Tuesday, November 30, 2010

Madu Dan Bermadu

Sejak semalam aku diserang selesema dan panas badan. Nak demam selsema lah ni. Ni lah akibatnya kalau tertidur dekat-dekat maghrib. Terkejut jer dari tidur, terus lintang pukang masuk bilik air. Bimbang nanti terlambat solat dan tak sempat nak baca kitab sebelum masuk waktu isyak. Aku ni kalau terjaga dari tidur dengan keadaan terkejut, confirm mulalah berair dalam hidung tanda selsema.

Aku ni memang tak suka makan obat, tak suka telan obat, tak suka disuntik obat. Seboleh yang mungkin aku takkan makan obat. Errr...kecuali kalau mak paksa makan. Hehehe.. Tengah-tengah berair hidung, sempat jugak aku keluar amik angin kat pantai. Saja nak hilangkan kebingungan dalam kepala akibat tertidur waktu senja. Balik rumah terus bukak blog, terpandang satu komen yang menasihatkan aku telan madu lebah. Oh my!! Baru teringat ada separuh botol lagi madu dalam peti sejuk. Jadi, tenggelam lah sesudu besar madu dalam perut aku. Alhamdulillah, rasa lega sikit. Selsema pun dah tak seteruk mana.

Madu lebah ni ada banyak khasiat. Korang makanlah madu lebah kalau rasa kurang sihat. Kalau sihat pun cuba amalkan makan sesudu madu lebah setiap pagi. Seeloknya campurkan dalam air suam dan minum. Khasiat madu ni tak perlu aku cerita sebab korang sendiri pun dah tahu kan. Kalau tak tahu, boleh search kat google.

Walaupun madu ni banyak khasiat tapi kaum perempuan memang tak suka madu. Betul ni..tak tipu. Tak caya, cuba tanya isteri.. 'Sayang suka madu tak?' Kalau isteri jawab ya, cuba tanya satu lagi soalan. 

'Sayang suka bermadu tak?' Yang ni confirm ada suami yang terpaksa tidur kat luar bilik. Hehehe.. Mana ada isteri yang suka bermadu. Kalau ada pun minoriti. Walaupun bagi suami madu itu sangat manis, tapi terasa pahit bagi isteri. Yang pahit ni agaknya madu yang dah expired date kot..huhu. 

'Sayang, abang nak kahwin lagi sebab mengikut sunnah Nabi.' Kalau yang ni mesti ramai suami kat luar sana angkat tangan tanda setuju. Aku sendiri nak angkat 2 belah tangan tanda setuju sangat...kof kof kof. Tapi suami kat luar sana jangan lah beriya2 cari madu untuk isteri. Walaupun kereta dah diketuk body sana sini tapi besar sangat jasanya. Memang ler chassis dah lari tapi adatlah tu. Kereta baru pun lama kelamaan akan lari jugak chassisnya. Setialah kepada kereta lama.

Kalau dah gatal jugak, pandai2 lah suruh isteri sign surat agreement. Yang ni mesti ada yang lemah lutut...tak berani lah. Sabar, ada sikit tips macam mana nak dapatkan signature isteri. Cara pertama, suruh isteri sign surat agreement tu time isteri dah ngantuk sangat. Masa ni isteri dah tak kuasa nak baca apa kandungan surat tu sbb mata dah tak larat nak buka luas-luas. Kalau tak pun, cari tempat yang agak-agak gelap dan suruh isteri sign. Yang ni lagilah isteri tak leh baca sebab kurang jelas. Huhuhu..tips ni aku dapat dari drama kat tv. Ampun..ada yang baling periuk belanga ke dahi aku nanti.. Cabut lari......!!!

Nota: Segala tindakan adalah di atas kerelaan anda sendiri. Tiada kena mengena dengan penulis blog ini kalau  anda tercampak ke wad ICU. Huhuhu.

18 comments:

Encik MamaT said...

hehe..madu itu berkhasiat... kalau bermadu tu... ada baik dan buruk...

AdiaLuze said...

Ekekeke...Ni rasanye dh n3 kedua hari ni aku bc pasal MADU...Hehehe

nn said...

semoga cepat kembali sihat yea..

Iena farina said...

amboi...amboi...mata hati...skt2 pun blh nak berlawak sarkas lg... :) khasit madu memang byk...tp bermadu byk tak berkhasiatnyer...hahaha...

rieyana ynn said...

singah sini jap...bermadu...)))))))))tak beh langsung...kahkah...;p

Sharinginfoz said...

memang bagus madu ni, alamak terlupa kat rumah ada madu tapi jarang pulak ambil

gabanMorka said...

madu tu khasiat die dalam al-Quran pon dah termaktub.
Bermadu pon dalam Quran ade sebut.
pilih la...hahahahhaha

Amy Syaquena said...

salam..

Madu best tapi yang x best bermadu...

ana said...

amboi...pandai ye

LyNn HaMzAh said...

madu memang bagus utk kesihatan...bapa mertua kak lynn rajin gak masuk hutan cari madu yang original...tang bermadu tu minta la dijauhkan...huhuhu...x sanggup la dik...

Mata Hati said...

Encik Mamat - semanis madu, sepahit bermadu

AdiaLuze - sbb madu sangat popular.. :)

nn - terima kasih

Iena Farina - takder, cuma tetiba dtg idea, terus rasa nak taip hehe

rieyana ynn - mg tak beh bagi sebelah pihak..hehe

Mata Hati said...

Sharinginfoz - try amalkan makan madu setiap hari. byk khasiatnya

gabanMorka - pilihlah madu, bukan bermadu..huhu

Amy Syaquena - semua kaum hawa mengakui bermadu tak best :)

ana - pandai sikit2 jer..hehe

kak Lynn - tapi susah sikit nak jumpa madu asli. kebanyakan yg dijual kat pasar madu campuran. shoohh shoooh!! pergi jauh2 bermadu

gadisBunga said...

tak suka ubat. sama. heheh

Mata Hati said...

gadisBunga - :)

azwa_amani said...

ske madu..ske honey..;p

Mata Hati said...

tambah satu lagu, suka amani..hehehe
kelepok!!!! kena baling dengan pasu bunga..

alexa yussida said...

minum madu+tea..pon elok^^

hamboiiii sedap benor ckp sal madu2 ek..haha lelaki:p
ketuk kpala kasi kemek..kehkeh

Mata Hati said...

atoii atoii!! habislah kepala ku ini.. :p