Tuesday, October 19, 2010

Sakit Belakang

pagi tadi bukan main susah nak bangun. sakit belakang menyerang lagi. dah belasan tahun tak pernah sembuh2. begitulah juga dgn lutut yg injured masa main bola 6 thn lepas. daya penyembuhan dlm tubuh aku mmg lambat bertindak balas. berbalik kpd sakit belakang, aku mula terasa lepas 1 kejadian masa aktif dlm gimnastik dulu (masa tu ada gak pasang angan2 nak jadi wakil negara...huhu). ntah mcm mana sampai turn aku nak buat aksi, aku tersilap landing...langsung jatuh berdebuk mcm buah nangka. mmg cemas keadaan masa tu sbb langsung tak boleh bernafas. dlm kepala ingat dah nak mati. lepas terima bantuan kecemasan, barulah dpt bernafas semula. tapi kat belakang mmg rasa sakit sangat, mcm kena cucuk2 jer. lepas kejadian tu sampailah skrg ni, sesekali sakit belakang tu dtg menyerang mmg tak boleh angkat badan langsung. nak gerak pun sikit2 jer. terpaksalah baring sampai sakit tu beransur2 hilang. tak lama, adalah dlm 1 jam lebih..errrrr. ok, nak sambung kerja.. dah sampai waktu rehat baru rajin balik buat kerja..hohoho

4 comments:

~ PIJA ~ said...

banyak kan minum susu..hehee

deno said...

kena g urut kot.. :)
g kat pakleh.. hehe

thomas said...

baik jumpa pakar tulang saja.

Mata Hati said...

PIJA - dah selalu minum..hmmm

deno - dah pi urut tapi still x sembuh2

thomas - rasanya mcm tu lah..