Monday, November 15, 2010

Sukan Asia Guangzhou 2010: Iran vs Malaysia


Berakhir sudah perjalanan pasukan bola sepak negara di Sukan Asia. Cuma satu kemenangan berjaya dicatatkan diperingkat kumpulan. Sesiapa yang melihat siaran langsung tadi tentunya lebih maklum bagaimana persembahan skuad negara. Hanya ketika bertemu Kyrgystan skuad negara mampu bernafas. Selebihnya dalam 3 perlawanan berikutnya cuma bertahan dan terus bertahan. Janganlah nanti FAM memberi pujian kerana berjaya layak ke pusingan ke-2 sedangkan pencapaian ini bukan sesuatu yang boleh dibanggakan.

Persembahan pemain negara terlalu jauh untuk menyaingi pemain negara lain. Saiz fizikal bukanlah ukuran kerana pasukan Jepun sudah membuktikan mereka juga mampu bersaing di peringkat dunia. Tapi skil yang ada pada setiap pemain negara hanya laku dalam Liga M. Bermain dengan pasukan negeri, masing-masing mampu mempamerkan corak permainan yang menghiburkan tapi tatkala bermain menentang pasukan luar terus menajdi kaku. Pemaian dalam negara terlalu dimanjakan dengan duit sehingga hilang keazaman untuk bersaing dengan pemain negara lain.

Kita sentiasa diulit mimpi yang indah, kisah kegagahan pasukan negara 20 tahun yang lepas. Penyokong negara sudah lama terjaga dari mimpi tapi FAM, pemain dan pihak media masih lagi bermimpi dan terus bermimpi sampai mati. 10 tahun akan datang skrip yang sama akan berulang selagi mentaliti pemain dan kecerdikan pucuk pimpinan bola sepak negeri dan negara masih tak berubah. Buat masa sekarang hanya seorang penyelamat yang mampu merubah senario bola sepak negara. Good luck Timbalan Presiden FAM!!!

No comments: