Batik, dari anak kecil sampai dewasa semua orang mengenalinya. Batik sinonim sangat dengan kehidupan kita seharian sebagai orang melayu. Setiap hari kaum wanita terutama suri rumah sepenuh masa memakai kain sarung batik sepanjang berada dirumah. Selain kain sarung, masyarakat dulu juga menggunakan batik sebagai tudung kepala sepertimana yang boleh kita lihat dalam filem-filem melayu lama. Pekerja sektor awam memakai batik setiap hari khamis. Pakaian seragam pramugari MAS dibuat daripada batik. Batik juga digunakan dalam majlis formal dan keramaian. Itu belum lagi dikira perhiasan yang diperbuat daripada batik seperti sarung kusyen, alas meja dan berbagai-bagai lagi.
Perkataan batik berasal dari perkataan Jawa, 'tik' yang bermaksud menitik atau menulis titik-titik. 'Ambatik' pula bermaksud melukis, menulis, mewarna dan menitik. Tepat lah kan kerana itulah cara-cara penghasilan batik. Batik merujuk kepada hiasan kain yang memggunakan pelbagai warna dan corak. Teknik batik ini telah diketahui lebih sedekad yang lalu. Kemungkinan batik berasal dari Mesir Kuno atau Sumeria. Batik terdapat dibeberapa negara Afrika Barat seperti Cameroon, Nigeria dan Mali. Manakala di Asia pula, batik terdapat dia India, Sri Lanka, Bangladesh, Iran, Indonesia, Thailand dan di Malaysia sendiri.
Bila batik mula meresap masuk dalam kehidupan orang melayu? Sejenis batik yang dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan sejak tahun 1770-an lagi. Di malaysia, kebanyakan kilang perusahaan batik terdapat di terengganu dan Kelantan. Contohnya nama perusahaan Noor Arfa Batik yang beroperasi di kawasan perindustrian Chendering sangat sinonim dengan rakyat Terengganu.
Seni batik merupakan satu kaedah reka bentuk dan pencorakan tekstil yang berasaskan penggunaan lilin dan pewarna. Lilin digunakan sebagai pemisah warna yang dilukis atau diterap atas permukaan tekstil. Proses penwarnaan ke atas tekstil pula dilakukan melalui kaedah celupan atau menggunakan berus. Seni batik dikatakan unik kerana setiap helai batik mempunyai corak yang berlainan biarpun semasa proses penghasilannya menggunakan blok cap dan warna yang sama. Masyarakat melayu lama menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap batik.
Lilin batik
Canting - untuk melukis corak batik menggunakan lilin
sumber: suarakekasihbatik
Sumber Rujukan:
keunikanwarisanterengganu.blogspot.com
hijab-batik.com
suarakekasihbatik.blogspot.com
masterwanbatik.com
scribd.com/doc/21653348/wacana-batik
malaysiana.pnm.my
8 comments:
Tgk demi buat batik kat nur arfa batik...leh cuba buat sekali...suka sgt2..hehe.
salam...thanks sudi singgah wati harap kita dapat jalain persahabatan di kalan blogger2 malaysia...salam kenal dari wati...
kalau promote betul2 maybe boleh pergi jauh batik ni
Masa kecik2 dulu, tringin nak bukak perusahaan batik sendiri..tp sayang,xdak bakat melukis...pastu x tau plak saluran mana nak pergi..huhuhu
hello my friend...
i can"t see my link at here..
your link in my blog roll..please add my link here...thanks
woit..buat citer budu la skali...
batik sohor doh...
LM - terbayang dalam kepala LM bukak kelas membuat batik kat Doha..huhuhu
wati - salam kenal juga
Sharinginfoz - yup..u rite. mampu pergi lebih jauh. maybe someday kita boleh lihat batik diperagakan dlm fesyen2 antarabangsa
Suhana Shahril - sekarang dah guna teknik moden. pakai mesin....tapi lukis dgn tangan tetap the best
~~su manje~~~ - are u sure? i will check it
SUZIE APAI - owos..lepas abis batik, ambe try buat citer pasal budu lok
Post a Comment