Sunday, October 31, 2010

Sepetang Bersama Irfan Khairi

sejak kelmarin hujan turun tak henti2. angin tak usah cakap lah, mmg kuat. apalagi kalau berjalan kat pantai. rasa mcm nak diterbangkan angin jer. petang kelmarin aku hadiri program bicara santai bersama Irfan Khairi. aku ada sebut dlm entry sebelum ni kan kan kan.. ramailah jugak peserta. asalnya just target dlm 80 orang jer. tapi sbb permintaan ramai sgt, terpaksa tambah lagi kuota sampai 120 orang. perjalanan program motivasi ni selama 4 jam bermula pukul 2-6 ptg. mmg best sangat...serius, tak tipu pun. ramai jugak lah dpt kawan2 baru or lebih tepat lagi bisnes partner. sampai letih tgn aku tulis nama dan no. fon utk diberi kat diaorang. lepas ni dah boleh mulakan rancangan aku. nak share sikit ilmu Irfan Khairi beri kelmarin...

  1. kejayaan datangnya dari pengetahuan. pengetahuan diperolehi dari sikap yg baik.
  2. mesti sentiasa yakin. sematkan dlm fikiran "yes i can"
  3. dlm persaingan perniagaan, janganlah asyik nak cari kelemahan pesaing. cari kekuatan sendiri dan cipta kelainan. 

Entry Ke 59


sedar tak sedar, dah hampir 59 entry (termasuk entry ini) aku publishkan sepanjang bulan ini. aku rasa cukup banyak lah walaupun ada blogger lain boleh buat sampai 200 lebih entry dlm sebulan. aku belum sampai ke tahap itu sbb kalau boleh aku mahu setiap entry yg aku post bukanlah entry kosong. start dari blog ni dibuka sampai ke hari ini, aku lebih banyak menaip tentang hidup aku. dah namanya blog peribadi, mesti nak share seberapa banyak yg mungkin kisah hidup sendiri..kan kan kan. next month tak tahu lah ada masa tak nak buat entry sebanyak ni tapi i try lah. kalau tak der kisah hidup nak dikongsi, aku akan postkan info atau berita yg berguna utk kita semua.

[18sx] Amaran!! Jangan Baca Kalau Tak Kuat Iman


lama betul aku tak buka email kat yahoo!... selalunya aku buka hotmail dan Gmail jer. kat h/phone pun aku set akaun hotmail. lagi pun sebarang email rasmi dan penting disalurkan ke akaun hotmail. akaun yahoo! ni utk kawan2 sharing apa saja yg menarik. tgh ralek baca satu persatu email, tetiba terbuka yg ini. jeng jeng jeng! mujur tak tersembul bijik mata kes kuat iman lagi..ahak ahak ahak.. ingatkan kat negara luar tapi rupa2 nya kat ibukota jer. pergh!! dahsyat. barulah betul slogan negara maju. mmg betul2 maju, maju ke arah neraka. email mcm ni kalau simpan lama2 mmg memudaratkan aku. baik delete jer..

dikatakan gambar ni dirakamkan kat sebuah restoran di Bangsar. bukan sembarangan restoran..siap ada tayangan pelayan separuh bogel lagi.  bukan itu jer, khidmat seks turut disediakan. mana2 pengunjung yang berkenan kat mana2 pelayan berbikini ni, sudi2 ler korbankan duit sikit utk kepuasan batin. kata orang, perut kenyang, nafsu pun kenyang.. restoran bertaraf vip ini dah beroperasi setahun lebih. hairan ah..takkan tak der serbuan dilakukan oleh pihak berkuasa. ia mmg popular dikalangan jantan tak guna. apa taknya, buat ler apa saja kat pelayan tuh, direlakan. nak angkut bawak balik pun boleh.

Saturday, October 30, 2010

Kelantan Juara Piala Malaysia!!

Kelate juara.. sumber: mStar

1st nak ketawa kuat.. hua hua hua.... Kelantan juara baru Piala Malaysia setelah menewaskan N.Sembilan 2-1. esok seluruh negeri Kelantan cuti peristiwa. kerajaan Terengganu tak moh umumkan cuti tumpang gembira ke esok? tak tahu nak tulis apa lagi... penutup entry utk hari ini.. Gomo Kelate Gomo, Juara doh wessss

ok ok..sebab Kelantan jadi juara, baru aku berselera nok makan buoh strawberry ni. alalala comelnya buoh strawberry ni. bukan main montel lagi. meh ler kita makang sama2..aummm!!!

Aktiviti Hari Ini

blurr lagi ni. tak tahu nak start dari mana. so, kasik intro lah dulu...boleh ekk.

Sekapur Sirih

hari yang sejuk. sejak subuh tadi hujan turun tanpa henti2. kalau tido, mesti liat nak bangun solat subuh. so, berjagalah aku sepanjang malam. buat kerja itu ini..lepas solat barulah aku tido sekejap. tutup jer mata, aku bermimpi kembali ke tempat kerja lama. then kembali pulak ke zaman sekolah rendah. aku terserempak dgn diri aku yang masih lagi budak2. ala2 serita Back To The Future pulak.. chubby aku masa tuh..jalan terkedek-kedek, senyum sokmo.

pukul 1 nanti aku nak bergerak keluar. ada agenda penting hari ni. tak boleh lambat, nanti susah nak dpt tempat parking. ok, selamat berhujung minggu kpd semua blogger. seeloknya habiskan hujung minggu ini dengan melakukan aktiviti bersama keluarga... peace!!

oh, utk perlawanan akhir Piala Malaysia mlm ni, aku sokong Kelantan. Gomo Kelate Gomo...heeee

Friday, October 29, 2010

Mengidam Kek Coklat aka Chocolate Cake

semalam termimpi makan kek coklat..hohoho.. kes dah lama memendam rasa nak makan kek coklat, sampai terbawak2 dlm mimpi. terjaga jer, terus jilat tepi bibir tapi tak der rasa coklat pun..sah lah hanya dlm mimpi jer aku mkn kek coklat tuh. lepas solat jumaat tadi, aku terfikir dlm kepala.why not aku buat sendiri. lagi pun dah lama tak buat kek. yang aku ingat, resepi kek terakhir yg pernah aku buat dlm 3-4 tahun lepas. itu pun dgn pertolongan mak sedara. aku try buat Kek Gula Hangus..tapi kes tersilap langkah, langsung kek tu jadi lembek. tapi habis jugak ditelan oleh sepupu yg kecik2 tuh. minat masak2 ni kes like father like son. ayahnya berjuang dlm dapur kat pelantar minyak, anaknya pula berjuang dlm dapur rumah jer..hohoho

hah!! baru sekejap tadi aku terjumpa resepi kek coklat kat enjin pakcik google. simple dan mudah. alaa...aku mmg suka masak yg simple2 jer.. org bujang lah katakan. hmmm...ramai kawan2 kat facebook cakap untung isteri ko nanti dpt laki yg pandai masak. hahaha!! aku nak tergelak sambil guling2 atas tanah mcm dlm citer hindustan. serius aku tak pandai pun, just follow apa yg disuruh dlm buku resepi. everybody can do it lah. meh2 kita paka try buat kek coklat.. resepi ni aku dapat dari http://sudipkayu.blogspot.com/

Bahan-bahannya ialah: tadaaa!!!!
2 cawan tepung blue key
secawan gula halus
secawan susu pekat manis
secawan milo
secawan serbuk koko
4 biji telur ayam
secawan minyak masak
secawan air panas


Cara-cara nak buat:
satukan semua bahan satu persatu. guna cara manual jer, pakai wisk.
jangan pakai mixer sbb tuan punya resepi ni cakap takut terlebih naik. 
bancuh rata then kukus dalam masa 40 minit

note: ada yg tak tahu apa itu wisk? tgk gambar kat bawah tu...

