Thursday, October 28, 2010

Letusan Gunung Merapi & Tsunami Di Mentawai

Gunung Merapi memuntahkan debu panas pada tahun 2006
sumber : Berita Harian

2 bencana serentak mengegar Indonesia minggu ini. di Yogyakarta, Gunung Merapi yang hampir 4 tahun terlena kini meletus kembali. setakat semalam hampir 30 orang telah dilaporkan terbunuh dengan kebanyakan dari mereka melecur 45 hingga 90 peratus dan dilitupi debu gunung berapi. Gunung Merapi setinggi 2,914 meter ini adalah gunung berapi paling aktif  diantara 69 buah gunung berapi yang pernah meletus di Indonesia. pada tahun 1883, letusan Gunung Karakatau telah membunuh 10 ribu orang.

di kepulauan Mentawai, 282 nyawa melayang akibat dilanda ombak tsunami setinggi 3 meter. manakala 400 orang lagi dilaporkan masih hilang. bencana tsunami yang melanda kepulauan Mentawai ini mengingatkan kembali memori tsunami pada tahun 2004 yang telah mengorbankan  230,000 nyawa di berpuluh-puluh negara.

5 comments:

Sharinginfoz said...

ramai juga yang korban kan

suzieapai said...

owh...rasa mcm baca berita pulak...

Kuasa Tuhan semua tuuu

eliyaezlinalias said...

larikkkk...!!!

Unknown said...

lari selamatkan diri!! kita kena beringat selalu, bahaya sentiasa menghampiri. berdoalah kpd Tuhan agar dilindungi kita dan keluarga dari bahaya ini..

Thomas Lee said...

kebelakangan ini malapetaka kerap berlaku pada awal dan hujung tahun,
harus berhati2.