Friday, November 12, 2010

Bermulanya Sukan Asia ke-16 Guangzhou 2010

Malam ini secara rasminya bermula Sukan Asia ke-16 di Guangzhou, China. Pembukaan yang penuh warna warni menyaksikan seluruh bandar Guangzhou bermandikan cahaya dari spotlight dan bunga api. Aku yang cuma terpacak depan tv menyaksikan secara langsung pun rasa teruja dengan perbukaan ini. Atlet perempuan yang turut serta dalam perarakan masuk kontijen semakin ramai yang comel-comel. Ini yang dikatakan daya penarik. Terasa nak pergi sana jugak lah :p

Mana2 temasya sukan selalunya mempersembahkan upacara pembukaan yang penuh gilang gemilang. Semoga kontijen negara dapat meraih sebanyak mungkin pingat dalam temasya kali ini. Jamukan mata dengan gambar2 warna-warni pembukaan Sukan Asia ke-16 di Guangzhou, China. Boleh pergi ke laman web rasmi Sukan Asia untuk melihat lebih banyak gambar2 menarik dan jadual serta keputusan terkini sukan yang dipertandingkan. 16th Asian Games website



Nota: klik gambar untuk pembesaran

2 comments:

gnesop.com said...

semoga pasukkan negara akan byk mendapat pingat

Mata Hati said...

begitulah harapan peminat sukan negara ini