Tuesday, November 23, 2010

Menjaga Privasi Di Internet

Soalan 1 - Berapa ramai di antara kita mempunyai akaun laman sosial seperti Facebook, Twitter, Friendster, My Space, Tagged dan Multiply? 
Tak per tak per, tak perlu angkat tangan sebab dah tahu pun ramai yang mempunyai sekurang-kurangnya satu akaun laman sosial. Aku sendiri memiliki akaun di semua laman sosial yang wujud di internet ini.

Soalan 2 - Berapa ramai di antara kita menjaga privasi di laman sosaial tersebut?
Yang ni ada mengaru kepala sebab kurang faham. Privasi tu adalah maklumat peribadi seperti usia, taraf perkahwinan, pekerjaan dan sebagainya. Untuk soalan ni aku boleh katakan hampir 80% di antara kita kurang menjaga privasi.

Rakyat Malaysia adalah golongan paling popular di internet. Tak percaya ke? Angguk angguk geleng geleng. Menerusi satu kajian yang dijalankan oleh pusat penyelidikan Global TNS, Malaysia memenangi pertandingan populariti di internet dengan purata 233 teman di rangkaian sosial mereka berbanding China yang hanya mengumpul 63 teman dan 23 teman bagi penguna internet di Jepun.

Tapi ramai diantara kita kurang menitikberatkan soal privasi, mempunyai perasaan ingin tahu dan suka menerima kenalan baru dalam talian yang tak pernah dikenali. Ambil satu contoh, Facebook. Ramaikan yang buka akaun kat Facebook. Ramai yang tak kisah mendedahkan privasi mereka kepada kenalan baru yang hanya dikenali di alam maya. Ini bukanlah tindakan yang bijak kerana sesiapa pun boleh copy paste maklumat peribadi kita untuk tujuan tertentu. Cuba kita belek balik surat kabar lama. Teringat satu iklan yang pernah disiarkan di tv satu ketika dulu. Kisah sorang mamak kayuh basikal sambil jerit 'surat kabar lama, surat kabar lama'.

Dah kerap kali timbul isu menyamar sebagai individu tertentu di Facebook. Tapi bagaimana pengguna facebook boleh terpedaya? Haa!! ini lah dia yang dikatakan copy paste maklumat peribadi. Siapa yang tak percaya bila semua maklumat peribadi diisi dengan tepat seperti tarikh lahir, sekolah, perkerjaan dan apa-apa lah yang mirip kepada individu sebenar. Nanti kalau perkara buruk terjadi, nama individu sebanar jugak jadi busuk.. uweekk uweekk uweekk..

Seeloknya janganlah kita mendedahkan privasi kepada kenalan-kenalan di laman sosial. Kalau nak dedahkan sangat, biarlah terhad kepada kenalan-kenalan rapat kita yang dah lama kita kenal. Bukan kepada kenalan yang hanya kita kenali di alam maya. Tahu tak? Mestilah tak tahu sebab aku belum beritahu lagi..hehehe. Rakyat Jepun cukup berahsia mengenai maklumat peribadi. Mereka lebih suka mengunakan identiti samaran dari menggunakan identiti sebenar.

Begitu juga dengan gambar-gambar yang kurang elok dipertontonkan, janganlah letakkan dilaman sosial tu ataupun di blog. Kan nanti tak pasal2 timbul kontrovesi pulak. Apa lagi kalau gambar itu di super imposekan oleh pihak berniat jahat. Gambar yang elok ditelanjangkan. Hah!! sapa yang malu. Mereka dan keluarga mereka jugak yang malu. Jadi, berwaspadalah sebelum terkena.

Nota: Risau jugak ni kalau gambar aku di super imposekan ke gambar bogel. Dibuang kepala Ariel Peterpan, digantikan dengan kepala aku. Nanti takder makcik2 kat luar sana sudi bermenantukan aku. Nayaa.....

15 comments:

azwa_amani said...

sekadar perkongsian...amani dah kene fitnah melalui fb..so amani deactivekan FB..hanya ade blog jer..

n 1 lagi cter x best...kawan amani kene santau melalui FB, sebb amani exco kebajikan di uni..hanya melalui gambar yg diletakkan dalam fb..so..pandai2 lah jaga privasi...

org leh kene bunuh, kene rogol, sebb xpandai jaga privasi..

org becerai berai sebb dok citer hal laki bini dalam fb..adesss...mcm 2 lah melayu nie..cubalah jgn taksub sgt dengn semua ni..

bila kita hendak menjaga diri, dikatakan kita pula kolot, dan kmpung...apelah..pikiran sempit masyarakat kita ni..mcam katak, dok dalam longkang busuk...geram betul

