aku masih lagu blurrr sejak kelmarin. semakin hilang idea nak menaip entry.. so, layankan jer dialog antara seorang anak dgn mak semalam...
Mak: Ida kawan sekelas Along dulu tu kawin doh baru ni
Anak: ok lah tu..doh sapa jodoh dia...
senyap sekejap. tak lama kemudian..
Mak : anak Mak Teh tu, yg kerja kat pejabat bla bla bla tu comel jugok
Anak : muka tak penting. kalau perangai baik, baru lah dikatakan comel
Mak : memang lah.. tak mahu kenal2 ke dgn dia
Anak : tak nak ah (dlm hati : nak suruh kawin lah ni)
Mak : tunjuk yg ni tak nak, tunjuk yg tu tak nak.. dah tu nak yg mana satu
Anak : kan dah beritahu dulu, nak cari sendiri
Mak : kes nak cari sendiri lah sampai sekarang tak kawin2
Anak : coming soon
Mak : 2-3 tahun dah cakap coming soon.. tahun depan coming soon lagi
Anak : dah namanya coming soon, nak buat mcm mana
leceh ah kalau usia semakin hampir ke angka 3 ni. ramai yg tanya bila nak kawin, bila nak kawin. serba salah dibuatnya. tak perlu lah tanya acap kali, letih mulut ku ini nak menjawab. sekarang bukan mcm zaman dulu. sekarang dah tak kisah nak kawin umur berapa pun, 20 lebih ke, 30 lebih ke, 40 lebih ke..yg penting kawin bila betul2 dah ready. ready dari segi kewangan, ilmu agama dan ilmu rumahtangga. kan kan kan... sekian. sampai di sini saja aku merapu utk pagi ni..hua hua hua
2 comments:
Selamat pagi...
Betul tu,nak kawen awal-awal pun kalau tak sedia tak guna juga.Perkahwinan adalah sesuatu yang amat indah jika kita benar-benar bersedia meredah arus gelombang perkahwinan itu sendiri..hehehe,yang penting kenalah ada calon yang sesuai..betul tak?
betul betul betul..sokong 200%
Post a Comment