Friday, October 22, 2010

Mencari Identiti Blogger Yang Hilang


seram...aku telah di tag oleh 2 org sekaligus, encik Mamat dan mrs. sagittarius (Lydia Miza). kali ke 3 sepanjang berblogging aku di tag. bermain2 dlm kepala ni mcm mana nak jawab tag yg sekali imbas mcm soalan exam. huhuhu.. mcm mana ekk? pening kepala ni sebab kena senaraikan 25 perkara tentang diri aku dan jugak ke tag 25 org blogger.

once you have been tagged, you are supposed to write a note with 25 random thing, fact, habits or goal about you. at the end, choose 25 people to be tagged. You have to tagged the person who tagged you. if i tag you, its because i want to know more about you.

1- aku anak jati Terengganu...dulu, kini dan selamanya

2- dilahirkan pada 14 disember jam 7.45pm di Hospital Besar Kuala Terengganu (sekarang dah ditukar kpd Hospital Sultanah Nur Zahirah)

3- anak sulong dari 5 beradik

4- nama pangilan aku banyak..fairul, per, ijan, wan, along, sulong, yoh, fakhzan, abe long...

5- sejak turun temurun, keturunan aku mengusahakan pembuatan tembaga tapi aku sikit pun tak minat. kalau mengumpul koleksi tembaga aku minat lah..boleh lah tu kan asalkan masih tembaga

6- seorang yg simple, crazy, childish dan seangkatan dengannya

7- amat berminat dgn dunia IT

8- hobi masa lapang adalah surfing internet, main games, jln2 mkn angin

9- dulu aku mmg gila main bola tapi selepas injured, aku main badminton jer skrg

10- sehingga saat ni, aku dah pakai 4 jenis telefon yg semuanya brand Nokia

11- makanan peberet aku, burger. pernah makan 5 bijik burger dlm 1 mlm sahaja

12- kenapa aku guna nickname Mata Hati kat blog? ntah rasa sweet jer nick tu..tak der alasan kukuh

13- ada lesung pipit kat pipi kanan..tak suka ah lesung pipit ni

14- dlm sehari aku cuma tidur tak lebih dari 5 jam. kadang2 tak tidur terus...

15- sekarang tinggal kat umah pusaka tok.. suka tinggal kat sini sbb bukak jer pintu terus nampak sawah padi

16- aku ni minat bidang fotografi tapi sejak akhir2 ni jarang sgt aku pegang kamera

17- sejak sekolah menengah aku suka baca komik. komik peberet aku ialah Dewata Raya... hikmat badan titanium...hiyakkkk

18- perangai aku bergantung pada mood..kadang2 terlebih ramah, kadang2 pendiam..

19- aku tak pandai nak marah2 kat org. sampai sekarang belum pernah aku sembur api kemarahan kat sesiapa

20- sampai sekarang aku belum ada lesen memandu kereta. malas betul nak buat...hak hak hak

21- aku selalu berangan nak jadi Gaban dan Suria Perkasa Hitam

22- aku belum kahwin..anak teruna lagi

23- suka memasak tapi mesti berpandukan buku resepi sbb aku tak pernah hafal apa2 resepi masak

24- paling tak suka ikan singang sbb kalau mkn mesti ada jer terlekat tulang

25- setiap hari aku rindukan seseorang....

ok ok...dah habis bercerita. letih perah otak nak pikirkan apa yg patut aku tulis. nak tag siapa ekk?

1 - 25 : semua yg aku nak tag dah sedia ditag oleh blogger lain. so kiranya sesapa nak jawab tag ni, silakan. jgn malu2 kucing sbb kucing pun tak der rasa malu2..hehehe

No comments: