Bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Itulah pepatah yang sesuai untuk mengambarkan kemeriahan dunia blog sekarang dengan kehadiran lebih ramai blogger baru. Tua atau muda, remaja atau dewasa, bujang atau berkeluarga..sama-sama hadir memeriahkan dunia blog ini. 2 tahun lepas sewaktu aku mula memetik keyboard menaip entry pertama blog ni, hendak mengumpul seorang follower pun mengambil masa yang lama. Tapi sekarang, ada yang tak sampai 2-3 bulan menceburi dunia blog sudah berjaya mengumpul ratusan follower. Ini jelas menunjukkan dunia blog sedang berada di era kegemilangannya.
Sewaktu di awal penglibatan aku dalam penulisan blog, sehari kadang-kadang cuma seorang pengunjung jer yang datang. Adakalanya tiada pengunjung langsung. Tapi aku tak ambil peduli keadaan traffic jem atau clear, mencanak naik atau kendur. Walaupun cuma seorang pengunjung sehari, aku tetap berpuas hati sebab aku berjaya mencorakkan blog ini mengikut kehendak aku. Tak terikut-ikut rentak blog yang lain. Aku menulis blog sebab aku aku minat menulis. Aku meluangkan masa menziarahi hampir seratus lebih blog setiap hari bukan sebab aku gila traffic atau gila populariti. Tapi sebagai tanda terima kasih di atas kesudian korang menziarahi blog aku yang tak comel ini.
Mengenangkan follower blog ini sudah mencapai angka 6 plus plus, dan juga blog yang aku follow sudah melebihi angka 7 plus plus, jadi di kesempatan ini aku nak bercerita tentang blog-blog yang aku cukup suka terjah. Tidak terhad kepada blog yang sudah lama bertapak tapi juga blog baru yang aku rasakan cukup mesra rakyat, bukan aduan rakyat ehh. Hehehe... Untuk permulaan, aku nak bercerita tentang satu blog jer. Esok, lusa, tulat..aku cerita lagi tentang blog-blog lain yang aku suka ziarah.
'Silly Little Thing'. Itulah title blog Eliza Diana. Aku suka panggil dia mama Eliza. Mama kepada 2 orang anak ni aku kenal semasa tengah gila-gila layan friendster dulu. Dulu kawan maya aku ni guna nama Eliza KRU. Tak tahu macam mana ada perkataan KRU kat belakang tu. Maybe sebab dulu dia kerja dgn syarikat KRU kot ataupun dia ni kipas susah mati KRU. Betul tak mama Eliza?
Blog mama Eliza ni lebih kepada personal/family blog. Banyak menceritakan perihal dirinya dan juga 2 anaknya yang comel tu. Gaya penulisan dia santai jer tapi cukup seronok untuk dibaca. Selain membaca entry terbaru, aku suka ziarah blog ini sebab nak lihat gambar-gambar hasil kerja tangan dia. Cantik gambar-gambar tu. Mama Eliza sekarang tengah gigih menimba ilmu fotografi dari sifu terhebat. Aku target dalam 2-3 tahun lagi dia akan jadi pro photographer. Masa tu boleh lah aku bodek2 dia untuk jadi photographer perkahwinan aku. Ahaks!!
Rasanya ramai yang dah kenal mama Eliza ni. Cerita pasal dia pernah masuk newspaper, finalis pencarian model tudung Fareeda dan jugak photographer berbakat.. Kalau ada masa korang boleh lah ziarah blog mama Eliza ni. Klik jer kat gambar tu.

14 comments:
salam...bee sokong bee pun suka2 jalan blog org bukan nk kejar traffic sangat tp menghargaiii
saya pon sokong..blogger tumbuh bagaikan cendawan...skrg sapa2 je bleh buat blog...
Bee@honeyvsbee - kunjung mengunjungi amalan mulia
zura@iwan - betul tu tetapi lebih bermakna kalau buat blog kerana minat dan mencari kenalan alam maya, bukan kerana mahu mengutuk dan mencaci sesiapa.. :)
adusss ni terharu ni..siap review blog sy yg tak seberapa ni...
sy nok amin-kan dulu la..amin amin aminnnnn pro photographer..omaigod..amin amin aminnnn...i loikeeeeeeeeeeee
hihihi nok sgt keje ngan KRU..mmg itu cita² dari kecik (sejak minat KRU)
tp xpenah pulok nk try apply hehhehe sy ialah kipas susah mati KRU since 1993..hohoh lamo dop?
dulu link elizakru.blogspot.com..since dapat beli domain, rs mcm x sesuai je nk guno www.elizakru.com..tu pasal la sy amik name penuh sy sediri heheh
tu dia tuan punya badan doh cerita sejaroh penggunaan KRU kat belakang nama dia. ganer2 pung blog mama Eliza memang best, suka sangat tengok gambor2 dlm blog tuh :)
saya pong minat gop KRU dulu. siap hafal semua lirik lagu album ke 2 sampai lah album Oh la la. huhuhu
yang penting ikhlas dan rendah diri..insayallah lama2 nanti blog kita akan berjaya..chewaahh..hehehehe..datang singgah dan menyampuk
amani pun suke jugak jalan2..dak kechik kan suka jalan2..huhuhu..:)
Fitrah Adnan - thanks sudi berkunjung
azwa_amani - cuba check kat tapak kaki ada tak tahi lalat. kalau ada confirm mmg kaki jalan-jalan
hehehhehe harus cito sikit.br tahu dih..
ala sapa oh la la jah?
hop baru? 10 di skala ritcher? hehe dop baru mano pum..
terbaru gak Kita bersaudara je la lagu nyoh
ade2..basaw lagi...kuikuikui...xdelaaaaa :P
e.l.i.z.@ - sampai oh la la jer. lagu selepas tu kurang menyengat.
dok pernoh dengor lagi lagu Kita Bersaudara tuh. nanti nak cuba download ;)
azwa_amani - kalau takder tahi lalat tu, nanti amik marker dan buat satu titik kat tapai kaki tu..hahaha
berblog sbb nak share pe yang ase nak dishare n jalan2 bila ade masa je^^
berblog untuk kepuasan diri.. itu yang utama kan.. :)
Iyer skrg sy tgk makin ramai yg begitu meminati dunia berblogging nie...Lgpn bgs dpt tmbh kenalan & info2...tak byk membuang ms dgn perkara tak berfaedah... :)
Post a Comment