dlm akbar kelmarin ada dipaparkan berita tentang seorang ibu tua yg dibuang oleh 9 anaknya kerana dikatakan kuat makan. sudah tu, dibuang pula ibu tua ni ke pusat penjagaan warga emas. dan tambah menyakitkan bila wang pencen arwah suami yg sepatutnya diterima oleh si ibu telah dirampas oleh anak-anaknya. mengucap panjang bila aku membaca berita ini. alangkah derhakanya mereka ini kerana tergamak perlakukan ibu sendiri seperti itu.
hari ni keluar lagi berita tentang ibu tua ni. dah terbalik pulak jadinya bila dia dijemput pulang oleh anak bongsu. syukurlah...masih ada yg sayang. tapi kenapa?
1- kenapa setelah masuk dlm akhbar baru si anak dtg menjemput ibunya?
2- kenapa dlm akhbar hari ini si anak menyatakan dia tersinggung dgn statement yg dikeluarkan oleh pihak pengurusan pusat jagaan warga emas?
3- kenapa mudah pulak menafikan dan mengatakan hanya abangnya saja yg merampas wang pencen yg sepatutnya idberikan kpd ibu nya?
4- dan kenapa dlm 9 orang adik beradik itu, masing2 mengatakan tak mampu menguruskan ibunya kerana si ibu lumpuh dan memerlukan jagaan dari pusat jagaan warga emas?
wahai anak, sedarkah kamu..sekali hati ibu tersentuh dan merana kerana perbuatan kamu..Neraka lah tempat sebaik2 nya utk kamu. apa yg aku cuba tulis ini ada berdasarkan kpd pendapat peribadi aku. tak der kena mengena dgn sebarang pendapat yg pernah dikeluarkan kat mana2 blog.
si anak malu besar bila berita mengenainya ibunya keluar dimuka utama akhbar. hanya kerana malu barulah tergerak hatinya utk mengambil kembali ibunya dari pusat jagaan warga emas. tapi adakah si anak ini menjemput pulang ibunya dgn rela hati ataupun kerana tak mahu dipandang masyarakat sebagai anak derhaka sedangkan hakikatnya mereka mmg derhaka kpd ibunya.
kalaulah statement yg diberi oleh pihak pusat jagaan emas adalah salah, kenapa sepanjang tempoh ibunya berada di situ tidak ada pun yg dtg menziarah? mungkin kah kerana malu dgn mata2 yg mencaci perbuatan mereka, cepat2 mereka memberi statement balas utk menafikan laporan akhbar kelmarin dgn harapan nama baik mereka dpt dibersihkan.
wang pencen utk ibunya telah dirampas oleh anak2. kalaulah hanya si abang seorang saja yg merampas wang pencen itu, kenapa 8 orang adik beradik tidak menghalang perbuatan abangnya. sedangkah mereka tahu hanya ibunya yg berhak ke atas wang pencen itu. adakah mereka lebih takutkan si abang melebihi perasaan takut mereka kepada Tuhan? hanya mereka yg tahu..
seorang ibu mampu menjaga anaknya seramai 9 orang itu dari mereka bayi hinggalah dewasa. tapi 9 orang anak tak mampu menjaga seorang ibu dan menganggapnya sebagai beban kpd mereka. alangkah berdosanya mereka ini. hanya kerana ibu tua ini lumpuh, sewenang-wenangnya dibuang ibunya ke pusat jagaan warga emas dgn alasan disitu ibu mereka akan mendapat jagaan lebih baik. wahai anak derhaka, butakah mata kamu? takkan tak sedar dipusat jagaan itu bukan hanya ibu kamu seorang saja penghuni nya tapi masih ada berpuluh lagi penghuni lain yg juga memerlukan jagaan rapi. tak der akal utk berfikir ke?
aku cukup marah dan sedih kalau ada anak yg membuang ibunya. tak tahu langsung menghargai pengorbanan ibu selama ini. aku lihat dgn mata sendiri bagaimana penghuni pusat jagaan warga emas lebih suka tinggal di rumah bersama anak dari tinggal disitu. bila ditanya apa yg selalu mereka renungkan..hanya satu jawapannya. anak tersayang. walau diperlakukan sebegitu tapi masih ada sekelumit perasaan sayang dan harapan agar suatu masa nanti si anak akan dtg menjemput mereka sebelum mata tertutup buat selamanya.. rakan2 blog sekalian, sayangilah ibu bapa kita. sedarlah, bau syurga pun tak dpt kita cium kalau derhaka kepada ibu bapa.
6 comments:
yupp...mungkin mereka malu apabila cerita ibu dia tersebar di akhbar...utk menutup malu..
mungkin juga...mereka tk mampu nk halang perbuatan si abang...kerena mereka semua hanya lah adik...selalu juga berlaku mcm tu..
semoga mereka sedar dgn apa yg dah berlaku...jgn di anyakan ibu mereka lagi..sudah lah....
jom ke APA KATA HATI pulak,
CERITA APA TU ?
harap2 lepas ni mereka jaga ibu mereka dgn baik....
New Entry "Tips menjadikan template mesra SEO – part 1"
kod td tu ada silap sket...
anyway tq to kak yong bg kod yg betul sblm sya edit blk enrty tu...
Ibu sorg blh jaga 10 org anak. sorg ibu blom tentu 10-10 tu blh tlg jagakan. Alasan dia hntr mak kat pusat jagaan sbb mak dia lumpuh. takkn la sorg pun tak blh jagakan. takdeke yg jd suri rumah ke. sorg jagakan la...tong2 duit adik badik. takkn la smua jadi anak tak berguna...miskin tak mampu kot!
Mmg anak derhaka diorg ni. Klw anak aku mmg tak cium bau syurga la.
Ada anak ramai pun tak guna,apalah nasib si ibu selepas ini.Tindakan anak menjemput si ibu hanya kerana malu dengan pandangan mayarakat.Hanya tuhan yang mampu membalas perangai jahat si anak derhaka tu.
itulah yg terjadi skrg ni. bila rasa kehadiran ibubapa membebankan, terus buang mereka ke rumah org tua
Post a Comment