8 Gunung Berapi Terkenal Di Indonesia

beberapa hari lepas, Gunung Merapi telah meletus. berpuluh nyawa telah menjadi korban. Indonesia dikelilingi oleh banyak gunung berapi yang masih aktif. beberapa buah darinya pernah meletus dengan dahsyat hingga seluruh dunia menerima kesannya. kekuatan letusan sebuah gunung berapi ini dikukur menggunakan skala VEI (Volcanis Explosivity Index). disenaraikan 8 buah gunung berapi di Indonesia yang pernah mencatatkan letusan yang dahsyat.


8. Gunung Kelud VEI=4
sejak abad ke 15, gunung berapi ni telah mengorbankan 15 ribu nyawa. letusan gunung berapi ini pada tahun 1586 telah mengorbankan 10 ribu nyawa. pada abad ke-20, Gunung Kelud telah meletus sebanyak 5 kali iaitu pada 1901, 1919, 1951, 1966 dan 1990. gunung berapi ini dikesan aktif kembali pada tahun 2007.

7. Gunung Merapi VEI=4
baru saja meletus beberapa hari yang lalu. Gunung Merapi adalah yang termuda dikalangan gunung berapi di selatan Pulau Jawa. letusan kecil seringkali terjadi setiap 2-3 tahun sekali dan letusan besar sekitar 10-15 tahun sekali. letusan besar direkodkan terjadi pada tahun 1006, 1786, 1822, 1872 dan 1930. letusan pada tahun 1003 telah menyelubungi Pulau Jawa dengan abu. pada tahun 1930, letusan Gunung Merapi telah memusnahkan 13 buah perkampungan dan mengorbankan 1400 nyawa.

Thursday, October 28, 2010

Bicara Santai Bersama Irfan Khairi

hohoho..hari ni bangun sedikit lewat. mmg patut pun sbb lepas solat subuh baru aku tido. bahagianya bila dpt lelapkan mata. tapi sekejap jer sbb dlm pukul 10 lebih aku dpt rasakan gempa bumi berlaku. tok tok tok!!! gempa bumi tu sebenarnya bunyi ketukan kat pintu bilik aku. menganggu ketenteraman awam betul ah. bapak sedara aku la ni...ajak temankan dia pergi pejabat pendaftaran. arrrr...malasnya nak bangun dari tempat tido.


pagi tadi dapat email dari Irfan Khairi. huh!! mcm tak percaya jer? betul2..aku tak mimpi disiang hari pun. terima jemputan dari Irfan Khairi utk hadiri sesi bicara santai bersamanya hari sabtu ni..errr lusa ah. tak nak pikir 2x. lagi pun sabtu ni mmg aku free. sesuatu yg boleh menambahkan ilmu dan memberi manfaat, takkan nak tolak mcm tu jer.. kan kan. harap2 dpt sesuatu yg berguna utk dipratikkan dimasa depan..

Letusan Gunung Merapi & Tsunami Di Mentawai

Gunung Merapi memuntahkan debu panas pada tahun 2006
sumber : Berita Harian

2 bencana serentak mengegar Indonesia minggu ini. di Yogyakarta, Gunung Merapi yang hampir 4 tahun terlena kini meletus kembali. setakat semalam hampir 30 orang telah dilaporkan terbunuh dengan kebanyakan dari mereka melecur 45 hingga 90 peratus dan dilitupi debu gunung berapi. Gunung Merapi setinggi 2,914 meter ini adalah gunung berapi paling aktif  diantara 69 buah gunung berapi yang pernah meletus di Indonesia. pada tahun 1883, letusan Gunung Karakatau telah membunuh 10 ribu orang.

di kepulauan Mentawai, 282 nyawa melayang akibat dilanda ombak tsunami setinggi 3 meter. manakala 400 orang lagi dilaporkan masih hilang. bencana tsunami yang melanda kepulauan Mentawai ini mengingatkan kembali memori tsunami pada tahun 2004 yang telah mengorbankan  230,000 nyawa di berpuluh-puluh negara.

Wednesday, October 27, 2010

Paul The Octopus Dah Mati? Frustnya Aku..

confirm! Paul The Octopus dah mati. sotong kurita ini pernah mengemparkan dunia apabila menunjukkan kehebatan kuasa ramalanya semasa Piala Dunia baru2 ini. semua tekaan Paul betul, tidak pernah berlaku kesilapan. kemuncak kpd kehebatan Paul bila meramal Sepanyol menjadi juara dunia yang baru. kecoh bila sotong kurita ini menerima ugutan bunuh dari penyokong bola yang tak puas hati dgn ramalannya. rasa2 nya Paul sempat tak buat ramalan bila ia akan mati? 

akulah yang paling frust bila dpt tahu berita kematian Paul. aku baru saja nak mintak bantuan Paul utk pilih yang mana satu akan menambat hati mak aku untuk dijadikan menantu... terpaksalah aku lambung syiling ajer..uhuk uhuk!!

lisa surihani atau heliza? pening..pening kepala nak pilih yang mana satu. 
disana menanti disini menunggu...ahak ahak!!

Permohonan Untuk Kahwin

semalaman aku bengang bila hp aku buat hal. tetiba jer auto connection ke internet. tak pasal kredit kat dalam surut. tak sampai 2 jam dah dekat 3 ringgit hilang mcm tu jer. kalau aku OFF, tak sampai seminit ia akan ON balik.. arrr..apa kes ni. masuk virus ke atau system rosak. mcm ni nak kena hantar kedai nampaknya...

by the way...kepada rakan2 blogger perempuan yg dah kahwin ataupun belum, kalau suatu masa nanti tetiba suami buat2 manja dan mintak permission nak kahwin lagi, jangan korang runsing. maybe surat kat bawah adalah jawapan terbaik kpd permintaan suami tuh.. boleh jer follow step kat bawah kalau mahu..huhuhu


Pizza Hut 6 Cheese Extreme Pizza

suka makan pizza tak? pernah pergi ke mana2 restoran Pizza Hut? angguk angguk, jangan geleng geleng kepala. kalau sebut pasal, pizza, yang pertama terbayang dalam kepala adalah cheese. aku suka makan cheese. apa saja yang berkaitan dengan cheese aku suka.

tadi aku baru pergi ke Pizza Hut. dah lama tak makan pizza ni. pergi pun bila terdengar pasal resepi terbaru pizza yang dinamakan 6 Cheese Extreme. cheese, aku suka..suka sangat. bila dah sumbat dalam mulut..aumm!!!!. rasanya memang nyum nyumm!! sedapnya..menjilat bibir. huhuhu... serius aku cakap, memang sedap. tapi mengenangkan aku masih dlm keadaan diet, jadi terpaksa cancel niat nak sambar satu lagi bawa balik rumah. kalau tak... please!!! aku tak nak bayangkan. buat air liur aku meleleh pulak...

