Saturday, November 20, 2010

Terlepas Satu Emas Acara Beregu Badminton


Sebentar tadi berlangsung perlawanan akhir acara beregu badminton Sukan Asia Guangzhou 2010. Harapan beregu negara untuk mengapai emas ke-4 buat kontijen Malaysia tak menjadi kenyataan. Koo Kien Kiat/Tan Boon Heong tewas kepada beregu dari Indonesia, Markis Kido/Hendra Setiawan dalam rubber game 21-16, 24-26, 19-21. Analisis ringka perlawanan akhir ni, beregu negara sepatutnya berjaya meraih emas seandainya dapat meraih mata kemenangan dalam saat-saat genting pada set ke-2. Satu mata yang diperlukan untuk meraih pingat emas tak dapat direalisasikan. Gandingan Indonesia nampak lebih bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi perlawanan akhir ini.

Tamat acara beregu. Esok Lee Chong Wei akan turun gelanggang menentang seteru utama dari China, Lin Dan. Persoalan disini, mampukah negara mencapai sasaran 9 pingat emas? Hanya atlet yang menentukan.

7 comments:

MIMIE AIZA said...

sangat kecewa tgok td .. patut boleh menang dah

CikTin said...

..harap DLCW menang :D

Mata Hati said...

MIMIE AIZA - sepatutnya mcm tu lah..hampa

CikTin - tinggal lee chong wei utk mengalas harapan pingat emas

Iena farina said...

E2 lah...sy ptg td tgk sepak takraw pun cam2 gak...kecewa...Harapan hanya pd squash...ratu dunia kita tu...yg tu pasti menangnyer...Anyway tahniah wpun dpt bw pulang pingat perak...

kEy said...

aduyai...kalah ke?? xsempat tgk td.............huhuhu....cm mane ni...

Mata Hati said...

Iena Farina - sepak takraw lagi mengecewakan. bukan saingan thailand terus...

kEy - bergantung harap kepada lee chong wei lah pulak. tapi nampak mcm gelap gambar jer nak menang ke atas lin dan

biskut said...

mampu kalau ada artis yang menunjukan semangat juang yang tinggi...