Saturday, October 23, 2010

Piala Malaysia : Separuh Akhir Ke-2

malam ni adalah penentuan kpd 4 pasukan yg berhajat utk melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia. Kelantan, Kedah, Johor FC atau N. Sembilan yg akan menjejakkan kaki ke Stadium Bukit Jalil. di selatan tanah air, Johor FC yg mempunyai kelebihan 1 gol akan menanti kedatangan N. Sembilan. pastinya tugas berat menanti anak buah Wan Jamak setelah gagal memanfaatkan kelebihan bermain digelangang sendiri 4 hari lepas. samada Johor FC mampu melakar sejarah sebagai kelab ke 2 melangkah ke final, hanya pemain yg dpt menentukannya. pasti sokongan rakyat Johor ditagih oleh pemain Johor Fc utk meningkatkan tekanan kepada N. Sembilan.

satu lagi perlawanan getir akan berlangsung di Kota Bharu. setelah seri tanpa jaringan dlm perlawanan pertama, pertembungan disambung kembali mlm ini. gelora merah akan mewarnai stadium. diharap penyokong Kelate tidak bertindak ekstrem pada mlm ini. usahlah dilontar mercun ke dlm padang, tak cukup lagi ke KAFA didenda sebelum ni. kalau sayangkan pasukan, jadilah penonton bola yg sejati. berbalik kpd pertembungan Kelate dan Kedah...pastinya sokongan penyokong merah akan menaikkan lagi semangat pemain Kelate utk melangkah ke final buat kali ke-2. sesudah kecewa pada thn lepas, takkan sesekali peluang yg terhidang ini akan dipersiakan begitu saja. gagah menundukan Selangor pada peringkat suku akhir, kejayaan pasti ingin diulangi kembali. pemain Kedah dari awal menyedari semangat merah yg akan mereka hadapi. persedian fizikal dan mental 200% serta taktikal yg betul diperlukan andai mahu melangkah kembali ke final. apa pun pemenang hanya akan ditentukan apabila wisel terakhir dibunyikan.
Selingan: aku cukup kagum dgn kepimpinan KAFA yg mampu meraih untung hasil kebijaksanaan strategi pembangunan pasukan Kelate. dari sebuah persatuan yg pernah dianggap mundur, kini mereka 2 langkah maju ke depan. terbaru, perancangan presiden KAFA utk membeli stadium adalah satu pelaburan jangka masa panjang yg menguntungkan. salute kpd Tan Sri Anuar Musa yg menukar wajah sukan bola sepak negeri kpd sebuah perniagaan sepertimana yg dilakukan oleh kelab2 bertaraf dunia. org seperti inilah yg harus diangkat utk mentadbir FAM suatu masa nanti. aku tgh tunggu ni bilalah 3 stooges dlm persatuan bola Terengganu nak lepaskan jawatan. jgn lah angap persatuan tu kau yg punya!!!!! penyokong dah lama meluat dgn korang yg tak sedar2 diri..