Tuesday, October 26, 2010

Liquid Paper

dah tengah hari...ingatkan nak tidur2 ayam jer lepas subuh. last2 langsung terlena sampai pukul 11 lebih. hohoho.. what to do, sejak semalam sampai subuh tadi hujan turun. sejuk bukan main mengalahkan aircond. bangun tidur terkedip2 mata. tgk skrin h/phone, byk nya mesej masuk. check satu persatu sampai lah ke mesej yg adik hantar. baca baca..aik!! bila masa pulak adik aku start buat design baju pengantin ni? setahu aku masa study dia amik bidang kejuruteraan, ni tetiba tukar profesion plak..lantaklah asalkan ko berjaya dik.

oh ya.....berbalik kepada tajuk entry hari ni. ingat lagi tak masa luquid paper mula2 diperkenalkan dulu? masa tu aku masih disekolah rendah. selalu keluar iklan benda ni dlm tv. tak silap aku siap ada lagu sekali..."liquid paper, luquid paper, padam segera~". mmg femes kejap benda ni dulu. masa tu kalu sebotol liquid paper mmg dikira kaya ah sbb kawan2 yg lain pakai pemadam yg kaler biru tu jer..padam sampai terkoyak kertas dibuatnya.

In The Womb : Embrio Haiwan

kita biasa melihat gambar embrio manusia dlm internet. pernahkah kita melihat gambar embrio haiwan? anguk angguk geleng geleng kepala.. gambar2 ini telah dipaparkan dlm National Geographic Channel. melihat gambar ini, terasa kagum dgn ciptaan Allah SWT..

ini rupabentuk embrio manusia. sudah biasa kita lihatkan.. gambar seterusnya adalah embrio haiwan yg jarang2 sekali kita melihatnya. syukur dgn kecanggihan teknologi, kita berpeluang melihat gambar embrio haiwan..

Monday, October 25, 2010

Kencing Muka Isteri, Lafaz Talak 3

sumber: myMetro , berita selanjutnya klik SINI

astaghfirullah...mengucap panjang bila aku baca berita ni. zalimnya seorang suami hingga perlakukan isteri sebegitu rupa. mana hilangnya sifat kemanusiaan? perilaku orang mcm ni tak ubat mcm setan, tak layak menjadi suami kpd sesiapa. logik ke hanya kerana masakan tak menepati selera, isteri dipukul, dihina dan dicerai talak 3. apa hukuman sewajarnya utk org mcm ni? berbaloikah hanya dipenjara?

kes penderaan rumahtangga tak pernah menunjukkan penurunan. semakin dunia berkembang maju, semakin mundur perilaku manusia. tak ubah seperti kembali ke zaman pra-sejarah. bila pegangan agama goyah, mcm inilah jadinya. 

Pengawal Tertidur, 12 Buah Bas Hangus



Pemandu melihat bas yang hagus dalam kebakaran di Depot Bas Ekspres Budaya di Jalan Panji, Kota Bharu kelmarin.


KOTA BHARU – Gara-gara pengawal keselamatan didakwa tertidur, 12 buah bas Ekspres Budaya milik Syarikat Transline Express Sdn. Bhd. bernilai RM2.6 juta musnah dijilat api di depot menempatkan bengkel dan tempat menyimpan bas di Panji, Pengkalan Chepa dekat sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 12 tengah malam kelmarin, kesemua bas tersebut yang disusun berdekatan di salah satu sudut di depot tersebut hangus sama sekali.
Ketua Balai Bomba Pengkalan Chepa, Saipu Bhari Mohd. Noor (gambar kecil) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada pukul 12.32 tengah malam kerana pengawal yang bertugas menjaga depot itu semasa kejadian didakwa tertidur.
Menurut Saipu, pihaknya menghantar sebuah jentera bersama lima anggota ke tempat kejadian sebelum tiba di lokasi tiga minit kemudian kerana kedudukan balai bomba dan depot bas itu hanya dalam jarak dua kilometer.
nota: macam perbuatan khianat jer ni..

Sunday, October 24, 2010

Sah!! Putus Tunang

sumber: myMetro

klimaks kpd kisah Rozaliya yg lari dari rumah, akhirnya kata putus diambil oleh pihak keluarganya utk memutuskan ikatan petunangan. dlm statement yg keluar dari mulut anak gadis ini, punca dia lari ke Kuala Lumpur kerana tak tahan dgn perangai tunangnya yg pemarah. well..tak tahu nak kata apa. haya mereka yg lebih mengetahui. apa pun kalau ada sebelah pihak dah tak suka, maybe jalan terbaik adalah dgn putuskan saja pertunangan ini sebelum ada lagi perkara yg tak diingini terjadi.

selingan: ada chance ni nok masuk calon.. kalu budok ni lari, aku kejor. kalu aku lari dia kejor. kalu dua2 lari tok kadi pulak kejor..hohoho

Saturday, October 23, 2010

Kelantan & N.Sembilan Mara Ke Final Piala Malaysia

wisel penamat dah dibunyikan. 2 pasukan terbaik telah melayakkan diri ke perlawanan akhir. pertembungan ulangan final tahun lepas. Kelantan berpeluang utk menebus kembali kekecewaan musim lepas selepas tewas kepada N.Sembilan.

dlm perlawanan sebentar tadi, Kelantan menundukkan Kedah 1-0 dilaman sendiri hasil jaringan Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke 79... N.Sembilan pula menundukkan Johor FC 2-0 di Pasir Gudang. tak sabar menantikan aksi final pada 30hb Oktober nanti...

Tak Sihat

sejak pagi tadi rasa seram sejuk jer tubuh aku ni. dah beberapa kali ulang alik ke toilet. ni tak lain, kes tersalah makan atau lebih tepat lagi keracunan makanan. kelmarin kenduri kawin kat rumah sebelah. ok jer..majlis berjalan lancar. tapi yg tak sedap mata memandang bila byk sgt lalat yg turut dtg memeriahkan majlis. dah letih tepis sana tepis sini tapi lalat tetap dtg jugak. satu hal pulak tuan rumah tak tutup rapat bekas makanan. dgn selamba jer lalat bertenggek atas ayam goreng dan ikan masing. sekarang mmg musim lalat. pantang letak makanan kat luar rumah, laju jer lalat dtg. tu belum kira lagi beg sampah kat pagar tuh... korang jaga kesihatan baik2. kalu dah jadi mcm aku ni, nak buat apa2 kerja pun susah.. ni last entry for today. aku tak larat nak mengadap blog lama2. makin lama makin panas lak tubuh aku ni..mcm nak demam.