1 lagikan mata hati, amani nak share, internet dkat adelah universiti kat malaysia ni(idenitt u dirahsiakan) slow like snail sebb bila dikaji,student dok download cter lucah..adesss...apelah best sgt citer mcm tu...x malu ker...eiyyyyyy..gerammm..

sowie mata hati..panjang plak komen kali nie...hehehehe :)

Mata Hati said...

amani,suka baca komen kat atas tu. cukup menarik ut kita kongsi bersama :)

itulah kepentingan menjaga privasi. apa saja perkara buruk boleh berlaku kalau kita tak pandai menjaga privasi sendiri.

kadang2 pelik dgn gelagat sesetengah orang, habis semua nak diceritakan, habis semua nak suruh orang ketahui sampai hal dalam kain selimut pun tak segan silu nak diceritakan. bukankah agama menegah kita mendedahkan hal rumahtangga.

pasal universiti tu, bukan satu U jer yg jadi mcm tu, banyak lagi yang alami masalah serupa. student sekarang kecerdikan mengalahkan tenaga pengajar. block lah mcm mana pun diaorang tetap akan berjaya pecah masuk. tak boleh masuk ikut pintu, melalui tingkap diaorang cuba masuk.

remaja kita sekarang kemaruk sgt dengan benda2 tak elok ni, sampai dah jadi darah daging. sehari tak tengok dah rasa air naik atas kepala. kita hanya boleh menasihati, nak berubah atau tak terpulang kpd mereka.

tapi kalau nak bernasihat tu, biar lah laki sama laki, pompuan sama pompuan. bimbang nanti kalau pompuan yg cuba nasihatkan lelaki, lain perkara pulak yg terjadi :(

azwa_amani said...

ermm..setuju gak tu...terlebih taip lah mata hati..huhuhu..nak bagi ilang mengantuk sat...

Mata Hati said...

tak kisah pun komen sepanjang landasan kapal terbang. saya suka :)

Tomato Gurl's Life said...

bagus n3 ni..betul mmg ramai yg kurang jg privasi esp. fb..gmbr mcm2 jenis pose upload..ptt berhati2 bg elak fitnah dsbnya...huhu

anamizu said...

betol tu..
ana sokong sgt..
member ana pun ade yg kene fitnah FB punye psl..
terus die deactivate fb..
kesian betol..
ana tau die x slh..
mcm2 boleh jd bile dah taksub sgt dgn sesuatu perkara..
semoga kita semua terpelihara drpd segala bala...
aminn ^^

*ana mengejar cik tom..hik3

Mata Hati said...

cik Tom - mencegah adalah lebih baik dari merawat.. :)

anamizu - fb ada kebaikan ada keburukan. bergantung kpd siap penggunanya

deqlis said...

salam,

betui tue...eh lambat lak akak deqlis beri komen kat tajuk nie yer?? hari tue dh nak menaip...tetiba tak mengizinkan... so nie dtg balik hehe..

so baca yer.. penat taip nie..
**************************
sebab tu jgnlah cerita 100% nak masuk dlm FB atau pun blog...boleh nk cerita tp jgn OVER..

mcm akak deqlis, FB tu khas tuk kawan2 lama shj (jejak kasih) supaya tak lost contact... jadik kepada yg deqlis tak add tue harap maklumlah yer... FB deqlis utk saudara n rakan2 yg memang kenai lama dengan deqlis.. jika yg baru2 pun rakan biz online nie jer..

tak payah laa nk kejar bilangan follower ramai kat FB... ada tu yg mengaku HANG TUAH pun nak add kita.. lepas tu muka robot, hantu atau lain2x (bukan pic sendiri) nak sibuk2x add kat FB.. bg org yg nk kejar atau nak kasi follower dia ramai (konon popular lah@ ramai peminat) sebenarnya org2 macam nie yg kita tak tahu niat dia add... klu tgk kat photo dia pun ntah ape2 photo yg di masukkan... bukan ikhlas pun nk bersahabat... lebih kpd busy body nk tahu hal orang...

mungkin jugak org2 yg mcm nie (menyamar di sebalik muka org lain/muka robot ke aper) sememangnya nak skodeng kisah hidup org atau ada niat cam dah dinyatakan (superimpose bagai) kan?? so berhati2 lah di laman sosial..

kita boleh ikhlas berblog/berfaceboook...tetapi ada batasan nyer..

lagi satu FB yg paling menyampah adalah golongan yg suka promote mende2 yg kita tak suka.. dan lagi dua (hihi) sebab dah hepi sgt berFB sampai gamabr2 dlm rumah (dgn erti kata tak tutup aurat baik lelaki mahupun perempuan) kekadang tu terlepas macam tu jerkk) kira tak jaga privasi yg mmg patut WAJIB di jaga...haa.. bg org yg berumahtangga jgn laa jaja kisah dlm selimut kat FB...musuh dalam selimut anda yg mungkin ada dlm FB tu bila2 mas aleh amik kesempatan...

