Saturday, November 20, 2010

Berkawan Untuk Seketika Atau Selamanya?

Aku suka berkawan dengan sesiapa saja yang sudi. Tak kira lelaki atau perempuan, bujang atau sudah berkahwin, tua ataupun muda. Sesiapa saja boleh menjadi kawan. Tiada had dan batasan dalam berkawan selagi saling menghormati. Kawan boleh didapati dimana-mana sahaja. Di sekolah, di tempat kerja, di kampung, jiran sebelah rumah ataupun di alam maya. 

Tapi kawan yang sebenarnya dinamakan kawan takkan kita temui dengan mudah. Berapa ramai kawan kita sudi berkongsi susah senang, tawa tangis? Berapa ramai kawan kita yang tak lokek menghulurkan bantuan saat kita memerlukan? Berapa kawan yang setia bersama kita dari dulu hingga kini? Berhati-hatilah memilih kawan. Biarlah kita tak ramai kawan asalkan kita tak tersilap memilih kawan.

Most important, dalam berkawan jangan sesekali biarkan kawan tahu apa saja tentang diri anda ataupun keluarga. Ada yang boleh diberitahu, ada yang patut disimpan rapi. Bimbang nanti kalau-kalau terputus kawan, habis semua perkara diungkitkan hingga mengaibkan kita.

Suatu masa dulu, aku mempunyai seorang kawan. Kitaorang banyak habiskan masa bersama. Main bersama, belajar bersama, bergelak ketawa, sama-sama menerima hukuman bila membuat salah. Ada yang mengatakan kitaorang bagaikan adik beradik. Masa-masa yang berlalu cukup menyeronokkan. Sehinggalah sampai waktu kitaorang dah tak berjumpa bila masing-masing membawa hala tuju sambung belajar.

Belasan tahun berlalu, secara tak sengaja terjumpa kembali dia di alam maya ini. Memanglah happy sebab tak sabar nak berkongsi cerita, mengimbau kembali kenangan lama. Dia pun dah berumah tangga, ada isteri dan anak yang comel. Lihat gambar dia bersama family pun dah tahu dia tengah bahagia. Aku hulurkan balik tangan tanda persahabatan tapi dia langsung tak nak mengakui aku sebagai kawan. Aku cuba refresh balik kenangan lama tapi sampai sudah dia cakap tak pernah ingat semua tu. Berselisih bahu pun buat-buat tak kenal. Muka aku ni sejak dulu tak banyak berubah, lainlah kalau aku pernah buat plastic surgery.

Kawan..huh!! Bila senang langsung lupakan kawan lama. Yang layak berkawan dengan dia cuma mereka yang berpangkat, berkedudukan, sama taraf. What to do, kalau orang dah tak sudi apa boleh buat. Biar lah dia dengan dunianya, aku tak nak kacau. Kedatangan aku bukan untuk menumpang kesenangan, jauh sekali memporak-perandakan your family. Kalau suatu masa nanti ditimpa kesusahan, jangan menebalkan muka mencari aku. Aku will help your wife and kids but not you. You're not my friend anymore. Amik coklat, pi makan jauh-jauh.


9 comments:

penaberkala said...

uish, klu kena macam tu mmg serik
sepatutnya, tak logik blh lupa kawan karib
melainkan sudah hilang ingatan

alhamdulillah, kawan2 sekolah rendah dulu pun sy masih igt, dgn nama mereka sekali walaupun sdh 10 taun berlalu

kawan bukan utk seketika, kawan biarlah sampai bila-bila, selamnya

Unknown said...

haih..apehal la kawan awk tu wat xkenal mcm tu..bajet dye hebat kot..haha..haih, tetibe kutuk dye pulak.ihiks! :p

Unknown said...

what to do. kata orang, masa merubah segala-galanya.. sedangkan besi yg berkilat boleh berkarat, inikan pulak kawan.. :)

Mashe said...

kawan?? sedih la... kawan 4 thn, brubah cam tuh ja.. :(

Unknown said...

hilang satu, akan datang yg lain, yg lebih baik

MJ said...

uh...alhamdulillah, suma kawan2 mJ masing2 mengenali... Even badan dah berisi macam mak enon, muka tembam macam pau. Semua masih mengaku kawan, pulak, walau MJ hny lulusan Sijil poli mereka sudah degree di luar negara... :0

berkawan biar beribu,
sahabat biar selamanya,
cinta biar ditabur..
agar benihnya mekar di halaman suci

Unknown said...

alhamdulillah..hargailah ikatan persahabatan

Anonymous said...

Hargailah sebuah persahabatan tidak kira usia, bangsa mahupun agama... kesian mata hati kwn buat sedemikian rupa...tak patut...2x.. harap kawan2 yg ada lbh baik lagi dr yg lama... :)

Unknown said...

biarlah..orang tak sudi tak boleh kita nak paksa. kat luar sana masih ramai lagi yg sudi berkawan dgn kita :)