Piala Malaysia : Separuh Akhir Ke-2

malam ni adalah penentuan kpd 4 pasukan yg berhajat utk melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia. Kelantan, Kedah, Johor FC atau N. Sembilan yg akan menjejakkan kaki ke Stadium Bukit Jalil. di selatan tanah air, Johor FC yg mempunyai kelebihan 1 gol akan menanti kedatangan N. Sembilan. pastinya tugas berat menanti anak buah Wan Jamak setelah gagal memanfaatkan kelebihan bermain digelangang sendiri 4 hari lepas. samada Johor FC mampu melakar sejarah sebagai kelab ke 2 melangkah ke final, hanya pemain yg dpt menentukannya. pasti sokongan rakyat Johor ditagih oleh pemain Johor Fc utk meningkatkan tekanan kepada N. Sembilan.

satu lagi perlawanan getir akan berlangsung di Kota Bharu. setelah seri tanpa jaringan dlm perlawanan pertama, pertembungan disambung kembali mlm ini. gelora merah akan mewarnai stadium. diharap penyokong Kelate tidak bertindak ekstrem pada mlm ini. usahlah dilontar mercun ke dlm padang, tak cukup lagi ke KAFA didenda sebelum ni. kalau sayangkan pasukan, jadilah penonton bola yg sejati. berbalik kpd pertembungan Kelate dan Kedah...pastinya sokongan penyokong merah akan menaikkan lagi semangat pemain Kelate utk melangkah ke final buat kali ke-2. sesudah kecewa pada thn lepas, takkan sesekali peluang yg terhidang ini akan dipersiakan begitu saja. gagah menundukan Selangor pada peringkat suku akhir, kejayaan pasti ingin diulangi kembali. pemain Kedah dari awal menyedari semangat merah yg akan mereka hadapi. persedian fizikal dan mental 200% serta taktikal yg betul diperlukan andai mahu melangkah kembali ke final. apa pun pemenang hanya akan ditentukan apabila wisel terakhir dibunyikan.
Selingan: aku cukup kagum dgn kepimpinan KAFA yg mampu meraih untung hasil kebijaksanaan strategi pembangunan pasukan Kelate. dari sebuah persatuan yg pernah dianggap mundur, kini mereka 2 langkah maju ke depan. terbaru, perancangan presiden KAFA utk membeli stadium adalah satu pelaburan jangka masa panjang yg menguntungkan. salute kpd Tan Sri Anuar Musa yg menukar wajah sukan bola sepak negeri kpd sebuah perniagaan sepertimana yg dilakukan oleh kelab2 bertaraf dunia. org seperti inilah yg harus diangkat utk mentadbir FAM suatu masa nanti. aku tgh tunggu ni bilalah 3 stooges dlm persatuan bola Terengganu nak lepaskan jawatan. jgn lah angap persatuan tu kau yg punya!!!!! penyokong dah lama meluat dgn korang yg tak sedar2 diri..

Friday, October 22, 2010

Nokia N8 : Gorilla Glass Screen

masih nak berkata-kata tentang Nokia N8. sejak keluaran pertama iPhone hingga kpd yg versi 4 yg terkini, produk Apple ini dianggap tiada saingan sehinggalah kemunculan Nokia N8. berbeza dgn iPhone yg dijual pada harga mencecah RM3000, harga N8 jauh lebih rendah iaitu pada RM1690. selain harga, Nokia juga telah menerapkan beberapa teknologi baru pada N8. antara yg paling menonjol adalah kamera 12MP. selain dari tu, 1 lagi teknologi baru yg dilengkapi pada badan N8 adalah penggunaan Gorilla glass screen atau dlm bahasa melayu, skrin kaca Gorilla. apa kelebihan, Gorila glass screen ini? jeng jeng jeng..kan kalau bagitau ada yg tak percaya. jadi lihat saja video kat bawah. nanti anda akan faham apa kelebihan Gorilla glass screen...

Mencari Identiti Blogger Yang Hilang


seram...aku telah di tag oleh 2 org sekaligus, encik Mamat dan mrs. sagittarius (Lydia Miza). kali ke 3 sepanjang berblogging aku di tag. bermain2 dlm kepala ni mcm mana nak jawab tag yg sekali imbas mcm soalan exam. huhuhu.. mcm mana ekk? pening kepala ni sebab kena senaraikan 25 perkara tentang diri aku dan jugak ke tag 25 org blogger.

once you have been tagged, you are supposed to write a note with 25 random thing, fact, habits or goal about you. at the end, choose 25 people to be tagged. You have to tagged the person who tagged you. if i tag you, its because i want to know more about you.

1- aku anak jati Terengganu...dulu, kini dan selamanya

2- dilahirkan pada 14 disember jam 7.45pm di Hospital Besar Kuala Terengganu (sekarang dah ditukar kpd Hospital Sultanah Nur Zahirah)

3- anak sulong dari 5 beradik

Anak Derhaka

dlm akbar kelmarin ada dipaparkan berita  tentang seorang ibu tua yg dibuang oleh 9 anaknya kerana dikatakan kuat makan. sudah tu, dibuang pula ibu tua ni ke pusat penjagaan warga emas. dan tambah menyakitkan bila wang pencen arwah suami yg sepatutnya diterima oleh si ibu telah dirampas oleh anak-anaknya. mengucap panjang bila aku membaca berita ini. alangkah derhakanya mereka ini kerana tergamak perlakukan ibu sendiri seperti itu.

sumber : myMetro

Buffered Earnings & Sanofi Lactacyd



setelah sekian lama, tadi aku cuba buka website nuffnang dan terus ke earnings, blink blink blink ada 7 BE. aik!! banyak ekk. last time aku bukak cuma ada 2 earnings. tak sampai sebulan dah bertambah 2 lagi. hmm..sebenar2 nya aku mmg tak tahu kaedah pengiraan earnings ni. yg aku tahu cuma lihat analytics jer..nak tahu brp ramai pengunjung dlm sebulan.


dlm banyak2 BE tu, ada 1 yg paling lama melekat, Sanofi Lactacyd. ni iklan pasal apa ek..aku pun tak tahu. so aku trylah google apekebenda Sanofi Lactacyd ni. puas2 mencari akhirnya baru aku tahu, actually iklan ni adalah mengenai pembersih peribadi kaum wanita. apa yg peribadi tu, korang cari ler sendiri kat mana2 web search. produk ni adalah sejenis lotion utk mengekalkan feminine seorang wanita. dlm erti kata lain, lotion utk membuatkan wanita selesa sepanjang hari.. errr, betul ke ni? waka waka waka... 


