Wednesday, October 27, 2010

Pizza Hut 6 Cheese Extreme Pizza

suka makan pizza tak? pernah pergi ke mana2 restoran Pizza Hut? angguk angguk, jangan geleng geleng kepala. kalau sebut pasal, pizza, yang pertama terbayang dalam kepala adalah cheese. aku suka makan cheese. apa saja yang berkaitan dengan cheese aku suka.

tadi aku baru pergi ke Pizza Hut. dah lama tak makan pizza ni. pergi pun bila terdengar pasal resepi terbaru pizza yang dinamakan 6 Cheese Extreme. cheese, aku suka..suka sangat. bila dah sumbat dalam mulut..aumm!!!!. rasanya memang nyum nyumm!! sedapnya..menjilat bibir. huhuhu... serius aku cakap, memang sedap. tapi mengenangkan aku masih dlm keadaan diet, jadi terpaksa cancel niat nak sambar satu lagi bawa balik rumah. kalau tak... please!!! aku tak nak bayangkan. buat air liur aku meleleh pulak...


Pizza Hut 6 Extreme Cheese Pizza ini adalah gabungan 6 jenis cheese yang terdiri dari Romano, Monterey Jack, Provolone, Parmesan, Mozzarella dan Cheddar. yang lebih best lagi, kesemua cheese ini mempunyai kandungan gula yang rendah serta kaya dengan kalsium. i like it.. jadi..u all pergilah cuba resepi baru pizza ni. ajak sekali kawan2 dan family. lebih seronok bila dapat makan ramai2. 

harga hidangan ni cuma RM21.00 dan RM28.90 untuk pizza biasa dan besar. set combo ideal juga disediakan pada harga RM29.00 untuk 2 orang dan RM39.00 untuk 4 orang yang merangkumi hidangan sup, roti bawang putih dan 7UP Revive. nak sedikit variasi, boleh tambah lagi topping kegemaran pada harga RM2 untuk pizzan biasa dan RM3 untuk pizza besar.

alaa..dah rasa lapar balik bila tulis entry pasal pizza ni...arrrrrrr

8 comments:

NURHANI (BABY) said...

waaaaa... sedapnyer.. jom pg makan sama...

Mata Hati said...

jom jomm

acikpurple said...

oit2 ape tnjuk gmbo mkn2.kecian org bediet muahaha!

ainnoraini said...

salam...
sedapnye...kalau anak2 nengok mesti dia ajak gi makan pizza ini mlm...

sweetsal said...

pizza tu memang sedap pun, akak hari2 makan pizza, naik debab satu badan..sebab keja kt pizza tu..hehe

Mata Hati said...

acikpurple - kalu iman tak kuat, hilang ler diet tuh

ainnoraini - ajak ler family pi mkn.. sedap tu

sweetsal - ohh...patut ler terbau pizza tadi..huhuhu

y@n@ M!B said...

wohooaa..gud luck! pizza ni mmg sgt sedap! =)

10 said...

mmg sedap la bila ada chesse banyak... suka2...