jadi laman sosial nie macam api laa.. api kecik guna tuk masak.. api klu dah besar??? haa pinjam ayat Nabil .."lu pikir laa sendiri"
haha..

ishh pjg lak komen nie..
rasa komen terpanjang pernah buat nie... leh dpt award tak?? leh gitu???hihi..
*********************************
P/S: bakal MIL Mata Hati baca entri nie sure sejuk ati dia..hehe..:-)

deqlis said...

sorry terpaksa delete coz tersend banyak kali...ishh ishh ishh..


sorry tuan tanah...

Mata Hati said...

terima kasih deqlis atas komen yang cukup bernas itu. rasanya inilah komen terpanjang bagi tahun ini dan jugak dalam sejarah blog ni.

betullah apa yg deqlis cakap tu, ramai sekarang ni yg tak segan silu bercerita hal yg tak sepatutnya kat FB. berselisih faham dengan suami atau mertua pun nak diceritakan kat FB. sepatutnya hal rumahtangga ini dirahsiakan dari pengetahuan umum.

berkenaan gambar tu mmg ramai yang ambil mudah. dibiarkan bukan muhrim melihat aurat yang tak sepatutnya. ada yg pernah saya temui bukan main suka lagi bila kawan2 FB memuji kecantikan muka, rambut dan body. alahai..apa nak jadi. dekat pejabat bertutup sana sini, dalam FB selamber jer tayang itu ini.

FB ni, kalau digunakan secara baik, baiklah jadinya. kalau digunakan secara tak betul, buruklah jadinya. ramai yg mengatakan laman sosial mendatangkan kesan buruk tapi ramai yg tak sedar keburukan itu datangnya dari pengguna itu sendiri.

psstt: deqlis, belum terjumpa lagi bakal MIL..hehehe

Ayuni said...

Salam,

betul, sye setuju, skang semua org ske menyamar kt FB tu, ader pulak yg cr pasangan kt FB and kena tipu.....kesiannye mcm kwn sye yg sorg nie, so, bg sye ssh nk percaya org dlm FB.

Lagi satu, org menggunakan FB untuk menhutuk, memfitnah org lain. Klau dok sebilik tu, xpyhlah nk mengata roomate kat FB sampai smua org bc, truk betul petangai camtu, mengutuk lecturer dlm FB pun ramai.

Jadi sye rs, kita nie kenalah waras dlm mennggunakan FB, dh jd tempat memfitnah org pulak....

Waalahualam....

LyNn HaMzAh said...

dulu kak lynn suka betul dengan FB...tapi sejak dah aktif berblogging nie kak lynn dah tak minat dgn FB...lebih2 lagi bila ada org yang x berkenaan kat FB tu...kak lynn suka entry kamu yang ini...good job...

Mata Hati said...

Ayuni - inilah perangai orang melayu kita sekarang. semua perkara nak disebarkan. mengutuk sana sini, mencaci maki hamun. diaorang tak sedar baik buruk tindakan itu dimasa akan datang. kalau ada perkara tak puas hati, bukan ker lebih baik face to face jer.

soal mencari jodoh, bukanlah pilihan yg tepat mencari dilaman sosial. di internet ni, semua perkara yg mustahil boleh direka cipta. kita tak boleh percaya bulat2 apa yg dikatakan oleh pasangan alam maya

Mata Hati said...

kak Lynn - saya pun sama mcm kak Lynn. sebelum ni memang ketagih sangat dgn FB ni. sebelum pergi kerja, bukak FB. kat tempat kerja bukak FB, balik kerja pun lagilah gila melayan FB.

bukan seronok dpt kenalan baru, tapi lebih ketagih bermain games dlm talian mcm farmville dan cafe world. saya pun dah tak layan sangat FB. lagi pun bukan semua kenalan kat FB tu ikhlas nak berkawan. ramai yg add kawan sbb nak menunjukkan dia popular dlm FB

e.l.i.z.@ said...

hurmmm susah jgk tuu..mmg ramai pun pengguna fb..sy pun tidak terkecuali..tp kalau semua tu nk kena cover, adalah lebih baik xperlu ada account fb tul tak?

janji niat kita baik..then gambar pun kena letak gambar baik2 la..jgn hop dedahkan aurat pulok..

1 lg, sy pun penah jgk org copy gambar sy..tp yg sy xtau..tp biasanya akan ada kawan yg akan tlg bagitau..bila sy dh tau pencuri gambar tu, sy akan terus block user tu so selamanya dia xkan jumpa sy lagi dlm alam fb hehhe