Thursday, January 27, 2011

The Rabun Saga - Rabun Mata

Ada yang beranggapan beranak ramai akan menyebabkan rabun mata. Betulkah?

Ramai yang menggunakan alasan ini untuk mengelak dari mempunyai ramai anak. 'Tak nak lah beranak ramai. Nanti mata jadi rabun.' Kempunan si suami nak tubuhkan satu team bola sepak.

Jauh panggang dari api, jauh budu dari belacan kalau mengaitkan beranak ramai sebagai punca rabun mata. Sebenarnya tanggapan bahawa beranak ramai menyebabkan rabun mata adalah tidak benar. Bila anak semakin bertambah menandakan usia kita semakin meningkat. Semakin meningkat usia, semakin berkurangan ketajaman penglihatan kita.

Pasangan yang mempunyai ramai anak menandakan mereka gembira. Bila dapat rezeki anak, bukankah kita akan rasa gembira. Bila kita gembira kita akan berasa sihat, kita akan berprestasi tinggi dan kehidupan akan menjadi baik segala-galanya. Kepada ibu-ibu di luar sana, silalah beranak seramai mungkin selagi terdaya dan selagi sumber kewangan tak terbeban. Ke guane?

Aku antara yang mengalami rabun mata, rabun jauh. Kalau nak drive malam-malam confirm kena pakai cermin mata. Aku pakai contact lens bila bersukan untuk memberikan ruang penglihatan yang luas tanpa sebarang gangguan. Kalau siang hari ok jer tak pakai apa-apa cuma nak lihat sesuatu yang jauh, nampak kabur. Tapi aku sentiasa bersyukur kerana masih lagi diberikan daya penglihatan.

Rabun mata ni boleh dielakkan kalau dari kanak-kanak lagi kita menjaga mata dengan sebaiknya. Ibu bapa diluar sana sila pastikan anak anda tidak menonton tv dari jarak yang dekat. Elakkan anak-anak bermain games dalam handphone kerana skrin yang kecil itu tak baik untuk penglihatan mereka. Dan sekiranya anda golongan yang sentiasa mengadap komputer, pastikan setiap 20 minit anda releks sekejap dengan memandang ke siling atau mana-mana tempat yang jauh. Ini bertujuan untuk merengangkan otot-otot mata. Sama juga kaedah yang patut dilakukan bila membaca buku.

Kebanyakan rabun mata senang nak ditangani. Boleh diperbetulkan dengan memakai kaca mata, contact lens ataupun merawat mengunakan kaedah laser. Dua kaedah berasaskan laser yang ditawarkan ialah Lasik (Laser-assisted In Situ Keratomileusis) dan Lasek (Laser-assisted Subephithelial Keratomileusis). Satu lagi kaedah yang digunakan adalah iContact Lens atau implan kanta lekap. Perkembangan teknologi terkini memberi harapan kepada kita untuk melihat secara normal kembali.

Berkenaan dengan penggunaan contact lens, pastikan anda berdisiplin dalam menggunakannya. Pakai mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Paling penting jangan pakai contact lens ketika mata kemerahan. Kesan penggunaan contact lens tanpa disiplin boleh menyebabkan kerosakan pada mata yakni buta macam kasim selamat. Sayangilah mata anda. Habis pasal rabun mata.

Tapi macam mana pula dengan rabun akhirat atau rabun kehidupan? Ramai orang yang mengalami masalah rabun ini tanpa sedar atau tidak. Nanti aku ceritakan dalam entry seterusnya... To be continued

38 comments:

Ayuni said...

ader budak kelas sye rabun cinta, x tau ader classmatenye ske kt dier, hikhik...

Cik TeN10 said...

ohh saya mata tak rabun..yg lain?...ermm xde kot..sebab sentiasa celik je kecuali time tidoq!hahahh

selalu la mkn carrot..bagus utk mata anda~

Encik MamaT said...

pakai spek membantu utk mengurangkan kerabunan atau menambah kerabunan? kalau pakai lense tu dapat mengurangkan kerabunan... cuba cek tgk :D

AzianKhalil said...

dulu2 saya rabun jauh...lepas spek ilang lama tak pakai spek...saya dapati rabun saya semakin pulih...mcm tak caya tapi itulah kenyataannya...jemput dtg undi team pilihan epl

KUREKURE COMEL said...

mina pun rabun...hehehe...malas gile nak pkai spek mate..bile org panggil dari jauh...ckp iye je...tp xnmpk pun...hehehe

Cempakamelati said...

Saya pun rabun jauh, lama dah. Sekarang ni saya tak guna pun cermin mata sebab rimas.

Lydia Miza said...

ermm saya rabun..tp amat takut nakpki cnct lens..gerunnyer masuk dlm mata..huhu

man yusoef said...

baru first time aku dgr bnyk anak rabun..huhu...mmg btol, tengok cousing aku yg baru sekolah rendah, dah pkai cermin mata tebal gile...sebabnye suke tengok tv depan-depan...rosak mate tu...

Unknown said...

Ayuni - rabun cinta tu ramai yg alaminya. sya dulu pun pernah gak rabun cinta..
bila dah jadi tawar baru tahu someone up there like me..hahaha

Unknown said...

