Wednesday, October 13, 2010

Penyokong Kelantan Meninggal Selepas Menonton Bola

Penyokong Kelantan meninggal dunia selepas menonton bola



Jenazah Allahyarham Che Karma ditutup dengan bendera Kelantan sambil dipangku oleh rakannya di pekarangan tempat letak kereta, Stadium Shah Alam, semalam. - Gambar ihsan/blog ruang bicara faisal



SHAH ALAM 12 Okt. - Seorang penyokong meninggal dunia sebaik sahaja selesai menyaksikan perlawanan suku akhir pertama bola sepak Piala Malaysia antara Selangor dan Kelantan di Stadium Shah Alam, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner, Nor Azam Jamaluddin berkata, kematian lelaki tersebut yang dikenali sebagai Che Karma Sulaiman, 39, dipercayai akibat sesak nafas.

Beliau berkata, walaupun berlaku kekecohan antara penyokong kedua-dua pasukan tetapi kematian lelaki itu tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan kekecohan itu.
"Allahyarham yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dan berasal dari Bachok, Kelantan meninggal dunia setelah dia mengadu sesak nafas sebelum pengsan di tempat letak kereta di Stadium Shah Alam.

"Rakan-rakannya dan juga pasukan paramedik yang dikejarkan ke tempat kejadian, bagaimanapun gagal menyelamatkan mangsa dan dia disahkan meninggal dunia," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Menurut Nor Azam, ketika perlawanan sedang berlangsung lagi, Allahyarham Che Karma telah mula mengadu sesak nafas dan dia telah dibawa berjumpa dengan paramedik untuk mendapatkan rawatan.

Jelasnya, keadaan Allahyarham selepas itu kembali pulih, sebelum dia menghembuskan nafas terakhirnya di tempat letak kereta.

Dalam pada itu, mengulas mengenai kekecohan di Stadium Shah Alam, beliau memberitahu, tiada pergaduhan yang serius berlaku antara penyokong kedua-dua pasukan ketika di dalam stadium.

"Namun, sekiranya pergaduhan tercetus setelah mereka keluar dari perkarangan stadium ia di luar kawalan pihak berkuasa,'' katanya.

Pada perlawanan tersebut, seramai 300 anggota penguatkuasa yang terdiri daripada anggota polis, pasukan Rela dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) ditugaskan mengawal ketenteraman di dalam stadium.


8 comments:

Iffa masih seperti dulu said...

inalillahi wa inalillahirajiunnn..... buleh jd smp mcm tu.. err..ajal tak kire care tak kire tempat..

Unknown said...

maut akan dtg tak mengira masa dan tempat. takkan tertangguh walau sesaat

abigemok said...

itulah yg dikatakan ajal di tangan tuhan.

Selamber.org said...

walooohh... cian tol la bro.. bleh plak masa lawan ngan selangor tu.. seb baik bukan pasal gaduh ke ape ke... kalo x,, mau kelantan ngan selangor x mau betegur kang...yeeeaahh.. idup selangor... hahhaha... tapi yang malangnye,, meniggal masa tengok bola.... kenapa la x meniggal masa tengok ceramah ke... tang nak jwb kat kubur tu....... hm..... dah ajal.....

Miss PIJAOSIX said...

al-Fatihah dan takziah pada keluarga mangsa...

Unknown said...

dlm kekalutan ni, ada juga sorang mamat dari selangor yg gembira diatas kematian penyokong kelantan ni. siap mencaci dlm facebook lagi. pelik dgn perangai org skrg ni..

karim jb said...

inalillahi wa inalillahirajiunnn..smoga arwah di cucuri rahmat..ajal maut di tngan tuhan..x kira ape situasi pun..

karim jb said...

inalillahi wa inalillahirajiunnn..smoga arwah di cucuri rahmat..ajal maut di tngan tuhan..x kira ape situasi pun..