Thursday, October 14, 2010

Kuala Terengganu Dulu Kala

dah lama tak buat entry pasal negeri kelahiran. kali ni nak cuba singkap kembali permandangan Kuala Terengganu suatu ketika dulu melalui gambar2. mana lebih tepat nak diguna pakai ekk.. cerita bergambar ataupun gambar bercerita? hmmmm..

pusat bandar kuala terengganu sekitar tahun 70an

wajah bandar Kuala Terengganu sekitar tahun 60an

suasana di Pasar Kedai Payang suatu masa dulu

kelihatan jam besar yang pernah wujud dihadapan Pasar Kedai Payang

wajah Pasar Kedai Payang akan berubah sedikit masa lagi. gambar atas menunjukkan rekabentuk baru Pasar Kedai Payang yang akan dibina berdasarkan seni bina melayu Terengganu. gambar bawah pula menunjukkan permandangan Pasar Kedai Payang waktu malam yang akan disimbahi cahaya spotlight. jam besar yang pernah wujud dihadapan Pasar Kedai Payang suatu ketika dulu akan dibina kembali untuk mengembalikan nostalgia silam. apa pun alangkah baiknya kalau rekebentuk asal dikekalkan. bimbang nanti kalau ia juga menerima nasib yang sama seperti Bazar Warisan. hanya gah pada nama tapi kurang sambutan.

11 comments:

kyle said...

haha, utk k.trgnu masa skrg, dah tambah waterfront baru :P

LyNn HaMzAh said...

kak lynn suka betul gie terengganu...next time kalau dapat pergi terengganu teringin sangat nak gie mencandat sotong...

Mata Hati said...

kyle - bandar pesisir air..huhu

Kak Lynn - kalu x mabuk laut boleh ah pergi..

e.l.i.z.@ said...

eh awok..gapo hop best di kuala terengganu ek? saim sy ni ore arab.dio nk g melancong ke terengganu..gak dio tanyo la ado gapo denu..

Mata Hati said...

kuala terengganu -
kilang batik, songket dan sutera, pusat kraftangan chendering, muzium tembaga,muzium negeri, keropok lekor, taman tamadun islam, pulau warisan, pulau redang, pasar kedai payang, mencandat sotong, makam wali/ulama

marang -
pulau kapas, kampung nelayan, gerai2 makanan laut

hulu terengganu -
tasik kenyir, memorial batu bersurat, sekayu waterfall, makan jagung

besut -
pulau perhentian, bengkel ukiran kayu wan su, bukit keluang, lata tembakah waterfall, kolam air panas la

e.l.i.z.@ said...

wahhh complete...rasanya better dio g besut la kot..mugo dio nok tempat natural gitew..

Mata Hati said...

besut pun ok..jauh dari kesesakan lalu lintas... lagi pun kat pulau perhentian ramai juagk pak/mak arab yg dtg melancong

e.l.i.z.@ said...

tu la dih..kalu rasa nk g shopping gak, g kota bharu je la hehe..bereh awok..nice info ;-)

Mata Hati said...

ok...kawe bereh sokmo kalu nok tanya gapo2 pung...huhu

thomas said...

dah hampir 15 tahun tak ke KT

Mata Hati said...

datang lah makan angin kat k.trg