

Cempakamelati said...

Saya lebih suka header kali ni, dari yang sebelum ni....

TuYa said...

salam singgah.
semoga anak kecil itu selamat..
semoga dia sentiasa dilindungi Nya..amin..

e.l.i.z.@ said...

kisah benar ko ni? huhuhu siye nyo dio..
msti awok lagi rasa terkilan sbb xdey nk bg duit ko dio huhuuhuhu

aZIEra itu aKu.... said...

sedihnya kisah nie.......semoga dia selamat hendaknya...

sekadar satu coretan said...

sedihnye...kalau kisah betul mmg simpati & kesian...

LyNn HaMzAh said...

aduhai dik...moga anak kecil tu selamat la yer...

KakD said...

alahai sedinyer, series hati ni teringin sangat nak tau macam adik tuh, mudahan adik tuh dilindungi dari segala keburukan dan selamat la hendaknyer.

Kalau ade jumpe adik tu lagi nanti bagitau yea perkembangan die macam mane.

Encik MamaT said...

semoga budak itu selamat dan baik2 aja...

My Little Diary said...

salam,

sedihnya.... harapnya budak tu dah baik dari accident tu..

Anonymous said...

sedihnya cerita nih..dahlah bapak budaktuh sakit pas dia plak kena langgar...sedihlah..cian kat dier..

AziE said...

Dalam masa yang betapa bersyukurnya dengan kehidupan aku sekarang

Unknown said...

Cik TeN10 - semoga mcm tu lah

ciK mOt ©™ - tak per, tisu ada dihadapan anda ;)

sz | m.s.s - itu paling elok kan. kalau tak bertanya, mcm2 yg timbul dlm fikiran

nurHeart - naluri keibuan

Unknown said...

SUZIE APAI - ujian dari Tuhan

Cempakamelati - masih ramai lagi golongan miskin diluar sana. kalau kita asyik mengejar kejayaan dan sanjungan, mcm manalah nasib mereka nanti.

header tu akan dipakai utk jangkamasa yg panjang sebelum menukar kpd yg baru

TuYa - semoga dilindungi semua anak kecil dari musibah

e.l.i.z.@ - kisah benar yang telah diolah balik sbb ramai yg tak paham loghat teganu.. :)

Unknown said...

aZIEra itu aKu - semoga mcm tu lah hendaknya

ainnoraini - banyak kisah yg serupa mcm ni berlaku diluar sana cuma kita tak mengetahuinya

kak Lynn - semoga mcm tu lah

MAPPIAU - semoga pengemis2 kecil diluar sana tak mengalami nasib seperti budak kecil ini. semoga ramai pihak dtg membantu golongan miskin ini

Unknown said...

Encik MamaT, My Little Diary - harap2 mcm tu lah

wan nurul hezrina - dugaan dari Tuhan. semoga ada kebahagiaan didalamnya

AziE - bersyukur lah setiap masa dgn apa yg ada

cik mici said...

sedihnye...kesian r budak kecik tuh....macam kisah dlm drama pon ada...