Saturday, November 27, 2010

Kisah Tok Wan Lagi - Dugaan Baru Datang Melanda

Sebelum ni aku dah ceritakan pasal tok wan yang patah tulang peha akibat tergelincir dalam bilik air. Alhamdulillah, tok wan dah selamat jalani pembedahan 4 hari lepas untuk menampalkan besi kat tulang yang patah tu. Ngeri pulak bila aku tengok balutan kat peha tok wan. Itu belum lagi lihat kesan jahitan. Mintak lah dijauhkan aku dari patah-patah tulang ni atau kecederaan dalaman.

Hampir 2 minggu kat hospital, tok wan pun dah mula nampak jemu. Biarpun anak-anak dan cucu-cucu selalu datang temankan tapi tetap tak sama dengan kebebasan duduk kat rumah. Mana boleh samakan hospital dengan rumah. Kalaulah aku, tak kiralah nurse-nurse kat hospital comel, sexy dan layanan 5 bintang sekalipun, tetap rasa nak balik ke rumah. Bukan ke Rumahku Syurgaku. Buruk macam mana sekali pun tetap rasa selesa duduk kat rumah.

Kelmarin tok wan dah dibenarkan keluar dari hospital dan dibawa balik terus ke rumah mak saudara. Sempatlah ziarah tok wan sekejap tadi, nampak tak bermaya jer. Walaupun dah boleh balik ke rumah tapi ada satu lagi berita yang tak menyenangkan. Nanti tok wan kena masuk hospital balik sebab dikesan mempunyai ketumbuhan dalam perut. Ya Allah, ada lagi dugaan yang datang melanda. Tak tahu lah bila kena operate untuk buat ketumbuhan tu. Kesian tok wan.. Dah usia tua ni, bertimpa-timpa ditimpa penyakit.

Cucu janji, nanti cucu pergi jenguk tok wan setiap masa. Cucu tahu tok wan selalu nampak segar bila lihat cucu datang. Tok wan selalu jer nak bertanya itu ini perkembangan cucu yang jarang-jarang sekali datang melawat sebelum ni. Cucu dah tak kisah kalau tok wan nak tanya acap kali pun pasal kawin, cucu akan sentiasa melayan pertanyaan tok wan. Cucu cuma nak tok wan sembuh seperti sediakala. Cucu tak puas lagi bergurau dengan tok wan. Cucu rindukan ciuman tok wan ke pipi cucu..

8 comments:

My Little Diary said...

kirim salam kat tok wan ye... semoga tok wan dan cucunya sehat sentiasa.

Far8 budak baik said...

hahahaha lwk jee
mesti nakal sgttt=P

nn said...

semoga tok wan cepat kembali sihat.

Mata Hati said...

My Little Diary - terima kasih

Far8 budak baik - :)

nn - amin..

apezs shah said...

moga sehat kembali..

salam kenal..apezs follow here!

Mata Hati said...

apezs shah - salam kenal

azwa_amani said...

semoga tokwan leh sihat selalu n dapat buat anak cucu juga gembira bila dapat kiss...adeeeyy..manja ngn tok wan ea....huhuhu

tok wan tu laki ke perempuan..bagi amani, tok tu untuk atok n wan tu pnggiln tuk nenek kat n9...

Mata Hati said...

tok wan tu pompuan.. :)