Thursday, October 21, 2010

Bakal Pengantin Hilang Di Kuantan Ditemui Di Kuala Lumpur

Termenung Panjang..Remaja yang hilang, Rozaliya Mat Lazim, 20 begitu sunggul semasa ditemui selepas menghilangkan diri selama lapan hari pada sidang media di Pejabat Polis Daerah Kuantan, Rabu malam. Rozaliya yang akan melangsungkan perkahwinan pada 12 November ini ditemui di Bukit Bintang Kuala Lumpur ketika sedang bekerja di Kedai Serbanika 7 Eleven selepas ada seorang individu menghubungi Polis Kuala Lumpur dan memaklumkan kepada Polis Pahang - Gambar BERNAMA



KUANTAN, 20 Okt (Bernama) -- Rozaliya Mat Lazim, 20, gadis yang dilapor hilang selepas keluar bersama tunangnya untuk membeli barangan perkahwinan di sini 13 Okt lepas ditemui di kawasan Bukit Bintang di ibu negara hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata Rozaliya dibawa pulang oleh anggota polis yang mendapat maklumat mengenai lokasi gadis itu dan diserahkan kepada keluarganya.

Beliau berkata berdasarkan siasatan, polis mendapati wanita itu ke Kuala Lumpur bersendirian dengan menaiki bas tanpa paksaan daripada pihak lain dan tindakan Rozaliya melarikan diri itu berpunca daripada masalah keluarga.

"Rozaliya juga sempat bekerja selama dua hari di Bukit Bintang dan hasil siasatan mendapati tiada unsur jenayah dalam kes itu. Kes ini dianggap selesai," katanya kepada pemberita di sini malam Rabu.

Rozaliya yang bakal melangsungkan perkahwinan pada 12 Nov ini dilapor hilang ketika keluar membeli barangan persiapan perkahwinannya di sini, Rabu lepas.

Rozaliya yang berasal dari Bandar Baru Cheneh, Kemaman keluar bersama tunangnya Mohd Hilmi Mohd Nor, 24, yang menjemput gadis itu di rumahnya kira-kira pukul 11 pagi dan dia dilapor hilang selepas menghantar SMS kepada tunangnya di sebuah pasar raya di sini.

Mohd Jasmani berkata bertindak atas laporan polis mengenai kehilangan gadis itu yang dibuat pada pukul 10.41 malam Rabu lepas, polis menubuhkan pasukan khas bagi mengesan Rozaliya.

Hasil laporan media dan gambar yang dikeluarkan, polis menerima panggilan daripada orang ramai pada pukul 12 tengah hari tadi yang memaklumkan gadis itu berada di Bukit Bintang, katanya.

Beliau berkata Rozaliya tiba di Kuantan kira-kira pukul 8 malam ini dan disambut oleh saudara mara dan keluarga tunangnya, Mohd Hilmi Mohd Nor.

Ayah Rozaliya, Mat Lazim Mat Ismail, 52, berkata dia amat gembira dan lega dengan kepulangan anaknya itu dan akan mengadakan majlis kesyukuran.

sumber: mStar Online


note: comel jugak dia ni...huhuhu

6 comments:

tiefazatie said...

adeh..ape mslh die nie??muke cumil dah nie..nape skrg asyik nak lari je...isk2..

Cik Itam said...

ish2x.. xpatut tol la tindakan die ni.. satu malysia susah duk cri.. aleh2 lari je rupenyer...

macam2

SitiMashitahSaidin said...

kena paksa kawen la nih~

LyNn HaMzAh said...

mesti ada masalah keluarga la...kalau x takkan la lari sampai ke KL...aduhai...

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

tak mau kawen ehh dik,adehh cian budak ni,mesti ada masalah ni.

Mata Hati said...

rasanya budak ni tak nak kawin..tapi family suruh jugak kawin.. maybe dia lari ke Kl sbb merajuk dgn family..