KOTA BHARU – Gara-gara pengawal keselamatan didakwa tertidur, 12 buah bas Ekspres Budaya milik Syarikat Transline Express Sdn. Bhd. bernilai RM2.6 juta musnah dijilat api di depot menempatkan bengkel dan tempat menyimpan bas di Panji, Pengkalan Chepa dekat sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 12 tengah malam kelmarin, kesemua bas tersebut yang disusun berdekatan di salah satu sudut di depot tersebut hangus sama sekali.
Ketua Balai Bomba Pengkalan Chepa, Saipu Bhari Mohd. Noor (gambar kecil) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada pukul 12.32 tengah malam kerana pengawal yang bertugas menjaga depot itu semasa kejadian didakwa tertidur.
Menurut Saipu, pihaknya menghantar sebuah jentera bersama lima anggota ke tempat kejadian sebelum tiba di lokasi tiga minit kemudian kerana kedudukan balai bomba dan depot bas itu hanya dalam jarak dua kilometer.
sumber: Kosmo! Online
nota: macam perbuatan khianat jer ni..
6 comments:
uissshh...nasib baik x der yg terkorban...
hmmm apa le cerita sebenarnya
ishh abis semua terbakar.Baik tak payah ada pengawal kalau mcm tu..huhuhu.
Mata Hati pun lum tido time tu kan?hehehe.
terkezut gak, akak tgk briter smlm.
mcm ada hasad dengki ataupun, silap kt maner2 la tukan..
gedebe sguh puok2 dio
Kak Lynn - tu lah...mujur pak guard tu x jadi mangsa kebakaran
Sharinginfoz - tunggu statement yg akan dikeluarkan oleh polis dan bomba
Puan LM - saya batman...x tido mlm..
Suzie - nok wat ganer..asal dok puah ati, teruh buat onar. kat mana2 pun ada org mcm ni..
Post a Comment