Sunday, November 21, 2010

20 Fakta Menarik Hari Ini - Siri 5

  1. Haiwan darat yang paling pantas di dunia ialah cheetah. Kelajuan yang boleh dicapainya ialah  60-70 batu per jam (110 km/jam)
  2. Cengkadak hanya mempunyai satu telinga
  3. Hanya nyamuk betina yang akan gigit kerana protin  dari darah diperlukan untuk pengeluaran telur
  4. Gigi tupai akan tumbuh berterusan. Gigi kacipnya boleh tumbuh sepanjang enam inci setahun, tapi masih pendik kerana penggunaan yang kerap
  5. Kelenjar di kaki rusa akan meninggalkan bau di jejak yang dilaluinya dan akan membantu mereka berkomunikasi diantara satu sama lain
  6. Tidak ada 2 ekor zebra yang mempunyai tanda yang sama
  7. Labah-labah mempunyai hidung dikaki yang boleh mengesan bau yang berkemungkinan mangsa, pemangsa atau pasangannya
  8. Ular tedung berleher hitam boleh menyemburkan bisa ke musuh sehingga sejauh 2.5m(8 kaki)
  9. Seekor bebiri dewasa boleh menyimpan sehingga 2 liter air ubat kutu selepas mandi kutu
  10. Cimpanzi boleh belajar mengenali dirinya di cermin tetapi monyet tidak boleh berbuat demikian
  11. Siput mengeluarkan cecair tanpa warna dan melekit yang bertindak sebagai pelapik dibawahnya semasa ia bergerak. Cecair ini begitu efektif sehingga membolehkan mereka merangkak di mata  pisau tajam dan tidak  melukakan mereka
  12. Belalang boleh melompat  sejauh  40 kali ganda panjang badannya
  13. Burung hantu mempunyai bola mata yang berbentuk tiub.  Oleh itu mereka tidak boleh mengerakkan mata mereka. Untuk melihat sekeliling mereka terpaksa mengerakkan keseluruhan kepala
  14. Lalat mempunyai 4000 kanta di setiap matanya
  15. Terdapat beberapa ekor singa yang boleh mengawan lebih dari 50 kali sehari
  16. Tanduk badak sumbu dibuat dari bulu yang dipadatkan
  17. Satu set gigi ikan yu boleh tumbuh dalam masa satu minggu!
  18. Sistem penghadaman  arnab adalah unik. Ia akan berehat dalam lubang tanah selepas makan dan kemudian mengeluarkan najis lembut  yang terjadi dari makanan yang separa hadam. Arnab akan makan najis tersebut untuk mendapat khasiat nya.  Kemudian ia akan mengeluarkan najis berbiji-biji keras di luar lubang tanah
  19. Gigi tikus adalah seperti  mata pisau kerana ia boleh mengunyah semua benda malah konkrit dan juga besi
  20. Penyu dan kura-kura mempunyai  kulit pelindung  keras yang dibuat dari 59-61 tulang. Seperti tulang kita, kulit ini merupakan sebahagian dari rangka

7 comments:

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

Haiya..tak mau mkn rabbit la..eiii mkn najis ke?huhu

azwa_amani said...

fuyooooo...maha bijaksana pencipta semua nie...subhanallah...takjub tengok siput..dasyat tuuuu :)

My Little Diary said...

salam,
wah... mmg menarik..

Mata Hati said...

sis LM - yg tu penambah perisa keenakkan daging rabbit ;)

azwa_amani - banyak lagi ciptaan Tuhan yang tidak kita ketahui. sama2 kita menerokanya

My Litle Diary - :)

cempakamelati said...

"oooo cengkadak wujud rupanya...dulu-dulu la masa kecik-kecik kawan-kawan selalu gak la sebut...banyak cengkadak engkau..hehe.."

Fitrah Adnan said...

info yg menarik..baru tau..hehehehe

Mata Hati said...

cempakamelati - org terengganu tak panggil cengkadak, tapi 'Du Senung'

Fitrah Adnan - :)