Sunday, October 31, 2010

Entry Ke 59


sedar tak sedar, dah hampir 59 entry (termasuk entry ini) aku publishkan sepanjang bulan ini. aku rasa cukup banyak lah walaupun ada blogger lain boleh buat sampai 200 lebih entry dlm sebulan. aku belum sampai ke tahap itu sbb kalau boleh aku mahu setiap entry yg aku post bukanlah entry kosong. start dari blog ni dibuka sampai ke hari ini, aku lebih banyak menaip tentang hidup aku. dah namanya blog peribadi, mesti nak share seberapa banyak yg mungkin kisah hidup sendiri..kan kan kan. next month tak tahu lah ada masa tak nak buat entry sebanyak ni tapi i try lah. kalau tak der kisah hidup nak dikongsi, aku akan postkan info atau berita yg berguna utk kita semua.

tujuan blog diwujudkan adalah untuk cari seramai mungkin kawan di alam maya ni. seronok kalau sesama kita boleh berkongsi cerita, berbalas komen dan berkongsi pendapat. itulah gunanya blogwalking (blog pun pandai berjalan ekk). kalau malas nak berkunjung ke blog orang lain, mcm mana nak tambahkan kenalan. kepada blogger2 yg dah lama berkecimpung dlm dunia blog ni, seeloknya kita bagi support kat blogger baru. barulah bersemangat mereka utk terus menulis/menaip. lagi pun dgn secara tak langsung boleh membentuk budaya suka membaca dan celik IT. bukan ke itu saranan kerajaan... janganlah bila lihat entry diaorang baru sepatah 2, terus tak nak ziarah dah dilain kali. at least, tinggallah sikit komen kat kotak sembang tu or jadi follower. cuba ziarah balik dlm seminggu 2 lagi..mana tahu semakin aktif diaorang menulis entry. lagi ramai blogger, lagi meriah dunia dan lagi byk info kita dapat.

nak perkatakan sikit pasal auto blogwalking.. seeloknya jgn lah buat mcm tu. kasihan kat blogger sejati yg sudi terjah dari blog ke satu blog. ada yg sampai sejam diperuntukkan utk menziarah kawan2 blog. apa gunanya kalau setakat klik kat kotak auto then terus blah dari pc. biarkan saja software auto tu buat kerja blogwalking. then rajin pulak bukan website nufffnang nak tgk brp ramai pengunjung datang hari ni sambil duk berkira2 brp lah income masuk. ish ish ish..tak patut tak patut..

next entry adalah entry yg ke 60.. nanti nak story pasal aktiviti kelmarin..