Cik TeN10 - baguslah kalau tak rabun. jaga mata elok2.. ada tak yg tido celik? hehehe

oh ye ker..sya suka minum air carrot susu jer

Unknown said...

Encik MamaT - bila usia dah cecah 25 tahun, tahap kerabunan tu akan kekal hingga usia melebihi 50 tahun.

itu yg pakar mata cakap.. tak betullah kalau kata pakai spek punca power semakin bertambah.. ;)

Unknown said...

Nafisa81 - kalau setakat rabun sikit-sikit tu tak perlulah pakai spek. kalau rabun teruk baru pakai... maybe membantu juga kalai tak pakai spek ni asalkan selalu jaga mata dan makan sayur yg menerangkan mata

Unknown said...

KUREKURE COMEL - pakai lah waktu malam. nanti tak teraba-raba nak capai itu ini..hehe

Unknown said...

Cempakamelati - sya pun rimas pakai spek ni. tak selesa tapi kalau berjalan malam kenalah pakai. kalau tak, confirm samar2 jer kereta kat depan tu

Unknown said...

sis LM - elakkan pakai contact lens. walaupun nampak comel tapi kalau tak pandai menggunakannya, boleh menyebabkan mata jadi buta

Unknown said...

man yusoef - terdengar pasal ni masa tgk tv hari tu. menonton tv dgn jarak yg dekat cepat merosakkan mata

Anonymous said...

tak penah denga pon orang bg alsan cm tu???? hu.. hu.. :P rasenye.. rabun tu xde kaitn ngn ank rmai...

Unknown said...

ada...dalam tv hari tu..hehe

Cik Specky said...

saye pun rabun mata gak since skolah rendah & continuously pakai spek, sesekali klu rajin saye pakai la contact lens.. errr kaler coklat hehee :D

e.l.i.z.@ said...

yeke ada kaitan.kalu betul fakta tu, xsey ar beranok ramai sgt hahah..tp meme limit 4 jah pun :P

haitu penah rs mcm rabun jah bila tgk skrin time lecturer ngajar..esok tu terus g kedai spek, nk cek mata..dia kata dua2 mata power 50.ada silau 25.adakah perlu sy buat spek?

cik mici said...

baru dengar pulak ada org keluarkan kata2 beranak ramai mata rabun...


tp kalau ada ramai org ckp g2 pon..sy tetap xnak beranak ramai sangat...hahaaa...

Unknown said...

nurHeart - kalau boleh bukan nak sgt pakai spek ni tapi mata dah tak ok, terpaksalah pakai.
ok jer pakai contact lens tapi kena ada ikut poeraturan pemakaian

Unknown said...

e.l.i.z.@ - fakta tu tak betul sama sekali. zaman sekarang ni ekonomi tak menentu, kena rancang nak brp ramai anak.

rendah jer tuh. tak perlu.. kata pakar mata, bila usia melebihi 25 thn power tu dah stabil. kalau mmg tak nampak board kat depan, better pakai spek masa study jer.

Unknown said...

JP Nurul - sila kahwin dulu, then baru pikir pasal berapa ramai nak anak..tetete

e.l.i.z.@ said...

hehehhe haitu je rs mcm rabun.
sib baik mlm td ok je..best gak tgk org pakai spek hehhe

Unknown said...

boleh cari cermin yg tak der power... ;p

kalau silau sikit2 tu biasa ah. tak perlu pakai spek yg ada power rangers

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam Persahabatan kami datang ziarah blog anda
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Alhamdulillah belum rabun lagiii... tapi adek beradik saya mejority dah banyak pakai cermin mata.....

kena makan carrot banyak banyak untuk dapat betacarotine baikkk untuk mata...

biar rabun mata jangan rabun hati....

gadisBunga™ said...

saya pun penah pakai kontek lens. tapi sekarang tak pakai dah.

kaler hijau. khas untuk convo. sedondon dengan jubah. huhuhu~

Sham said...

pernah try pakai lens dulu tapi tak boleh g...tak sabar...

NuSaNa NoSa 91 said...

bila bc buku dlm gelap pon, bleh jd punca rabun kn?? ^_^

Unknown said...

Afzainizam - rabun mata senang nak diperbetulkan, tapi kalau dah rabun hati susah nak bezakan antara yg baik dan yg buruk

Unknown said...

gadisBunga - sila tampalkan gambar semasa konvo di blog anda...hehehe

hijau mata hitamku

Unknown said...

Sham - kalau baru nak cuba mmg rasa tak selesa dlm mata. tapi contact lens sekarang halus dan lembut.
kalau pakai tak terasa pun ada benbda tu dlm mata kita

Unknown said...

NuSaNa NoSa 91 - samada rabun taau tak tak tahulah cuma digalakkan elak dari membaca dlm gelap

apdm said...

salam

biar mata buta dalam menilai cinta, asalkan tidak buta dalam menilai hati manusia...

kalau dah makin rabun, maknanya dah makin tua, maknanya lagi cepat kena kawin =)

Unknown said...

ish ish ish...kawin jer dlm fikirannya.

lom ada teman, mcm mana nak kawin

mie said...

gue lebih suka berkaca mata dari biarkan di laser..
ehehheee

Unknown said...

berkaca mata itu lebih menyerlahkan kehensenman mu... ;)