apa2 lah. most important produk Sanofi Lactacyd ni berguna utk kaum wanita. kaum lelaki jgn gatal2 nak pakai jugak..kan tak pasal2 tertukar jantina nanti. well, why not kaum wanita try cuba produk ni? kerana dirimu begitu berharga dimata lelaki. gunalah produk ini utk menambat hati para suami tercinta..eceh ceh ceh. kata org, alah membeli menang memakai.. hehehe

Liga Juara-Juara Eropah - 21-Oct-2010


yes, MU menang biar pun cuma 1-0. at least dapat jugak 3 point. thanks to Nani atas jaringan kemenangan tersebut pada minit ke-7. lately, MU byk catat keputusan seri. permulaan musim mmg selalu berat utk MU tapi bila dah masuk pertengahan musim barulah betul2 panas.sekarang kem MU tgh panas dgn isu perpindahan rooney... blah blah blah jer kalu dah betul2 nak pergi. bila transfer window dibuka balik nanti, ferguson kena cari peledak gol tulen utk gantikan tempat rooney...

sumber: UEFA

Thursday, October 21, 2010

Pelakon Ayat-Ayat Cinta Murtad?


oh my my my... sesuku sudu kecil terkejut bila aku baca berita yg menyebut heroin Ayat-Ayat Cinta, Rianti Rhiannon Cartwright dah murtad, dah keluar dari islam. apa nak jadi sekarang ni. senang2 jer nak keluar dari agama hanya kerana nak kahwin dgn buah hatinya yg beragama kristian. alahai, tak der rasa bersalah sedikit pun bila amik keputusan kahwin kat sebuah gereja di Amerika. kalau sebelum ni bila satu media kat indon melaporkan dia telah meninggalkan agama sejak bulan april, tak nak pulak dia mengaku. nah!!! sekarang dah confirm. masa lihat lakonan dia dlm Ayat-Ayat Cinta, sejuk jer hati. betullah kata pepatah, jangan menilai sebuah buku dari kulitnya.

mintak2 dijauhkan keluarga, kawan2 dan jugak kenalan blog serta facebook dari gejala murtad ni..

Nokia C3 & Socialista Meter

petang khamis.. blurrr jer rasa saat ni. nak taip entry pun tak tahu topik apa yg nak dipaparkan. tetiba ternampak iklan Nuffnang, Nokia C3. jadi, why not kalau aku perkatakan sikit pasal satu lagi produk baru Nokia ni.. nak kata baru tak lah jugak tapi telah menerjah pasaran pada bulan Jun yg lepas. sesiapa yg sukakan full QWERTY keyboard, telefon ni sesuai utk anda. harganya jauh lebih murah dari BlackBerry, iaitu sekitar RM480..murahkan. 

didatangkan bersama kamera 2MP utk resolusi 1600x1200. walaupun internal memory hanya 55MB tapi 2GB microSD telah dimasukkan sekali dlm pakej. teknologi Wi-Fi juga terdapat pada Nokia C3. terdapat 3 pilihan warna iaitu Slate Grey, Golden White dan Hot Pink. antara ketiga2 warna ni, warna Hot Pink nampak lebih seksi. auuuw auuuw...

gambar dari GSMArena.com

Bakal Pengantin Hilang Di Kuantan Ditemui Di Kuala Lumpur

Termenung Panjang..Remaja yang hilang, Rozaliya Mat Lazim, 20 begitu sunggul semasa ditemui selepas menghilangkan diri selama lapan hari pada sidang media di Pejabat Polis Daerah Kuantan, Rabu malam. Rozaliya yang akan melangsungkan perkahwinan pada 12 November ini ditemui di Bukit Bintang Kuala Lumpur ketika sedang bekerja di Kedai Serbanika 7 Eleven selepas ada seorang individu menghubungi Polis Kuala Lumpur dan memaklumkan kepada Polis Pahang - Gambar BERNAMA

Wednesday, October 20, 2010

Piala Malaysia: Separuh Akhir Pertama

malam ni akan berlangsung separuh akhir pertama Piala Malaysia. di utara sana, Kedah akan menentang Kelatan manakala Negeri Sembilan pula menanti kunjungan Johor FC. pertembungan yg sama adil dan seimbang bagi semi finalis tahun ni. selepas negeri kelahiran aku tersungkur kpd Kedah diperingkat suku akhir, sokongan kali ni beralih kepada Kelantan dgn harapan akan ada lagi wakil pantai timur dipentas final nanti. dah buat permintaan pun kpd anak jati Terengganu yg bermain utk pasukan Kelantan supaya tewaskan pasukan Kedah. kalau tahun lepas Kelantan terlepas peluang untuk jadi juara, moga2 tahun ni akan berjaya. actually nak ulas lebih panjang lagi tapi mata dah mengantuk sgt. nanti nak berkejar ke airport pulak...

Dialog Seorang Anak & Maknya

aku masih lagu blurrr sejak kelmarin. semakin hilang idea nak menaip entry.. so, layankan jer dialog antara seorang anak dgn mak semalam...

Mak: Ida kawan sekelas Along dulu tu kawin doh baru ni
Anak: ok lah tu..doh sapa jodoh dia...

senyap sekejap. tak lama kemudian..

Mak : anak Mak Teh tu, yg kerja kat pejabat bla bla bla tu comel jugok
Anak : muka tak penting. kalau perangai baik, baru lah dikatakan comel
Mak : memang lah.. tak mahu kenal2 ke dgn dia
Anak : tak nak ah (dlm hati : nak suruh kawin lah ni)
Mak : tunjuk yg ni tak nak, tunjuk yg tu tak nak.. dah tu nak yg mana satu
Anak : kan dah beritahu dulu, nak cari sendiri
Mak : kes nak cari sendiri lah sampai sekarang tak kawin2
Anak : coming soon
Mak : 2-3 tahun dah cakap coming soon.. tahun depan coming soon lagi
Anak : dah namanya coming soon, nak buat mcm mana

leceh ah kalau usia semakin hampir ke angka 3 ni. ramai yg tanya bila nak kawin, bila nak kawin. serba salah dibuatnya. tak perlu lah tanya acap kali, letih mulut ku ini nak menjawab. sekarang bukan mcm zaman dulu. sekarang dah tak kisah nak kawin umur berapa pun, 20 lebih ke, 30 lebih ke, 40 lebih ke..yg penting kawin bila betul2 dah ready. ready dari segi kewangan, ilmu agama dan ilmu rumahtangga. kan kan kan... sekian. sampai di sini saja aku merapu utk pagi ni..hua hua hua

