Thursday, October 14, 2010

Persamaan Antara Aku & Batman

sapa kenal batman? ahak..dari yg kecik sampai yg besar hampir semuanya kenal siapa batman. dah berpuluh tahun watak batman diwujudkan dlm komik, siri tv, kartun hinggalah ke filem. aku pun antara kipas susah mati batman. well, aku nak bagitau ni..kalau ada jawatan kosong utk jadi batman, aku antara mereka yg layak utk isi jawatan itu. why? poyonya budok ni..huhuhu. serius aku tak tipu mmg aku layak sbb aku pun sama seperti batman, berjaga malam. bukan ke itu kriteria utama utk jadi batman. batman kan spesis kelawar. mana ada kelawar keluar disiang hari.. betul tak? kalau tak tahu, nanti pergi belek encylopedia..


aku sejak 2 menjak ni mmg susah nak tido malam. kadang2 pukul 4 pagi lom ngantuk nak tak nak terpaksalah berjaga terus. kalau tido cofirm terlepas subuh. kadang2 dlm sehari aku tido 2-3 jam jer. kadang2 tak tido langsung. alhamdulilah sampai ke saat ini aku masih dikurniakan kesihatan yg baik walaupun kurang tido. kalau minum kopi pun tak ngantuk..mata semakin cerah jadinya. atau mungkin kah aku perlu bilang biri2 utk buatkan aku mengantuk? nonsense... 

korang jgn cuba tiru tabiat aku yg tak tido malam ni. nanti tak pasal2 hitam legang bawah kelopak mata. ok, aku nak sambung baca artikel sejarah melayu. err! aku ni mmg suka sejarah. kalau tak cayer, tgk lah result spm aku, full mark. dulu aku ada cita2 nak jadi lawyer tapi tercapai. cukuplah sekadar loyar buruk jer..huhuhu

ini ler budok yg tak tido malam. masa ni baru berumur setahun kot!!

5 comments:

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

sama lah kiter...
semenjak 2-3 bulan ni..minah sagitarius ni pon susah tido malam.kalau tido pon sure pkl 1-2pagi dah tersedar.Dan berjagalah sampai hari siang..Apasal jadi mcm tu?diri sendiri jeyang tau...hahaha.

LyNn HaMzAh said...

uishhh...kak lynn kalau x tido malam dah tentu datang office esok dengan mat yang lebam...sedangkan cukup tido pun bawah mata dah ada lingkaran hitam dah...huhuhuhu...tak usah la jadi batman dik...

Mata Hati said...

Lydia Miza - minag saggitarius pun dah bertukar jadik batwoman..huhu

Kak Lynn - apa nak buat, telan pil tidur pun x dtg kesan. terpaksalah jadik batman sambilan..huhu

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

berjangkit kat sagitarius man lah ni..last2 dua2 jd batman dan batgirl..hehehe.mata dah cengkung ni..huhuhu

Mata Hati said...

dah namanya kembar sagittarius, mestilah berjangkit..hahaha