Sunday, October 31, 2010

Sepetang Bersama Irfan Khairi

sejak kelmarin hujan turun tak henti2. angin tak usah cakap lah, mmg kuat. apalagi kalau berjalan kat pantai. rasa mcm nak diterbangkan angin jer. petang kelmarin aku hadiri program bicara santai bersama Irfan Khairi. aku ada sebut dlm entry sebelum ni kan kan kan.. ramailah jugak peserta. asalnya just target dlm 80 orang jer. tapi sbb permintaan ramai sgt, terpaksa tambah lagi kuota sampai 120 orang. perjalanan program motivasi ni selama 4 jam bermula pukul 2-6 ptg. mmg best sangat...serius, tak tipu pun. ramai jugak lah dpt kawan2 baru or lebih tepat lagi bisnes partner. sampai letih tgn aku tulis nama dan no. fon utk diberi kat diaorang. lepas ni dah boleh mulakan rancangan aku. nak share sikit ilmu Irfan Khairi beri kelmarin...

  1. kejayaan datangnya dari pengetahuan. pengetahuan diperolehi dari sikap yg baik.
  2. mesti sentiasa yakin. sematkan dlm fikiran "yes i can"
  3. dlm persaingan perniagaan, janganlah asyik nak cari kelemahan pesaing. cari kekuatan sendiri dan cipta kelainan. 
contohnya: menjual burger. si A dah lama berniaga dan maju. utk bersaing dengannya, janganlah kita jual burger dgn harga lebih murah sbb dia juga boleh buat begitu. akhirnya kita jugak yg tutup kedai sbb burgernya sudah dikenali ramai. better kita fikirkan mcm mana nak buat sesuatu yg dapat menarik pembeli. why not kita buat sesuatu yg berbeza. maybe buat burger daging bakar atau grill. secara tak langsung ini dpt menarik perhatian pembeli. lagipun sudah lumrah pembeli, kalau nampak sesuatu yg lain dari yg lain mesti terasa nak mencubanya. errr..kalu korang tak paham, sorry ekk. aku tak pandai bercerita..uwaaaa!!!

maybe next time kalau Irfan Khairi buat lagi program kat sini, aku akan pergi lagi. byk ilmu pengetahuan yg aku dapat. most important mcm mana nak start perniagaan. sejuk ah..rasa mcm beku jer jari2 ni bila menaip. suasana sejuk mcm ni sering mengingatkan aku pada kenangan manis kat Cameron Highland 5 thn lepas. how sweet..tapi itu dulu, sekarang dah tukar jadi sad memory hiks3

aku cuba control ayu. ikutkan hati, jari tu nak buat peace ataupun tanduk kat kepala Irfan Khairi.  malu ah kalu buat aksi2 nakal time bergambar dgn mentor ni. kan jadik kontrovesi pulak..hahaha


see..kan dah bagitau tadi dpt ramai kawan baru. kalu korang ada bisnes, pergilah ke program ni. ada manfaatnya.. aku rekemen sangat.

7 comments:

Nour Eyza said...

bestnya jumpa Irfan Khairi!!
hukhuk

Sharinginfoz said...

irfan memang terkenal punya

soshylady said...

Teruskanlah usaha memajukan diri..bagus, bagus

Mohd Rozaili Mohd Adnan said...

salam....kalau jumpa IK lagi kim salam yeak....

visit my blog ROZANEEM

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

Seronoknyer...kalau jumpa Irfan lagi krm salam ye.

Moga Mata Hati terus success.amin

nur said...

baru tengok dia kat tv
ALL IN ONE

g0m0k9enDek said...

ok, cam beswe, ak pon akan cakp cam org lain.. best gile dapat jumpa irfan khairi!!!! huhuhu