Saturday, November 20, 2010

Follower Dan Contest

Follower -
Dua tahun lepas semasa aku mula menulis blog, boleh dikatakan nak cari 50 orang follower pun susah. Masa tu blog belum lagi digunakan secara meluas. Tapi sekarang lihatlah, setiap hari berpuluh-puluh, maybe beratus blog baru diwujudkan. Tak ubah seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan. Sepanjang pemerhatian aku selama sebulan ni, rata-rata blogger baru adalah dikalangan mereka yang berusia bawah 30an. Student yang paling ramai menjadi blogger. Tapi ramai follower tak letak kan link blog. Jadi susah nak follow balik. Well..kalau boleh tolong tinggalkan komen berserta link blog ataupun jerit saja kat kotak sembang disebelah tu. :-)

Yang bestnya sekarang, blogger baru ni kebanyakannya perempuan. Seperti follower aku sekarang ni...muda-muda dan comel-comel. Ni yang buat aku blogger lelaki semakin bersemangat nak berblogging dan juga blogwalking. Betul tak? Betul cikgu... :-p

Contest -
Banyak contest sekarang ni. Sana sini ada jer yang bermurah hati membuat contest. Penyertaan dalam setiap contest yang dianjurkan teramat menggalakkan. Selain berpeluang memenangi hadiah, contest ini juga dapat menaikkan aliran traffic ke blog penganjur. Secara positif, penganjur contest dan juga peserta dapat menambahkan lagi bilangan rakan blogger. Nice kan. Aku ni cuma sekali jer pernah join contest. Selalunya cuma tulis komen bagi sokongan kepada perserta dan penganjur jer. 

Well..terpikir jugak nak buat satu contest. Tapi mesti berbeza dari mana-mana contest yang pernah dianjurkan. Hadiah yang ditawarkan bergantung kepada kerelaan hati dan jugak bajet. I think lebih baik kalau berbentuk wang tunai, kan kan kan. Bila nak buat contest ni ekk? Bergantung kepada keadaan dan masa. Psstt..kalau tawarkan hadiah utama 1k, ramai tak nak join contest? Hehehe

18 comments:

kEy said...

buat la contest!
pastua diah die blackberi! okey3?
otomatik key la yg pertama masuk! ;P

Mata Hati said...

arrr...tidak tidak. blackcberry tak der, strawberry ader lah. hehe..
tgk lah nanti mcm mana...tapi x tahu lagi bila nak buat.. :)

deqlis said...

klu buat,,,
confirm join..
jgn lupa war2kan yer...hehe..
hmm nk bg stawberry pun ok gak tuh..bagi laa sekilo ke se tan ker ekekeke... i like!:-)

Mata Hati said...

ok ok...
1 tan strawberry...nanti lingkup habis tokey ladang strawberry..huhuhu

beLLa said...

terpikir gak oh nak wat contest. cambesh je idea tuh. ;p

Mata Hati said...

buat ler..nanti sya join kalau hadiah nya best.. :)

Affan Ruslan said...

haah. blogger perempuan macam lagi ramai je dari blogger lelaki. hehe.

tapi secara jujur, blogger yg kompetetif ramai lelaki. yang maksud aku dengan kompetetif ni adalah blog yang ada niche dan nampak hala tuju. kebanyakan perempuan buat blog pasal diri sendiri je kot. huhu

Sharinginfoz said...

bagus juga contest tapi kena tengok le jenis apa sebab kalau nak join semua letih gak

zaikulim said...

salam kenal dari akak zaikulim

he,..he..pantang dengar contest terus serbu..

cepat bro buat tak sabar nak join nie...

Cik Norfa said...

haa...apo laie. meh ler join contest den.

jemput singgah rumah

Contest : Ulangtahun Sekilass.com yang pertama!

Watie Rose said...

nak bg adiah blackberry kot berpinau bijik mata ape kate bg adiah blueberry jer....hehehe

SYaMiLa said...

kalau buat..insya allah nak join gak.... ;-)

Mata Hati said...

Affan Ruslan - hmm..maybe betul jugak sbb ramai blogger perempuan lebih menjurus kpd diari harian.

Sharinginfoz - tu lah..nak kena buat sesuatu yg lain dari yg lain

Mata Hati said...

zaikulim - suka benar akak dgn contest. nanti kalu dah ready nak buat contest, sya war-warkan kat semua blogger

Cik Norfa - ok..nanti saya pergi jenguk

Mata Hati said...

Watie Rose - sunquick perisa blueberry..huhuhu

Syamila - ok..sampai masa nanti saya war-warkan

Iena farina said...

Bagus jugak mata hati buat contest...sy pasti joinnyer....hadiah tak penting janji terhibur & mengeratkan silaturahim sesama kita yg berblogging... :)

Finaz Jaafar said...

InsyaAllah join klo kamoo buad contest=)

Mata Hati said...

Iena farina - itulah matlamat utamanya..selain menambahkan kawan, juga untuk membuatkan blogger semakin ceria utk berblogging

Finaz Jaafar - :)