Saturday, October 16, 2010

Ajal Semakin Mendekati Aku

Hari ke hari semakin dekat aku dengan kematian. Sesungguhnya aku sentiasa dalam ketakutan. Bukan kerana ajal semakin dekat tapi kerana takut amalan yang cetek ini tidak melayakkan aku ke Jannah.

aku kerap bermimpikan kematian. walau ada masanya membuatkan aku terfikir tak nak tidur tapi mustahilkan kalu tak tidur..nanti tubuh jadi semakin lesu tak bermaya. berfikir secara positif, mimpi yang datang adakalanya mainan tidur, adakalanya membawa maksud tertentu. bila direnung2 kan balik, mimpi ttg kematian itu mengingatkan aku bertapa ceteknya amalanku ini. sepanjang hidup ini, aku rasakan amalanku seperti senipis kertas tisu. bertapa lalainya aku dlm mengerjakan tuntutan agama. semakin aku mendalami ilmu agama, semakin aku terasa bertapa bertapa sedikitnya amalanku.

aku sentiasa memohon kpd Tuhan agar dipanjangkan usia, diberikan kesempatan utk memperbaiki kesilapan, menampung apa yg terkurang dan memperbanyakkan amalan yang bila sampai masanya nanti akan menemani aku ke kubur. waktu itu, keluarga, sanak saudara dan rakan2 akan mengiringi jasad ke kubur tapi sebaik saja habis talkin dibacakan mereka akan berlalu pergi. harta kekayaan dan pangkat tidak dibawa bersama ke dalam kubur. yang setia menemani hanyalah amalan..

sabda Rasullullah s.a.w. : "apabila seseorang manusia itu mati, maka terputuslah segala amalannya kecuali 3 perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yg dimanfaatkan daripadanya dan doa anak soleh yg sentiasa mendoakannya." (diriwayatkan oleh Abu Hurairah)

bila direnung balik sabda Nabi s.a.w. ni, teringat aku pada lirik sebuah lagu nasyid,
  1. hidup sebelum mati
  2. sihat sebelum sakit
  3. lapang sebelum sibuk
  4. muda sebelum tua
  5. kaya sebelum miskin
semoga hari ini menjadi turning point utk aku berubah ke arah kebaikan. aurat serta solat 5 waktu yg menjadi tiang agama haruslah dijaga dgn sebaiknya. hiburan dan keseronokkan hanya akan melalaikan dan menjauhkan diri dari bau Syurga.

4 comments:

Unknown said...

why? what hapen? cam gerun je nak bace nye....anything nak luahkan, xila ada nak membantu k...... xila pon mmg sedar kecik je kite kat bumi Allah ni, terasa takot segala yang bakal belaku masa hadapan. mohon yg terbaik dr Nya

Unknown said...

baca jer...yg tersirat biarkan terus tersirat..

kella said...

hati ini juga sering tertanya, tanya, kenapa dewasa ini sering teringat sangat tentang kematian, tentang diri yang semakin hampir dengan kematian! Ya Allah.. dan setiap kali itu juga sentiasa mohon supaya Allah panjang kan umur ku lagi sebab byk yang belum selesai! ada hutang piutang juga belum selesai atas nama ku, aku tak mahu orang lain yang hidup ini menanggung beban ku pula.. amal ibadat juga cetek..dan yang penting mohon Tuhan ambil nyawaku dalam keadaan aku beriman.. Amin..

Unknown said...

sama2 kita beringat jangka hayat kita terlalu pendek..gunakan kesempatan yg ada utk meningkatkan amalan