Monday, November 22, 2010

Asmara


Ada sesiapa yang dah tengok drama bersiri yang disiarkan dalam slot lestary kat tv3? Drama Asmara tu lah yang bersiaran setiap hari selasa jam 9 malam. Terpacak pulak aku depan tv tengok cerita ni. Serius aku cakap sebelum ni jarang sangat aku layan drama kat tv. Aku bukanlah suka sangat terpacak kat tv. Boring  lorrr.. Selain tengok berita, aku cuma akan standby depan tv kalau kalau ada  siaran langsung bola sepak dan badminton. Kartun pun layan kat internet jer. Drama-drama melayu ni lagi lah aku tak berapa nak layan sebab jalan cerita lebih kurang sama jer cuma watak dan lokasi yang berbeza.

Berbalik kepada drama Asmara ni, aku terpandang nama penulis skrip Sharifah Abu Salem masa permulaan cerita tuh. Hiks!! aku memang minat dengan novelis ni. Zaman remaja dulu suka sangat baca novel hasil karya dia. Sampai aku boleh terbayang depan mata situasi yang digambarkan dalam novel tu. Sekarang ni bila tahu dia jadi penulis skrip drama ni, takkanlah nak lari macam tu jer.

Tak silap tanggapan aku sebab jalan ceritanya menarik. Watak-watak utama pun muka baru. Tak lah boring sebab kalau drama lain asyik muka yang sama jer pegang watak utama. 1st time tengok ingatkan Asmara tu nama untuk watak perempuan, alih-alih diguna pakai untuk watak lelaki rupanya. Boleh lah sebab nampak kelainan sikit kan. Korang yang belum tengok drama ni lagi, tontonlah malam esok. Cuma tinggal 2 episod lagi nak habis. Nak ulas panjang-panjang tak pandai. Jalan cerita berkisar pasal keluarga, isu anak luar nikah dan pergolakan rumahtangga. Kalau terlepas episod, boleh download jer.

Kalau lagu tema elok letak lagu fazley, Asmara Ini.. Nak nyanyi sikit biar hujan turun malam ni..

Asmara ini yang hanyutkan kita 
Asamara ini yang hanyutkan aku 
Biar seribu kali ku ucapkan 
Takkan goyah oh kebenaran...

12 comments:

AdiaLuze said...

Ooo...tnggal 2 episod je ker? Msti kena tgk ni...Layan gak citer ni, tapi xde la heavy metal sgt.... ^___^

Mata Hati said...

boleh lah tahan..kalau ada 5 bintang, boleh kasi 3 setengah

farahwahida said...

kite samel..sy dulu pun tak minat Asmara ni..tp bila lama2 jadi makin best plk citer ni..romantik bila nengok Asmara dan Zalia..hehehe

sop said...

kadang2 tgk citer ni..
cam best juga.. :)

Siti Mashitah Saidin said...

wua.. lagu tuh besh!

azwa_amani said...

tengk iklan jer kat tv mase balik kg aritu...dah lame asenyer mata x menatap tv..huhuhuhu.. :) kalau mata hati cakap best..terasa mcm nak tgok pulak.. okey..esok nak tgok if berkesempatan.. :)

Mata Hati said...

farahwahida - mula-mula memang garang tapi semakin ke penghujung bertukar romantik lak. tak sabar nak tahu kesudahan cerita ni..

sop - sure best sbb dapat sentuhan novelis yg disegani dlm dunia penulisan

Mata Hati said...

Datin City - boleh lah :)

azwa_amani - kalau sempat tonton lah. kalau tonton ramai2 dengan kawan lagi best. kalu nak feeling tonton sorang2 jer lah

alexa yussida said...

best eh?hikhik..nak try layan laa:D tenkiuuu

fatin said...

yehaaa..i like this daram soooo much!!xpenah miss pn..almk tggal lg 2 episdo je ke..huhu

azzey said...

Mata Hati: x pnh tgk citer ni....tp ada gak terbaca dlm beberapa blog sblm nih!

Mata Hati said...

alexa yussida - semoga enjoy menonton :)

fatin - iyerr..2 episod jer lagi. next week habislah

azzey -try lah tgk malam ni