Tuesday, October 19, 2010

Sakit Belakang

pagi tadi bukan main susah nak bangun. sakit belakang menyerang lagi. dah belasan tahun tak pernah sembuh2. begitulah juga dgn lutut yg injured masa main bola 6 thn lepas. daya penyembuhan dlm tubuh aku mmg lambat bertindak balas. berbalik kpd sakit belakang, aku mula terasa lepas 1 kejadian masa aktif dlm gimnastik dulu (masa tu ada gak pasang angan2 nak jadi wakil negara...huhu). ntah mcm mana sampai turn aku nak buat aksi, aku tersilap landing...langsung jatuh berdebuk mcm buah nangka. mmg cemas keadaan masa tu sbb langsung tak boleh bernafas. dlm kepala ingat dah nak mati. lepas terima bantuan kecemasan, barulah dpt bernafas semula. tapi kat belakang mmg rasa sakit sangat, mcm kena cucuk2 jer. lepas kejadian tu sampailah skrg ni, sesekali sakit belakang tu dtg menyerang mmg tak boleh angkat badan langsung. nak gerak pun sikit2 jer. terpaksalah baring sampai sakit tu beransur2 hilang. tak lama, adalah dlm 1 jam lebih..errrrr. ok, nak sambung kerja.. dah sampai waktu rehat baru rajin balik buat kerja..hohoho

Pejabat Bergerak

today, sibuk sikit. banyak benda nak kena settle. tgh google pasal teknologi terkini, aku terjumpa gambar ni. cuba kita fikirkan kalau pada suatu masa nanti kita sering berurusan dgn orang ramai kat sana sini. tentulah kita perlukan ruang yg selesa, kerusi dan meja utk memudahkan tugas kita. takkan nak bersila diatas lantai kan kan kan. kalau mcm tu apa cuba lihat gambar kat bawah...pejabat bergerak. maybe lepas ni boleh pertimbangkan utk beli satu..ahak

inilah bendanya. sekali lihat mcm rak. siap ada roda kat bawah tu. mcm mana benda ni boleh berfungsi sbg pejabat bergerak. lihat gambar seterusnya..

Monday, October 18, 2010

Kisah Sepasang Burung - Kasih Hingga Hujung Nyawa

gambar dibawah telah dirakamkan oleh seorang jurugambar dari Perancis. semoga kita dapat mengambil iktibar dari gambar2 dibawah yang memperlihatkan kasih sayang sepasang burung layang-layang hingga hujung nyawa. kalau seekor burung layang-layang begitu menyayangi pasangannya sebegitu rupa, kenapa tidak kita yang diberi akal, hati dan perasaan untuk menyayangi dan menghargai pasangan hidup kita hingga ke akhir hayat.

tersebutlah kisah disuatu tempat, seekor burung layang-layang betina cedera dilanggar oleh sebuah kenderaan ketika mencari makanan

Budak Perempuan Yang Comel

dipagi yang sejuk ini, opsss!! kat luar sana hujan lah sejak semalam. otak pun dah beku ni, tiada idea utk menulis entry pasal apa. well, sementara menunggu otak ini ligat berfungsi seperti sedia kala, tataplah dulu gambar budak perempuan ni. alalala tomelnya.. (budak lagi kan, mestilah comel)..


Sunday, October 17, 2010

Kad Kredit vs Kad Debit (Alliance Bank Debit Mastercard)

zaman teknologi sekarang memberi pelbagai kemudahan kpd pengguna dlm melakukan urusan seharian. contohnya dlm perbelanjaan. ramai diantara kita lebih suka menggunakan kad kredit atau kad debit ketika melakukan urusan pembelian dimana2 premis perniagaan. mudah kan, tak perlu bawa byk duit dlm dompet beg duit. hanya hulurkan kad plastik ni kpd jurujual, urusan jual beli selesai. zaman IT telah membuka 1 lagi ruang untuk urusan jual beli iaitu secara online. duduk kat rumah, pilih barang yg dikehendaki melalui internet, klik klik...selsesai. andaikata tidak mempunyai akaun paypal untuk perbelanjaan secara online, kad kredit atau kad debit adalah best option. apapun kalau perbelanjaan tidak dikawal dgn baik, beban kewangan akan melanda kita. 

Saturday, October 16, 2010

Pelakon Yalal Chin Meninggal Dunia



KUALA LUMPUR 16 Okt. – Pelakon veteran, Yalal Chin, 67, menghembuskan nafasnya yang terakhir kerana sakit jantung di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras di sini pada 12.15 pagi ini.

Jenazah Allahyarham yang telah disembahyangkan di hospital itu pada pukul 3 pagi telah dibawa ke Melaka untuk dikebumikan di kampungnya.......Al-Fatihah


sumber: Utusan

Ajal Semakin Mendekati Aku

Hari ke hari semakin dekat aku dengan kematian. Sesungguhnya aku sentiasa dalam ketakutan. Bukan kerana ajal semakin dekat tapi kerana takut amalan yang cetek ini tidak melayakkan aku ke Jannah.

aku kerap bermimpikan kematian. walau ada masanya membuatkan aku terfikir tak nak tidur tapi mustahilkan kalu tak tidur..nanti tubuh jadi semakin lesu tak bermaya. berfikir secara positif, mimpi yang datang adakalanya mainan tidur, adakalanya membawa maksud tertentu. bila direnung2 kan balik, mimpi ttg kematian itu mengingatkan aku bertapa ceteknya amalanku ini. sepanjang hidup ini, aku rasakan amalanku seperti senipis kertas tisu. bertapa lalainya aku dlm mengerjakan tuntutan agama. semakin aku mendalami ilmu agama, semakin aku terasa bertapa bertapa sedikitnya amalanku.

Friday, October 15, 2010

Intipati BAJET 2011

Sumber: BERNAMA

* Pembinaan projek pembangunan bercampur termasuk kediaman mampu milik bernilai RM10 bilion di Sungai Buloh yang dijangka siap pada 2025.* Pembinaan projek bersepadu "Warisan Merdeka" dengan menara 100 tingkat tertinggi di Malaysia bernilai RM5 bilion yang dijangka siap pada 2015.

* Pembangunan Zon Akuakultur Bersepadu di Pitas, Sungai Telaga dan Sungai Padas di Sabah serta di Batang Ai dan Tanjung Manis di Sarawak 
dengan peruntukan RM252 juta. 

Cinta Seorang Lelaki

Saya suka sangat tengok jari-jemari teman wanita saya, cantik betul.
Sungguh!
Sampai saya takut nak pengang. Bukan takut jari-jemarinya patah, tapi takut nanti jemari-jemari kami tidak boleh saling bantu-membantu di suatu hari yang amat dasyat di hadapan Yang Maha Esa.

Saya suka sangat tengok rambutnya. Cantik betul…
Sungguh!
Sebab itu saya belikan dia tudung. Bukanya cemburu orang lain tengok, bukan! Tapi sebab saya mahu rambutnya sentiasa ditutup macam dalam iklan dot dot dot itu sampai bila-bila… Takut nanti dibakar api neraka, di suatu hari yang amat dahsyat di hadapan yang Maha Pencipta!

