Tuesday, November 30, 2010

Coretan Akhir Bulan

Esok dah masuk bulan disember. Sekejap jer dah sampai penghujung tahun. Aku perasan dari hari ke hari semakin pantas masa berjalan. Bangun awal pagi, pergi kerja lepas tu balik. Sometimes kerja tak sempat nak siapkan dah sampai waktu balik. Kalau pergi minum kat kedai pun, tak perasan dah hampir sejam terpacak disitu. Kenkadang aku rasakan macam tak cukup diberi 24 jam sehari. Masa yang bergerak dengan pantas atau aku yang tak pandai menguruskan masa?

Bulan disember, ada sesuatu akan terjadi. Tunggulah sampai masa aku akan beritahu. Tapi serius aku cakap, aku rasakan belum sampai ke peringkat matang. Tak seperti orang lain bila berada bergerak di usia 20an, fikiran semakin matang, boleh buat keputusan dengan baik, bijak merancang masa depan. Aku..masih dengan perangai childish. Mak pernah cakap, macam tak percaya aku dah berusia 20an. Rupa tak banyak berubah, perangai lagi lah tak berubah.

Kay, aku nak masuk tido dulu. Kepala bukan main berdenyut sejak petang tadi. Dah beberapa sudu besar madu aku telan, dah habis sebotol 100plus aku teguk, siapa makan ubi kayu lagi. Harap2 esok kebah lah demam ni, hilanglah batuk ni, berhentilah air hidung dari keluar. Selamat malam semua. Jangan lupa baca doa tidur sebelum lelapkan mata. Kan nanti ada yang terkencing atas katil kes bermimpi pontianak harum sundal malang...huhuhu

"Contest Teka Harga Kerusi Malas Mummy Maira"


Meriahnya dunia blog sekarang. Ramai blogger dan banyak jugak contest yang dianjurkan. Aku menerima jemputan dari Mummy Maira untuk menyertai contest anjurannya. Aku suka sebab contest ni mudah jer, tak perlu pening2 kepala nak fikirkan jawapan panjang berjela..

Contest ini dinamakan "Contest Teka Harga Kerusi Malas Mummy Maira". Peserta cuma perlu meneka berapa harga kerusi malas dalam gambar tu. Pastu buat ayat ringkas "Saya suka kerusi ni sebab dot dot dot." MudahkanOkay, kesihatan aku terganggu teruk hari ni. Nak becerita lebih detail lagi pasal contest ni dah tak larat nak menaip. Mata asyik nak terkatup jer. 


Kalau korang nak join, klik dekat gambar tu. Semua syarat-syarat penyertaan ada dinyatakan kat situ.  Hadiah pun best, Proton Inspira sebijik. Kelepok!!! kena baling dengan pasu bunga kat dahi. Huhuhu.. Tak lah, hadiahnya cash money berdasarkan harga sebenar kerusi tu. Kalau nak lagi untung, teka ler harga tinggi sikit. Seribu ke, dua ribu ke..Ahakss!!

Tekaan aku, kerusi malas ni berharga RM150.00. "Saya suka kerusi ni sebab kusyennya yang lembut membuatkan ku tidur lena bermimpikan Lisa Surihani" Hehehe..nanti ada peminat Lisa marah2 kat aku.
  1. No follower id http://hezrina1983.blogspot.com/ : 20
  2. No follower id http://hezrinacontestngiveaway.blogspot.com/ : 9
  3. No follower id http://aznizulhelmi.blogspot.com/ : 70
Untuk memeriahkan contest, aku dengan sukacitanya tag 2 orang blogger ni untuk join sama.
  1. adik Azwa Amani - habis exam nanti baru join yer
  2. kak Zai Kulim

Madu Dan Bermadu

Sejak semalam aku diserang selesema dan panas badan. Nak demam selsema lah ni. Ni lah akibatnya kalau tertidur dekat-dekat maghrib. Terkejut jer dari tidur, terus lintang pukang masuk bilik air. Bimbang nanti terlambat solat dan tak sempat nak baca kitab sebelum masuk waktu isyak. Aku ni kalau terjaga dari tidur dengan keadaan terkejut, confirm mulalah berair dalam hidung tanda selsema.

