Monday, November 15, 2010

21 Perkara Tentang Aku

Kekeringan idea nak sambung entry yang aku tulis sejak tadi. Semuanya sebab perut tengah lapar. Nak pergi dapur dah rasa malas sangat. Malas sangat nak masak maggi kari time ni. Nanti dah kenyang bimbang tertidur pulak, terus terlepas subuh. Apa pun KIV dulu entry yang aku tulis sejak tadi. Tulis entry lain pulak. 

Ermm..kalau dilihat bilangan follower, dah mencecah 400 lebih. Ramai blogger baru muncul sekarang, tumbuh macam cendawan. Sempena mood pun tengah ok di awal pagi ni, aku tulislah sikit pasal diri ini agar korang lebih kenal tuan punya blog ini. 
  1. Nama aku terdiri dari 3 sambungan, W.F.F. Ada sesiapa nak teka nama sebenar aku tak? Tapi tak der hadiah..huhuhu
  2. Sampai sekarang aku tak tahu apa makna nama aku ni sebab tak pernah terjumpa kat mana2 buku nama-nama islam
  3. Pertama kali melihat dunia tepat pukul 7:29 petang
  4. Anak pertama dalam adik beradik
  5. Paling suka dengan nombor 5 dan 6
  6. Pembaca setia komik sejak sekolah rendah lagi. Yang paling aku minat ialah dewata raya, senjata minteri dan alam perwira
  7. Cukup suka baca majalah tentang komputer dan pengubahsuaian rumah
  8. Tak pandai luahkan rasa marah kat orang. Sampai sekarang belum pernah ada yang kena marah-marah dengan aku
  9. Aku tak pernah merancang perjalanan hidup. Biarlah masa yang menentukan
  10. Aku juga tak pernah ada azam apa2 pun dalam diri sebab aku tak percaya kepada azam ni
  11. Waktu kecil dulu aku digelar tangan ajaib sebab selalu buat cabutan bertuah setiap kali bermain 'tikam'
  12. Suka mengumpul koleksi robot seperti transformers dan gundam. Dah hampir ribuan ringgit aku habiskan untuk beli robot2 ni. So childish
  13. Suka menonton cerita kartun dan cerita hero2 dari Jepun
  14. Seorang yang cukup boros dalam berbelanja. Untuk mengawal keborosan ini, aku cuma bawa sedikit jer duit kalau pergi ke mana-mana
  15. Dalam banyak2 soalan, aku paling tak suka bila ditanya soal kahwin. Arrr..sampai jodoh kahwin lah tu
  16. Aku gayat dengan tempat tinggi. Rasa macam nak jatuh jer
  17. Cukup meminati bidang fotografi tapi dah lama tak teruskan hobi ini
  18. Kalau tak sihat aku tak suka makan obat. Paling benci dengan pil
  19. Waktu tidur aku dalam sehari cuma sekitar 4-5 jam sahaja
  20. Pernah mencipta rekod peribadi bergayut dengan awek kat telefon selama 8 jam tanpa henti. Gara-gara inilah bil telefon aku mencecah RM200 lebih bulan itu
  21. Aku suka habiskan masa cuti dengan lepak kat dapur mencuba resepi baru. Tapi sampai sekarang aku masih tak pandai masak nasik :p

4 comments:

azwa_amani said...

okeyy..amani teka...W.f.f stnd for....errm...w tu wan kot...yg FF tu xtau....

mata hati gayut sampai 8 jam...adeyy..lamenyer...amani pernah kol paling lama 15 minit..kehkehekeh..:)..x pandai cakap dalam tepon..jadi kaku...

Shafa said...

sampai skrg pun msh x pandai msk nasi lagi ke... nampaknya kena up ambil cuti seminggu atau sebulan mungkin? hehehe...

Amirah Adnan said...

Ooo..takut ubat yek..haha..

Mata Hati said...

azwa_amani - jangan tiru, nanti pening kepala nak bayar bil telefon

Shafa - tolong ajar saya masak nasik boleh..hehehe

Amirah Adnan - :P