20 tahun yang lepas, internet belum berkembang dengan pesat. Segala urusan seharian memerlukan kita mengunakan sedikit tenaga untuk melaksanakannya. Nak membayar bil air, elektrik dan telefon, harus pergi ke pejabat pos. Mengemaskini penyata akaun, bank tempat yang dituju. Membuat semakan saman, terus pergi ke balai polis atau JPJ. Segalanya secara manual.
Dalam kehidupan masa kini, internet merupakan satu keperluan bukan lagi keinginan. Pengaruh internet terlalu besar sehingga meliputi seluruh dunia. Kebanyakan urusan hidup seharian menjadi semakin mudah dengan adanya internet. Contohnya urusan perbankan. Samada menyemak akaun, melakukan pindahan wang ke akaun lain, membayar bil atau reload prepaid semuanya boleh dilakukan secara online. Kecuali surat rasmi, surat untuk dihantar kepada kenalan atau saudara dah jarang orang tulis diatas sekeping kertas. Lagi mudah kalau hantar saja email. Tak perlu beli setem, tak perlu ke pejabat pos untuk mengepos surat.
Dalam kehidupan seharian aku, internet adalah sumber yang cukup penting. Dengan internet, banyak perkara aku boleh lakukan dan ia cukup menjimatkan masa dan tenaga. Setiap pagi sebelum keluar pergi kerja, aku akan buka internet untuk baca berita terkini. Kebanyakan syarikat penerbitan akhbar harian dah wujudkan laman khusus untuk pengguna membaca secara online. Sekiranya perlu melakukan pindahan wang, aku guna jer online banking. Nak lakukan urusniaga mata wang, aku akan buka forex. Nak lihat turun naik saham, pergi jer ke laman bursa saham. Nak bersembang dengan kawan, biasanya aku buka YM atau muka buku. Nak berkongsi sesuatu, aku akan menulisnya di blog. Perkara terakhir yang aku lakukan sebelum tutup internet, check email.
Nak cari jodoh sekarang pun boleh dilakukan dengan menggunakan internet. Pergi daftar kat laman mencari jodoh. Nanti setiap hari akan dihantar ke email senarai padanan jodoh yang difikirkan sesuai mengikut kriteria yang telah di tetapkan oleh pencari jodoh. Dalam hal mencari pasangan, tak boleh terlalu percaya dengan mereka yang hanya ditemui di alam maya. Ramai yang menyamar dengan menyorokkan identiti. Sewaktu berbalas mesej, dengan jujur beritahu masih bujang bergetah, baru berusia awal 20an dan mempunyai pekerjaan yang baik. Tapi bila dah bertentang mata, segala yang diceritakan tak sama langsung. Berhati-hati yer. Disangkakan permata, rupanya kaca yang menusuk hati.
Walaupun internet mendatangkan banyak manfaat, tapi di dalamnya juga mengandungi perkara negatif. Terlalu banyak surfing internet setiap hari cuma akan membuatkan hidup semakin suram. Perasaan malas semakin menebal dan pergaulan dengan keluarga serta kawan-kawan semakin terbatas. Penyakit ketagihan internet semakin mencatatkan angka yang tinggi. Ada terjadi kes bunuh diri atau membunuh gara-gara permainan online. Dan ramai yang tertipu dengan skim cepat kaya yang kini menggunakan blog atau muka buku untuk menarik mangsa. Baik atau buruk internet, bergantung kepada diri sendiri. Tepuk dada tanya selera.
20 comments:
hurmm...tapi kan, internet ni banyak gak keburukannya...kita kena pepandai la kan...
selamat sore MH...
MH...semua perkara ada baik dan buruk kan..tapi..kalau internet lembab macam siput..
boleh jadi geram jugak..
internet ni kalau salah guna buruk padahnya
salam.
kerana ada internet ni jugak, manusia semakin lalai dan semakin malas. Rasanya macam banyak yang negatif lah. Bab pasal jodoh tu mmg tak boleh nak terima, banyak kes tipu jeh. Nak cari yang betul jujur susah.
hm, betl, kt FB tu jd tempat mengata org....
ciK mOt - segalanya terpulang kpd kita mcm mana nak menggunakannya
kak Erna - time internet lembab, rasa nak menyumpah seranah pembekal internet ni..
kak SYa - baik buruk kita yg tentukan
Anitadahahs - semua perkara yg dilakukan secara manual sebelum ni dah berada tentang jodoh, baik cari secara manual
Ayuni - dan juga tempat menyebarkan fitnah
ziarah d.malam hari.sekarang ni kalau x ada internet tak boleh duduk
internet sudah jadi keperluan.. kalau tak der internet byk perkara tergendala
banyak keburukan dan kebaikan ada internet ni.. huhu yg penting cara kita yang menggunakannya.. :)
betul tu..setuju setuju
huh.. tanpa internet IR tak leh "duduk" oo
macam baca pengenalan thesis :p
IR - duduk kat mana tu..hehehe.. samalah kita.
cek chun - hahaha...
salam
telah ditetapkan takdir alam, setiap yang baik pasti ada buruknya =)
Jom Baca dan Komen--cara memilih nama domain yang terbaik
itu lah yg terpatri sejak dulu, kini dan selamanya
itu la!!
diri sendiri lah yang menilai segalanya..
Memang internet sudah menjadi sebahagian dari hidup kita,
di masa akan datang ia akan lebih
mobile lebih cangih dan dibawa kemana.
Utk yb tak baik tu perlulah ada cybercop,polis maya utk tangkap.
Bagaimanapun kena bijak menggunakan internet.Memang tak dinafikan banyak yang memudahkan di internet nie.
Kekadang tu boleh juga melalaikan. Takut pulak nanti terlupa padaNya terutama bab ibadah fardhu.
Camne pun sesuatu perkara tu pasto Pro & Con.
Terima kasih kerana berkongsi.
saya nak rujuk teks ini boleh?
saya nak buat rujukan untuk karangan penggunaan internet dalam kehidupan seharian..
Post a Comment