Petua Imam Syafie


4 perkara menguatkan badan
makan daging
memakai haruman
kerap mandi
berpakaian dari kapas

4 perkara melemahkan badan
banyak berkelamin (bersetubuh)
selalu cemas
banyak minum air ketika makan
banyak makan bahan yang masam

Thursday, October 14, 2010

Akan Datang 11.11.11


sana sini dlm newspaper, tv, radio, blog, lama sosial dan jugak forum masih berkata ttg tarikh 10.10.10. pada tarikh yg dikatakan ramai org sebagai tarikh yg comel, ramai yg mendirikan rumahtangga. alhamdulillah..semoga kekal bahagia hingga akhir hayat. 10.10.10 dah berlalu, hari ini dah masuk 14.10.10 pun. kita tinggalkan hari dan tarikh yg dah berlalu itu. lebih baik kita pandang ke depan, merancang utk hari mendatang.

kalau tahun ni dah dikira special, tahun depan lagi bertambah special. betul tak? angka 11.11.11 lagi comel. aihh!! rasanya ramai yg dah berkira2 nak buat sesuatu pada tarikh tu. nak kawin lah, nak pi honeymoon lah, sambut besday lah, nak buat family day lah, nak melancong lah dan mcm2 lagi ler. terpulang lah asalkan jgn merancang perkara yg x molek udah ler..

hmmm..aku terpikir sesuatu ni. ok tak kalau - 
  • aku kahwin pada 11.11.11
  • akad nikah tepat jam 11:11:11 pagi
  • bersanding tepat  jam 11:11:11 malam
  • duit hantaran RM111,111
  • apa lagi ek yg berkait dgn 11,11,11 ni...kalu korang ada idea kasitau lah ekk..huhuhu

Kuala Terengganu Dulu Kala

dah lama tak buat entry pasal negeri kelahiran. kali ni nak cuba singkap kembali permandangan Kuala Terengganu suatu ketika dulu melalui gambar2. mana lebih tepat nak diguna pakai ekk.. cerita bergambar ataupun gambar bercerita? hmmmm..

pusat bandar kuala terengganu sekitar tahun 70an

Persamaan Antara Aku & Batman

sapa kenal batman? ahak..dari yg kecik sampai yg besar hampir semuanya kenal siapa batman. dah berpuluh tahun watak batman diwujudkan dlm komik, siri tv, kartun hinggalah ke filem. aku pun antara kipas susah mati batman. well, aku nak bagitau ni..kalau ada jawatan kosong utk jadi batman, aku antara mereka yg layak utk isi jawatan itu. why? poyonya budok ni..huhuhu. serius aku tak tipu mmg aku layak sbb aku pun sama seperti batman, berjaga malam. bukan ke itu kriteria utama utk jadi batman. batman kan spesis kelawar. mana ada kelawar keluar disiang hari.. betul tak? kalau tak tahu, nanti pergi belek encylopedia..

Wednesday, October 13, 2010

Penyokong Kelantan Meninggal Selepas Menonton Bola

Penyokong Kelantan meninggal dunia selepas menonton bola



Jenazah Allahyarham Che Karma ditutup dengan bendera Kelantan sambil dipangku oleh rakannya di pekarangan tempat letak kereta, Stadium Shah Alam, semalam. - Gambar ihsan/blog ruang bicara faisal



SHAH ALAM 12 Okt. - Seorang penyokong meninggal dunia sebaik sahaja selesai menyaksikan perlawanan suku akhir pertama bola sepak Piala Malaysia antara Selangor dan Kelantan di Stadium Shah Alam, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner, Nor Azam Jamaluddin berkata, kematian lelaki tersebut yang dikenali sebagai Che Karma Sulaiman, 39, dipercayai akibat sesak nafas.

Beliau berkata, walaupun berlaku kekecohan antara penyokong kedua-dua pasukan tetapi kematian lelaki itu tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan kekecohan itu.
"Allahyarham yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dan berasal dari Bachok, Kelantan meninggal dunia setelah dia mengadu sesak nafas sebelum pengsan di tempat letak kereta di Stadium Shah Alam.

Proton Inspira


akhirnya berita yang ditunggu2 oleh rakyat negara ini tiba jua. model terbaru Proton akan diumumkan pada 15 atau 16 Oktober nanti. ahli keluarga baru Proton ini akan diberi nama Inspira, Proton Inspira. nama yang cukup cantik. model gantian kepada Proton Waja ini direka bentuk berdasarkan model Mitsubishi Lancer. 


Proton Inspira akan dikeluarkan dalam 3 versi iaitu 1.8 MT, 1.8 CVT Auto dan 2.0 CVT Premium. bila dah sebut pasal model baru, mesti korang nak tahu berapa harga Proton Inspira ni kan? jeng jeng jeng...

Telefon Pintar Nokia N8

 Nokia N8, pertaruhan terbaru Nokia untuk melonjakkan kembali namanya. ianya adalah sebuah telefon pintar yang dilengkapi terknologi canggih dan telah melakar sejarah baru kerana buat pertama kali dalam sejarah pengeluaran telefon pintar Nokia dilengkapi dgn ciri2 tersebut..
  • yang pertama menggunakan OS Symbian^3 dan dipacu oleh ARM 11 680 MHz processor
  • kamera 12 megapiksel Carl Zeiss optics dengan lampu flash Xenon, 
  • mampu merakam video resolusi tinggi pada 720p
  • memiliki port untuk HDMI
  • skrin 3.5 inci dengan teknologi AMOLED capacitive
  • 16GB internal memori dan dilengkapi slot tambahan untuk microSD

Tuesday, October 12, 2010

Sunway VeloCity


cuba lihat gambar kat atas..cantikkan tempat tu. warna warni dan moden. itulah Sunway VeloCity. korang pernah pergi ke situ? tak pernah? hmm aku pun belum pernah pergi lagi. hohoho.. apa yang aku tahu, kalau disebut Sunway mesti dah set dalam kepala, tempat untuk golongan mewah. mana taknya, everything yang korang mahu ada kat situ seperti hospital, universiti, taman tema air dan yang terbaru akan dibina shopping mall yang grand habis.

Fakta Menarik Tentang Doraemon - Siri 2

adakah anda mengenali Doraemon? adakah anda peminat robot kucing yg paling femes atas dunia ni? bukan org dewasa saja, budak2 kecik pun kenal Doraemon. berterima kasih kpd Fujiko Fujio kerana mencipta watak Doraemon yg telah menghiburkan jutaan kanak2 sejak berpuluh tahun lamanya. aku sendiri membesar bersama Doraemon. disini aku nak kongsi beberapa fakta menarik tentang Doraemon kesayangan ramai ni

Monday, October 11, 2010

20 Fakta Menarik Hari Ini - Siri 1



  1. Air minuman 7-up dicipta pada tahun 1929. ’7′ dipilih kerana pada asalnya ia mengandungi 7 auns air manakala ‘up’ pula kerana buihnya yang naik ke atas
  2. Diet Coke mula dicipta pada tahun 1982
  3. Kicap adalah bahan terbaik untuk mencuci loyang
  4. Purata setiap kanak2 menghabiskan waktu selama 28 jam menonton tv, 2 kali lebih banyak dari masa yang dihabiskkan di sekolah
  5. Walt Disney amat takut dengan tikus

