Tuesday, October 12, 2010

Fakta Menarik Tentang Doraemon - Siri 2

adakah anda mengenali Doraemon? adakah anda peminat robot kucing yg paling femes atas dunia ni? bukan org dewasa saja, budak2 kecik pun kenal Doraemon. berterima kasih kpd Fujiko Fujio kerana mencipta watak Doraemon yg telah menghiburkan jutaan kanak2 sejak berpuluh tahun lamanya. aku sendiri membesar bersama Doraemon. disini aku nak kongsi beberapa fakta menarik tentang Doraemon kesayangan ramai ni


  • Nama Doraemon dicipta dari 2 patah perkataan iaitu Dora dan Eamon. Nama Doraemon juga membawa maksud "kucing jantan liar"
  • Nombor kod untuk Doraemon adalah MS-903 dan ia pernah disebut dalam sebuah filem Doraemon pada tahun 2007
  • Tarikh lahir Doraemon adalah pada 3 September 2112 dan dicipta di Kilang Robot Matsushiba
  • Nombor ajaib untuk Doraemon adalah 1293. Ia merujuk kepada berat 129.3kg, tinggi 129.3cm, kelajuan maksimun ketika berlari dalam ketakutan 129.3km/j, ketinggian ketika melompat 129.3cm, kekuatan maksimun 129.3bhp, ukuran lilit dada 129.3cm dan diameter kaki 129.3mm. Tarikh lahir 3 September 2112 jugak durujuk kepada 12/9/3
  • Warna asli Doraemon adalah kuning dan bukan lah biru seperti yangt kita tonton di televisyen. Badannya bertukar menjadi warna biru setelah terjadi satu peristiwa dimana telinganya putus digigit tikus. Kerana terlampau sedih, Doraemon telah meminum ubat "Kesedihan" dan menangis hingga seluruh badannya bertukar menjadi warna biru
  • Doraemon bukan lah robot kucing yang sempurna. Ia dikategorikan sebagai sub-standard product atau dikenali juga sebagai "robot usang' kerana kegagalan beberapa sistem pada badannya berfungsi seperti misai radarnya
  • Doraemon pun bersekolah juga dan nama sekolahnya adalah Robot School 
  • Prestasi Doraemon semasa disekolah amatlah buruk sehingga tiada sesiapa yang mahu mengambilnya bekerja (kesiannya) sehinggalah Sawaishi (cicit Nobita) menekan tombolnya. Pada mulanya ibubapa Sawaishi enggan menerima Doraemon tapi kerana Sawaishi menyukainya, mereka menyewa Doraemon dan memperbaikinya. Sawaishi menghantar Doraemon ke masa silam untuk menolong Nobita (disinilah bermulanya episod ceita Doraemon bersama Nobita)
  • Sebanyak 4500 gajet yang telah dikeluarkan oleh Doraemon dari poketnya bermula dari episod pertama sehinggalah sekarang. Gajet yang paling popular adalah Deko Doma Doa (pintu kemana sahaja), Take-copter (kipas terbang), Kuukihou (pistol angin) dan Time Machine (mesin waktu)
  • Tombol On/Off Doraemon terletak pada ekornya
  • Tangan Doraemon memiliki kekuatan adhesive dan daya vacuum yang luar biasa sehingga apa saja benda akan melekat pada tangannya. Teknologi yang digunakan pada tangannya ini mirip dengan gaya graviti bumi dalam skala mini
  • Guru kepada Nobita sejak dari eposod pertama tidak mempunyai nama dan hanya dipanggil Sensei. Tapi pada versi asli yang ditayangkan di Nihon Television, dia diberi nama Ganari
  • Pakcik yang selalu memberi angpow kepada Nobita setiap kali tahun baru bernama Nobirou Nobi. Dia adalah seorang atlet sukan yang berjaya
  • Dalam versi Amerika, bapa Nobita diberi nama Marvim Nobi dan ibunya bernama Rukia Nobi
  • Siri Doraemon pernah 2 kali cuba untuk ditamatkan tetapi mendapat bantahan dari peminatnya. Sehingga hari ini Doraemon masih setia menghiburkan peminat2 diseluruh dunia. 
  • Filem terbaru Doraemon untuk tahun 2010 berjudul Nobita no Ningyo Daikaisen 

    9 comments:

    yahaya said...

    doraemon memang popular suatu ketika dulu.yg dewasa pun tumpang juga tengok heheh..

    LyNn HaMzAh said...

    suka tgk citer doraemon...dari kecik sampai la skrg...hehehehe...

    Unknown said...

    tak suka langsung tgk doraemon..sebab banyak yg tak logik..hehe

    Unknown said...

    yahaya - cerita doraemon boleh dilayan oleh sesiapa saja, baik yg kecik atau yg besar

    Unknown said...

    Kak Lynn - saya pun..huhuhu

    Unknown said...

    Mama Damia - mmg x logik sbb itu cuma kartun..hahaha

    Unknown said...

    byk jgk pasal doreamon aku bru thu sbb aku salah 1 fans nobita...

    Nur Hawa Mohd Zin said...

    hahahah...ada ek pasal ni...wah pengkaji doremon rupanya..hehhe

    MyraLove =) said...

    waa..teringat zaman muda mudi dulu..
    rase cam nak carik je sekor doraemon nih,simpan kot2 boleh guna time susah..hehe