Sunday, November 07, 2010

Nokia N8 : Raja Kamera Telefon

dari segi populariti, Apple iPhone 4 sedikit ke depan mengatasi Nokia N8. tapi kalau dibandingkan dengan kamera, N8 jauh mengatasi iPhone 4. ini adalah realiti dan bukannya nak menidakkan keupayaan kamera yang terdapat pada iPhone 4. bayangkan Apple iPhone 4 hanya mempunyai kamera 5MP sedangkan Nokia N8 mempunyai  kamera 12MP. boleh dikatakan setakat ini model N8 ini adalah raja kamera telefon. ditambah lagi model N8 ini turut dilengkapi bersama Carl Zeiss optics dan Xenon flash. kualiti gambar yang dihasil, memang terbaik punya.


kenapa nak membandingkan dengan iPhone 4 sedangkan banyak lagi telefon keluaran jenama lain? peminat iPhone 4 jangan marah ekk. actually Nokia N8 dicipta khusus untuk bersaing dengan produk Apple iPhone. mungkin masih tak dapat bersaing dari segi perisian kerana model N8 ini hanya menggunakan symbian^3. tapi harus diingat perisian terbaru symbian^4 sedang dicipta untuk bersaing dengan perisian yang terdapat pada iPhone. mungkin tahun depan kita boleh lihat model terbaru N series yang betul2 mengatasi iPhone.

kata orang sekadar bercakap kosong tak der guna. lihat lah gambar dibawah yang diambil dengan menggunakan kamera telefon Nokia N8. nilailah sendiri kualiti gambar itu. klik pada gambar untuk pembesaran...




boleh pergi ke website dibawah kalau nak lihat lebih banyak lagi gambar yang diambil dengan Nokia N8. http://www.flickr.com/photos/thenokiagallery/page2/

9 comments:

maCy said...

maCy suka henfon tahan lasak ley baling kucing. hehe

anati said...

hhmmm mahal tu...tp akak ambik gambar guna dslr...ewwahhh...sebab suka berfoto dan belajar memfoto...betul ke tu...?so akak guna nokia cikai jek....

Mata Hati said...

maCy - yg tahan lasak mcm tu cuma nokia 3310

anati - kalau guna dslr lagi menarik gambar tu. secaggih mana pun kamera tepon ttp tak leh lawan dslr.

simply nana said...

N8 nir pun mempunyai bentuk yg menarik...thumbs up la

Prince Halilintar said...

dua2 mmg ade benefits tesendiri..tapi klu boley nak cari hp camtu yang tahan lama baterinya..hehe

Anne said...

not bad la kualiti gambar yg di ambil.

Mata Hati said...

Prince Halilintar - setiap tepon ada kelebihan dan kekurangan. belum jumpa lagi yg perfect...

Anne - yup...mmg cantik

tilah said...

dah der hp nie...tp bl ambil gmbr tak chentek punn...knape yer.....

SYaMiLa said...

mmg comel....tp dh lama guna nokia..nk beralih ke samsung galaxy pula...tp tk de la yg terbaru..yg version lama udahle...hik3