Monday, October 11, 2010

Toyota Corolla Altis 2.0V with Dual VVT-i

baru hari ni aku perasan iklan baru kat blog aku ni. rasanya semua tuan blog dah perasan kot iklan terbaru Toyota Corolla Altis ni. peminat jenama Toyota pasti tertunggu2 kehadiran model baru ni. menurut maklumat yg diterima dari Toyota Malaysia, harga jualan adalah pada harga RM131,990. nice price for a nice car..kan kan kan

Corolla Altis 2.0V baru ini didatangkan dgn enjin 2.0 liter Dual VVT-i 3ZR-FE yang mempunyai transmisi 7 kelajuan Super CVT-i. selain 2.0V, Corolla Altis ni juga didatangkan dgn 3 lagi versi iaitu 1.8G ditawarkan pada harga RM122,900, 1.8E berharga RM112,990 dan 1.6E berharga RM105,990. versi 1.6E dipadankan dgn transmisi  automatik 4 kelajuan manakala  1.8E dan 1.8G didatangkan dgn transmisi yg sama seperti  versi 2.0V. harga bagi ke empat2 model baru ni adalah harga atas jalan dan sekali dgn insurans. walaupun harganya nampak sedikit tinggi tapi sesuatu yg harus diingat adalah teknologi terkini dan mewah yg dilengkapkan pada model terbaru ni.

  
dengan kedatangan model baru Toyota ni, jenama Honda Civic yg gah diatas jalan sebelum ini sudah mendapat saingannya. mampukah Corolla Altis ini menawan hati pembeli di Malaysia, hanya masa yg akan menentukannya. tapi kalau dilihat kpd ciri2 yg ditawarkan pada model ini, tak mustahil ia mampu menjadi antara model import terlaris selepas ini. just wait and see...vroommmmm

untuk maklumat lebih detail, sila layari website Toyota Malaysia

5 comments:

Almy said...

Memang laris pon..trafik masuk ke blog pon banyak search toyota altis..hihih

Unknown said...

model baru, mesti ramai org nak tahu lebih lanjut kan..huhu

cydayf said...

hohoho, model baru..shantek..

n@jwamz said...

smart kete ni..:) suke3..
suke jer laa...nk beli duit tarak...huhu

Unknown said...

mari semua kita beli kereta ni...hua hua hua