beberapa hari lepas, Gunung Merapi telah meletus. berpuluh nyawa telah menjadi korban. Indonesia dikelilingi oleh banyak gunung berapi yang masih aktif. beberapa buah darinya pernah meletus dengan dahsyat hingga seluruh dunia menerima kesannya. kekuatan letusan sebuah gunung berapi ini dikukur menggunakan skala VEI (Volcanis Explosivity Index). disenaraikan 8 buah gunung berapi di Indonesia yang pernah mencatatkan letusan yang dahsyat.
8. Gunung Kelud VEI=4
sejak abad ke 15, gunung berapi ni telah mengorbankan 15 ribu nyawa. letusan gunung berapi ini pada tahun 1586 telah mengorbankan 10 ribu nyawa. pada abad ke-20, Gunung Kelud telah meletus sebanyak 5 kali iaitu pada 1901, 1919, 1951, 1966 dan 1990. gunung berapi ini dikesan aktif kembali pada tahun 2007.
7. Gunung Merapi VEI=4
baru saja meletus beberapa hari yang lalu. Gunung Merapi adalah yang termuda dikalangan gunung berapi di selatan Pulau Jawa. letusan kecil seringkali terjadi setiap 2-3 tahun sekali dan letusan besar sekitar 10-15 tahun sekali. letusan besar direkodkan terjadi pada tahun 1006, 1786, 1822, 1872 dan 1930. letusan pada tahun 1003 telah menyelubungi Pulau Jawa dengan abu. pada tahun 1930, letusan Gunung Merapi telah memusnahkan 13 buah perkampungan dan mengorbankan 1400 nyawa.
6. Gunung Galunggung VEI=5
letusan terkuat gunung berapi ini terjadi pada tahun 1882. kesan dari letusan gunung berapi ini telah menyebabkan hujan pasir merah yang sangat panas, awan panas, abu2 halus serta lahar. letusan ini telah mengorbankan 4011 nyawa dan meranapkan 114 buah perkampungan.
5. Gunung Agung VEI=5
kali terakhir gunung berapi ini meletus pada tahun 1963-64. sehingga kini ia dikesan masih aktif. letusan pertama berlaku pada 17 Mac 1963. letusan kedua pada 16 Mei telah membentuk awan panas dan meragut 200 nyawa.
4. Gunung Krakatua VEI=6
Gunung Karakatau adalah gunung berapi yang masih aktif dan berada di Selat Sunda antara pulau Jawa dan Sumatera. gunung berapi ini pernah meletus pada 26 Ogos 1883. letusannya sangat dahsyat dan tsunami yang diakibatkannya mengorbankan sekitar 36 ribu nyawa. sehingga 26 Disember 2004, tsunami ini adalah yang terdahsyat. bunyi letusan Gunung Krakatau dapat didengari hingga ke Alice Springs, Australia dan pulau Rodrigues dekat Afrika, 4.653 kilometer dari pulau Jawa.
3. Gunung Maninjau VEI=7
letusan dahsyat dianggarkan berlaku sekitar 52 ribu tahun yang lalu. letusan Gunung Maninjau telah membentuk sebuah tasik besar yang dikenali sebagai Tasik Maninjau. asalnya tasik ini adalah sebuah kawah lahar gunung berapi.
2. Gunung Tambora VEI=7
aktiviti gunung berapi ini mencapai klimaks nya pada bulan April 1815 apabila letusannya mencatat skala VRI=7. letusangunung berapi ini dapat didengari hingga ke Pulau Sumatra (2000kam jauhnya). abu gunung berterbangan jatuh di Kalimantan, Sulawesi, Jawa dan Maluku. letusan Gunung Tambora telah menamatkan 71 ribu nyawa. letusan gunung berapi ini telah mengakibatkan perubahan iklim dunia.
1. Gunung Toba aka Supervolcano Toba VEI=8
letusan Supervolcano Toba adalah yang paling dahsyat dalam sejarah dunia. 73 ribu tahun yang lalu, letusan dari supervolcano ini hampir melenyapkan generasi manusia atas muka bumi ini. kalau dibuat perbandingan, letusan dahsyat Gunung Krakatua pada 1883 bagaikan hanya sendawa kecil bagi Supervolcano Toba ini. walaupun kini supervolcanoi ini masih tidur tapi dibimbangi letusan gunung berapi aktif di Talang yang terletak kira2 300km di selatan Toba akan membangkitkan kembali rasaksa yang tertidur ini.
nota: syukur alhamdlillah kerana negara kita tidak mempunyai gunung berapi aktif. namun sekali gunung berapi di Indonesia meletus, bersiap lah kita utk menghadapi ombak tsunami yg lebih dahsyat dari sebelumnya.
5 comments:
yes, bersyukur sesangat msia tak de gunung berapi but lately kita juga turut tkena tempias bila bencana blaku d negara seberang.
thanx for the infos...good job
syukur alhamdulillah kiter rakyar mesia selamat dari sumer nie...
hope sumer rakyat mesia sedar akan keberuntungan ni sumer...=))
tq for info ni...sepatutunye kite bersyukur nagara kite ni tak bencana mcm tu...
kita semua patut mengucapkan syukur sentiasa. walaupun jauh dari lingkaran gunung berapai tapi jgn kita lupa masih ada bencana lain yg akan melanda
nasib baik mesia ni takde gunung berapi, syukur..kesian rakyat² indon kat sane kan, selalu terjadi bencana alam..kite sebagai rakyat mesia kenelah amik iktibar, jgn sampai bende ni berlaku kat kita pulak, nauzubillah..
Post a Comment