Thursday, November 25, 2010

Antara Pingat Emas Dan Tiket Ke Sukan Olimpik

Kurang 4 jam dari sekarang, skuad hoki lelaki negara akan turun ke padang menentang Pakistan. Dua hadiah istimewa ditawarkan dalam perlawanan akhir ini. Selain pingat emas, pemenang juga akan mendapat tiket automatik ke Sukan Olimpik 2012 di London.

Skuad hoki pada mulanya tidak diberi harapan selepas kegagalan di Sukan Komanwel beberapa bulan yang lepas. Namun pemain-pemain telah membuktikan bahawa kegagalan dalam temasya itu bukanlah penamat kepada segala-galanya. Di Sukan Asia Guangzhou 2010 mereka bangkit menyalakan api untuk menjadi juara.

Peluang terbaik telah terpampang di depan mata sekarang. Tembok Besar China sudah dirobohkan, Lautan Hindi sudah direnangi, yang tinggal kini hanya Banjaran Himalaya yang perlu ditawan. Memang di akui melawan Pakistan bukanlah tugas yang mudah tapi bukanlah mustahil untuk menewaskannya. Semangat, azam dan sokongan rakyat Malaysia menjadi azimat untuk melakar sejarah baru menjadi juara dan seterusnya layak ke Sukan Olimpik.

Walaupun tak dapat memberi sokongan di stadium, marilah beramai-ramai kita terpacak depan tv, jam 5 petang nanti untuk nanti menyaksikan pertembungan bersejarah, perlawanan akhir hoki lelaki Sukan Asia Guangzhou 2010 antara Malaysia menentang Pakistan. Semoga berjaya. Jom pakat nyanyi ramai-ramai sambil gelek-gelek depan pintu rumah.

Jika kau fikirkan kau boleh,
Kau hampir boleh melakukan,
Jika kau fikirkan ragu-ragu,
Usahamu tidak menentu...

Gambah Ehsan dari Utusan Online

10 comments:

I*K*T*I*R*A*F said...

MALAYSIA BOLEHHH!! hooyehhh!

*sambil kibar2 bendera! :P

~ PIJA ~ said...

tak sabar nak tahu result hoki petang nih..tp frust lak tak dapat nak tengok..keje lak tu..:(

azwa_amani said...

adess..xminat hoki sejak kene bola hoki mase dok tepi padang tgok kawan men...:(
xpasal2 benjol dahi :(

Mata Hati said...

I*K*T*I*R*A*F - tepuk tangan...clap clap clap :)

~ PIJA ~ tunggu jer result nanti :)

azwa_amani - siapalah tergamak membenjolkan dahi mu itu? tak berpeluang nak tgk.. boleh lakonkan semula tak kejadian tu :p

Gayahspears said...

yahoooo.. malaysia..sokong2

Mata Hati said...

yehhh...sokong sokong

papabear said...

malangnya... mereka telah tewas 2-0 huhu...

Mata Hati said...

dan penantian pun berpanjangan :)

azwa_amani said...

xyah lahh...dahi dah lawa2, opss.lawa ke???..hikhikhik

Mata Hati said...

ahakss!!