Kali ni nak menjawab tag dari adik Azwa Amani pulak. Comelkan nama dia, secomel pemilik nama ni.. ahakss!! Ok dik, saya dengan rasa happy ingin menjawab tag ini. Tak susah pun, just tulis jer 10 benda yang aku selalu buat waktu cuti..
Err, aku ni bila masa ada waktu cuit ekk. Lainlah kalau aku ni student, boleh cuti panjang-panjang. Dah tua-tua ni, masa cuti aku adalah bila melelapkan mata. Tido lah, bukan mati ekkk. Aku ni takut dengan perkatan kematian. Opss!! aku bukan takut nak mati tapi aku takut amalan yang ada ni tak cukup untuk membawa aku ke pintu Syurga. Ok, teruskan kepada tag. 10 benda yang selalu aku buat dimasa cuti adalah..
- Layan internet sepuas hati. Macamlah dah berkurun tak jumpa internet..ahakss!!
- Main games especially Pro Evolution Soccer. Games lain aku kurang minat
- Memasang robot. Peminat Gundam pasti tahu apa kerja yang aku buat ni
- Pergi jalan-jalan kat bandar. Hampeh..huhuhu. Memanglah setiap hari aku pergi bandar sebab opis pun kat dalam bandar tapi masa cuti ni lah aku nak pergi cuci mata
- Kemas bilik. Aku tak suka lihat bilik bersepah sana sini. Dah lah bilik tidur aku tak ubah macam pejabat. Macam perpustakaan pun ada sebab ada lebih seribu koleksi buku dalam bilik aku ni
- Cooking.. Yeahh, aku suka memasak. Tak payahlah nak bagitau masak apa ekk
- Pergi mandi air terjun. Ini selalunya aktiviti bila semua kawan rapat bercuti pada hari yang sama
- Lepak-lepak kat mc'D, KFC dan Pizza Hut. Selain makan, aku suka layan internet free kat situ
- Balik rumah family. Of coz sebab mak selalu masak yang sedap-sedap
- Layan sepupu yang kecik kecik kiut miut. Masa ni jer peluang nak buli diaorang..hahaha
Sekarang nak senaraikan pula 10 benda yang aku tak suka buat masa cuti. Errr.. 2 dah ler. Kalau lebih itu namanya mereke-reka cerita,
- Bangun tido lewat. Kalau paling lewat pun sebelum jarum menghala ke pukul 6. Tapi sebab aku ni batman, kadang-kadang tak tidur langsung
- Malas nak melayan panggilan dari kawan yang bertanyakan pasal kerja. Dah cuti cuti lah, hal kerja buang ke belakang
Tu jer rasanya. Dah tak tahu nak senaraikan apa. lagi. Well, nak kena tag jugak ker? Tak payahlah. Ok, nak pi makan pulak. Lapar ah. Dah namanya bujang, kenalah masak maggi sendiri, buat air milo sendiri
6 comments:
ahakssss..malu i tauuuu...!!!..
okep...tq yer menjawab n mention amani yg cute ni..werkkkppp, terlebih perasaan plak..
best lah plak tag ni, lebih mengenali..okey..mata hati kalau g makan kepsi, mekdi, ngn pitza jgn lpe belanja yerr..hikhikhik :)
ahaks!! kalau adik amani belanja, saya green light sentiap masa :)
SAYA SUKA BLOG AWAK LA... http://izamirridzwan.blogspot.com/2010/11/saya-suka-blog-awak-la.html
blog anda pun best..
wah asyik kena tag je en mata hati ni? :)
ku menjadi mangsa keadaan..hahaha
Post a Comment