Monday, October 18, 2010

Kisah Sepasang Burung - Kasih Hingga Hujung Nyawa

gambar dibawah telah dirakamkan oleh seorang jurugambar dari Perancis. semoga kita dapat mengambil iktibar dari gambar2 dibawah yang memperlihatkan kasih sayang sepasang burung layang-layang hingga hujung nyawa. kalau seekor burung layang-layang begitu menyayangi pasangannya sebegitu rupa, kenapa tidak kita yang diberi akal, hati dan perasaan untuk menyayangi dan menghargai pasangan hidup kita hingga ke akhir hayat.

tersebutlah kisah disuatu tempat, seekor burung layang-layang betina cedera dilanggar oleh sebuah kenderaan ketika mencari makanan

melihat pasangannya cedera, burung layang-layang jantan turun membawa makanan untuk pasangannya itu

menyedari pasangannya masih lapar.. burung layang-layang terbang lagi mencari makanan. sekembalinya ke tempat itu, dia mendapati pasanganya telah mati

burung layang-layang ini cuba mengerak-gerakkan tubuh pasangannya yg terdampar kaku itu dengan harapan pasanganya akan hidup kembali

beberapa ketika kemudian burung layang-layang ini terpaksa juga menerima kenyataan pasangannya telah mati. kerana terlalu sedih, burung layang-layang ini mengeluarkan bunyi sayu... meratapi kematian pasangannya

buat kali terakhir, burung layang-layang menatap sayu pasangan yang disayangi. hakikatnya, pasangannya telah pergi meninggalkanya telah buat selama-lamanya. tiada lagi teman untuk mencari makanan, tiada lagi teman untuk menari dilangit.. yg pasti, kasih burung layang-layang terhadap pasangannya hingga ke hujung nyawa

8 comments:

LyNn HaMzAh said...

huhuhuhu...sayu jer tengok burung layang2 tu...binatang pun sangat mengasihani pasangan masing2...

Lydia Miza said...

sedihnyer..burung pun tinggi nilai kasih sayang,kenapa manusia tak mau berkasih sayang,berbalah sesama sendiri..huhuhu.

ckynwan said...

alahai buat air mata nak menitis je ni...

cerita cerita lawak said...

kesiannyaaa....sedih cerita ni...
nak nangis aku baca huhu....

fiezaradzi said...

sesama binatang pun de perasaan kasih sebegitu.. manusia yg tak de, tak tau kategori mana.. huhuu

kella said...

tersentuh hati melihatnya...

terima kasih sudi kongsi.

Unknown said...

semoga apa yg dilakukan oleh burung layang-layang ni menjadi iktibar buat kita yg bernama manusia

Nurhani said...

hm.. bestnyer citer...