- Drama pertama yang dipentaskan adalah karya seniman Mesir pada tahun 3200 Sebelum Masehi, lebih 5,000 tahun lalu. Skrip drama yang dijumpai oleh seorang arkelogi di Luxor pada 1895 ditulis atas tumbuhan papyrus dan masih tersimpan hingga kini.
- Seminit selepas anda membaca ayat ini, 100 orang kan meninggal dunia dan 240 bayi akan lahir. Mengapa? Kerana pertambahan populasi dunia dianggarkan sebanyak 140 orang seminit.
- Maharaja Keempat Moghul, Jahangir yang memerintah dari tahun 1605 hingga 1627 mempunyai 300 orang isteri, 5,000 gundik, serta 1,000 anak muda untuk "menghiburkannya". Di luar istana Jahangir, dia memelihara 12,000 ekor gajah, 10,000 ekor sapi, 2,000 ekor unta, 3,000 ekor rusa, 4,000 ekor anjing, 100 ekor singa jinak, 500 ekor kerbau dan 10,000 ekor burung merpati.
- Sungai Amazon di Amerika Selatan yang merupakan sungai terbesar di dunia, mengandungi dua pertiga daripada kandungan air sungai seluruh dunia.
- Wira Greek, Agamemnon yang merupakan pahlawan terbilang empayar tersebut menemui ajalnya bukan dimedan perang tetapi di tangan isterinya sendiri selepas dia kembali dari perang Trojan.
- Ais krim adalah makanan yang menjadi kegemaran kanak-kanak. Namun begitu, tidak ramai yang mengetahui siapakah yang mula-mula menemui cara-cara membuat ais krim. Sebenarnya orang yang mula-mula menemui cara membuat ais krim ialah seorang lelaki berbangsa Perancis bernama Gerald Tissain dalam tahun 1620. Selepas penemuan tersebut, maka lahirlah pelbagai jenis perasa ais krim yang cukup melazatkan sehingga ke hari ini.
- Semua planet dalam sistem solar dinamakan mengikut mitos Yunani dan Rom kecuali Uranus, yang didasarkan daripada salah satu watak dalam drama Shakespeare.
- Pencungkil gigi adalah objek yang biasanya menjadi punca rakyat Amerika Syarikat mati tercekik.
- Air liur manusia dikatakan sangat mujarab untuk mengubati luka di kulit atau terbakar.
- Kamera paling awal dicipta memerlukan seseorang beraksi selama lapan jam di depan kamera itu sebelum gambar dapat dirakamkan.
Monday, December 27, 2010
10 Fakta menarik Hari Ini - Siri 9
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
23 comments:
aik???dah tukar header???header sebelum ni lagi macho...hahaha...
tolong buatkan header tuk saya sekali...tak kretip la...
maneler kamu dpt fakta2 ni yerk..
salam kenal..
jemput undi anak saya yer tq
http://www.mayaqarmyla.net/2010/12/jom-vote-adik-dhuwa-haziq.html
cik Mot- terpaksa tukar header utk mengurangkan kemachoan.
ish..saya pun baru belajar buat header ni. segan lah nak buat yg org lain punya. sure tak cantik...
bagus ye..ade fakta2 mcm ni...boleh gak dpt info...yg mane selama ni tak ambik tahu pun...
tq MT...
Yan - cari2 kat internet ^^
ok, nanti saya singgah vote
kak ain - apa saja info yg saya tahu akan saya cuba kongsikan dgn kawan2 :)
fakta no.10 tu paling tak tahan skali. pergh 8jam kene duk depan kamera baru leh tangkap??itu sempat lg kalau nak pegi ngeteh ke tdo pun sempat.hahaha
p/s: ish org dah ajak ni malu2 plak. heh jomlah join bloglist saya. :)
nanti saya join...nak siapkan kerja dulu..
raja2 zaman dulu punya idealisma yg tak masuk akal...errr... iya ker?
knp gambar kat header tu termenung lak?tak baik temenung2 nie...cerialah cikit :)
salam..
suka baca fakta..tq sudi berkongsi ye.
huhuhu baguihnye fakta2 nih sebelum ni tak penah pun tau pasal sume2 nih.
hehehe nice info weih hihihi
ohh, dia yang buat aiskrim..
point no 2 tuh huh ramai jugak ek yg meninggal dalam masa seminit
hikhik, lg ske header br nie, nmpk cute!!!
air liuq? ohh... hehehe...
berguna juga ye dlm perubatan =p
fakta2 yg menarik nih....
ehem lupe nak cakap, saya nak kasi award ni.. :D
http://lurvemyblog.blogspot.com/2010/12/good-friends-are-always-close-to-heart.html
wah betapa banyak nye info yang mummy enggak tahu sih...pasal kematian n kehidupan lagi...
Mak Su - raja dulu kala memang berkuasa penuh. apa saja yg terdapat dlm negara adalah haknya termasuk nyawa rakyat
iena farina - termenung mengenangkan tahun 2010 dah nak habis^^
sis LM - sama-sama^^
MAPPIAU - info mcm ni harus dikongsi dgn semua kengkawan.. byk info yg saya baru tahu lpas google kat internet
khairunnisa - aahh..dialah orangnya
Izamir Ridzwan - ramai yg meninggal dan lagi ramai yg lahir
Ayuni - termenung pun cute jugak? ekekeke
Fxysche Nas - sangat berguna cuma x selalu diguna pakai ^^
azzey - ^^
Siti Safiyyah - nanti saya jenguk2 award tu
wnhah - byk membaca luas pengetahuan
Post a Comment