Sunday, November 14, 2010

Kecoh Isu Gelang AC Dan Blogger Aidid Mu'addib

Sejak 2 hari lepas aku mengikuti perkembangan perang dunia antara toukeh gelang Ac dan penulis blog Aidid Mu'addib. Mulanya ia cuma sekadar luahan kurang puas hati di muka buku kini berlarutan sampai ke newspaper. Sampai laporan polis dibuat oleh taukeh gelang AC. Panas panas!!

5 isu utama yang dipertikaikan oleh penulis blog dan juga sebilangan pengguna muka buku adalah harga sebenar gelang AC, lesen jualan langsung, penjualan gelang di gedung Mark & Spencer London, testimoni dan pengurniaan gelaran datuk. Penulis blog mengemukakan hujah dan bukti di blog manakala taukeh gelang AC membela diri di akhbar. Rasanya korang semua dah baca kot akhbar Harian Metro hari ni.

Actually tak boleh cuma sekadar mendengar hujah dari satu pihak saja. Lebih baik mendengar hujah ke dua2 belah pihak dan dari itu baru lah dibuat kesimpulan. Pergi dapatkan akhbar Harian Metro hari ini untuk mengikuti penafian dari taukeh gelang AC dan kemudian baca pulak hujah balas dan bukti baru dari blogger Aidid Mu'addib. Klik kat sini untuk pergi ke blog Aidid Mu'addib. >> http://aididmuaddib.blogspot.com/

Nota: Sebab kes ini dah jadi kes polis, tak leh hurai banyak sangat. Biarkan undang-undang dan masyarakat yang menentukan yang mana buruk, yang mana baik. Aku suka baca blog dia dan masih ada lagi nak diperkatakan tentang blogger yang sorang ni. Nantilah sebab aku belum breakfast lagi ni. Lapor ler...

5 comments:

azwa_amani said...

eiyyy..xpaham lah dunia artis nie...

ozzy said...

salam..

Beginilah sikap kita sesama melayu.. agaknya kalau bangsa kita merempat ditepi jalan atau merengkok dlm penjara tak ada sapa nak pertikai lagi..bangsa kita juga sebolehnya elakkanlah dari menipu sesama kita.

Mata Hati said...

Azwa_amani - dunia artis tak lari dari kontrovesi

ozzy - kebenaran akan terungkap sedikit masa lagi. sedih jugak bila sesama bangsa pun nak tipu

cek chun said...

ske baca gak blog aidid. macam2 cara org menipu.

Mata Hati said...

banyak kes penipuan dibongkarkan dlm blod aidid