Toyota Corolla Altis 2.0V with Dual VVT-i

baru hari ni aku perasan iklan baru kat blog aku ni. rasanya semua tuan blog dah perasan kot iklan terbaru Toyota Corolla Altis ni. peminat jenama Toyota pasti tertunggu2 kehadiran model baru ni. menurut maklumat yg diterima dari Toyota Malaysia, harga jualan adalah pada harga RM131,990. nice price for a nice car..kan kan kan

Corolla Altis 2.0V baru ini didatangkan dgn enjin 2.0 liter Dual VVT-i 3ZR-FE yang mempunyai transmisi 7 kelajuan Super CVT-i. selain 2.0V, Corolla Altis ni juga didatangkan dgn 3 lagi versi iaitu 1.8G ditawarkan pada harga RM122,900, 1.8E berharga RM112,990 dan 1.6E berharga RM105,990. versi 1.6E dipadankan dgn transmisi  automatik 4 kelajuan manakala  1.8E dan 1.8G didatangkan dgn transmisi yg sama seperti  versi 2.0V. harga bagi ke empat2 model baru ni adalah harga atas jalan dan sekali dgn insurans. walaupun harganya nampak sedikit tinggi tapi sesuatu yg harus diingat adalah teknologi terkini dan mewah yg dilengkapkan pada model terbaru ni.

Aku, Dia & dot dot dot: Recycle

C.I.N.T.A. K.I.T.A. satu rasa 
C.I.N.T.A. B.U.T.A. tak bermata lahirnya 
C.I.N.T.A. G.I.L.A. pada harta 
M.A.N.A. C.I.N.T.A.. yang sebenarnya 
C.I.N.T.A. K.I.T.A. sampai bila

itu sebahagian dari lirik lagu yg famous satu masa dulu. kalu dengar acap kali pun tak jemu. lirik lagu ni mempunyai aura tersendiri. kalau tak takkan sampai sekarang masih mampu membuai perasaan. stop! stop!.. aku bukan nak bercerita pasal lagu jiwang2 ni. aku cuma nak singkap kembali kenangan cinta silam. cinta kenangan silam..ohhh~ blueekkkk!! maybe ada yg pernah baca entry terdahulu. ok ok, just kali ni aku nak lengkapkan perjalanan kisah cinta dlm hidup aku. mana yg terkurang dlm entry sebelumnya aku tambah dlm entry ni.

perkataan cinta mula hadir dlm hidup aku sejak dibangku sekolah rendah lagi.sebenarnya cinta ni ada bermacam2 jenis. cintas sejati, cinta cyber, cinta dangdut, cinta monyet (tak sangka ekk monyet pun pandai gak bercinta), cinta antara benua dan macam2 lagi lah. tapi hakikatnya, cinta sejati hanya kepada Allah. betulkan? ok, siapa yg tak pernah dilamun sila angkat kedua2 kaki..hehehe

Sunday, October 10, 2010

Ada Apa Dengan 10.10.10


ada apa dengan 10.10.10? sekali tgk mmg cantik nombor ni tapi apakah yg special sangat? ada sesiapa tahu tak? hik hik hik..ramai yg geleng kepala. mari sini aku nak bagitau.. tutup dulu radio, perlahankan volume dan suruh anak2 diam sekejap. sila baca dgn penuh konsenterasi apa yg aku nak bagitau ni. actually, 10.10.10 itu hanyalah sekadar nombor tanpa membawa sebarang makna apa2. understand.. nombor itu hanyalah tarikh utk hari ini. hari biasa jer. jangan lah korang anggap 10.10.10 ni angka keramat, angka bertuah..karut semua tu...

sekarang kat tv tgh ditayangkan siaran langsung perkhawinan Datuk Sheikh Muzaphar Shukor. biasa2 jer. takderlah nak dikategorikan sebagai wedding of the year. bila dilihat perhiasan dlm dewan tu, agaknya sampai tak angka juta perbelanjaan perkahwinan beliau tu? ada sesiapa tahu? rasanya perkahwinan anak SM Nasimuddin baru2 ni lagi warna warni dan ala2 fairy tale. tapi bila aku lihat klip video perkahwinan anak dia tu, hammm..nak kata mcm mana ek. korang lihat sendirilah video klip tu kat youtube then buat kesimpulan sendiri. hari ni jugak berlangsungnya majlis perkahwinan Datuk Sani Salleh, tokey  bas Sani Ekspress. dapatlah undangan tapi aku tak pergi. hohoho.. tadi aku sibuk kat klinik veteriner. buat check-up kucing aku tu..

Lagu Dari Ku Yang Gila-Gila: Anak Ayam


sunday blues..aku tgh tension menunggu adik yg tak sampai. tgh layan2 kenangan lama, teringat kat lagu "anak ayam" yg pernah dinyanyikan masa kat darjah 1 dulu. lagu lagenda budok sekolah. bila nyanyi lagu ni, terasa mcm ada kena mengena dgn gelagat mak ayah kat pasaraya. of coz lah kan sbb bila jer ada jualan murah, confirm akan ada pengumuman yg dibuat oleh pihak pasaraya mengenai anak yg hilang. acap kali aku terfikir, siapa yg hilang sebenarnya. anak atau maknya? sometimes mak tgh asyik sgt membelek barang itu ini sampai terlupa anak kat sebelah. tahu2 jer anak dah lesap...

Kucingku Selepas Kemalangan

hari ke 5..kucing aku nampak sedikit ok berbanding 2-3 hari lepas. tapi masih lagi menggelupur bila bergerak.  kepala pun nampak terketar2 bila bergerak sikit. aku tak sanggup nak tgk lama2, rasa panas jer kat mata. kesian sangat... jari aku ni kalau terluka sikit pun dah terasa pedih, inikan pulak patah tulang. bila diperiksa, aku syak kucing ni patah beberapa tulang, cedera serius kat tengkuk dan dan kepala. sebelah mata confirm dah buta sbb sebaik saja dilanggar lari, banyak darah keluar dari sebelah mata kanan. tapi kucing ni masih dipanjangkan usia, masih boleh bertahan sampai ke hari ini biarpun kurang minum. 

Saturday, October 09, 2010

Hero Pujaan Era 80an & Awal 90an

sambungan kpd entry sebelumnya. kalau semalam aku imbas kembali kartun2 yg diminati pada masa lalu, kali ini aku nak referesh balik memory kita semua tentang hero yg pernah menjadi kesukaan kita waktu kecik2 dulu. sebelum munculnya hero buatan malaysia seperti cicakman, rempit-man dan yg sewaktu dgn nya,  dunia pernah dilindungi oleh ramai hero2 dari jepun dan amerika. siapa tak kenal suria perkasa hitam, gaban, ultraman, captain power, miss comet, maskman dan macam2 lagilah yg pernah menjadi pujaan waktu kita kecik2 dulu.