Aku ni memang tak suka makan obat, tak suka telan obat, tak suka disuntik obat. Seboleh yang mungkin aku takkan makan obat. Errr...kecuali kalau mak paksa makan. Hehehe.. Tengah-tengah berair hidung, sempat jugak aku keluar amik angin kat pantai. Saja nak hilangkan kebingungan dalam kepala akibat tertidur waktu senja. Balik rumah terus bukak blog, terpandang satu komen yang menasihatkan aku telan madu lebah. Oh my!! Baru teringat ada separuh botol lagi madu dalam peti sejuk. Jadi, tenggelam lah sesudu besar madu dalam perut aku. Alhamdulillah, rasa lega sikit. Selsema pun dah tak seteruk mana.

Madu lebah ni ada banyak khasiat. Korang makanlah madu lebah kalau rasa kurang sihat. Kalau sihat pun cuba amalkan makan sesudu madu lebah setiap pagi. Seeloknya campurkan dalam air suam dan minum. Khasiat madu ni tak perlu aku cerita sebab korang sendiri pun dah tahu kan. Kalau tak tahu, boleh search kat google.

Walaupun madu ni banyak khasiat tapi kaum perempuan memang tak suka madu. Betul ni..tak tipu. Tak caya, cuba tanya isteri.. 'Sayang suka madu tak?' Kalau isteri jawab ya, cuba tanya satu lagi soalan. 

'Sayang suka bermadu tak?' Yang ni confirm ada suami yang terpaksa tidur kat luar bilik. Hehehe.. Mana ada isteri yang suka bermadu. Kalau ada pun minoriti. Walaupun bagi suami madu itu sangat manis, tapi terasa pahit bagi isteri. Yang pahit ni agaknya madu yang dah expired date kot..huhu. 

'Sayang, abang nak kahwin lagi sebab mengikut sunnah Nabi.' Kalau yang ni mesti ramai suami kat luar sana angkat tangan tanda setuju. Aku sendiri nak angkat 2 belah tangan tanda setuju sangat...kof kof kof. Tapi suami kat luar sana jangan lah beriya2 cari madu untuk isteri. Walaupun kereta dah diketuk body sana sini tapi besar sangat jasanya. Memang ler chassis dah lari tapi adatlah tu. Kereta baru pun lama kelamaan akan lari jugak chassisnya. Setialah kepada kereta lama.

Kalau dah gatal jugak, pandai2 lah suruh isteri sign surat agreement. Yang ni mesti ada yang lemah lutut...tak berani lah. Sabar, ada sikit tips macam mana nak dapatkan signature isteri. Cara pertama, suruh isteri sign surat agreement tu time isteri dah ngantuk sangat. Masa ni isteri dah tak kuasa nak baca apa kandungan surat tu sbb mata dah tak larat nak buka luas-luas. Kalau tak pun, cari tempat yang agak-agak gelap dan suruh isteri sign. Yang ni lagilah isteri tak leh baca sebab kurang jelas. Huhuhu..tips ni aku dapat dari drama kat tv. Ampun..ada yang baling periuk belanga ke dahi aku nanti.. Cabut lari......!!!

Nota: Segala tindakan adalah di atas kerelaan anda sendiri. Tiada kena mengena dengan penulis blog ini kalau  anda tercampak ke wad ICU. Huhuhu.

Hari Ini 2nd Anniversary!


Today tercatat sebagai 2nd anniversary blog ini, which started on 30 November 2008 with this welcome post. Terima kasih kepada Erni kerana membawa aku ke dunia blog. Terima kasih juga kepada semua pembaca di atas perhatian dan komen yang telah diberikan selama ini. Teruskan memberi sokongan, your support ibarat tongkat untuk blog ini terus berdiri. Sempena menyambut 2nd anniversary, please accept this award.


Beautiful Heart Award
This award to all of the bloggers who put their hearts, mind and soul into their blogs and give us a glimpse into their worlds. They are positive and may not realize it, but are leading by example. They inspire with their words, educate and inform. They entertain and uplift with their humor. They are welcoming, helpful and friendly and no one is a stranger, whether you've commented once or a million times. They are ever so wise and giving. Most of all, they have Beautiful Hearts

Monday, November 29, 2010

Keywords

Dah dilserang selesema. Nak menghadap menaip entry pun kekeringan idea. Pernah terjah keywords kat nuffnang? Hari ni, ramai pulak yang mencari blog ini. Tak percaya, lihat kat bawah. Ada 100 carian berkaitan blog ini saja setakat pukul 10 malam. Boleh dikatakan ramai jugak lah sebab sebelum ni kalau banyak pun keywords mengarut seperti ibu ayam, skodeng dada dan macam2 ler lagi. Kay, aku nak rehat jap. Semakin teruk pulak selesema ni. Malas nak telan obat sebab aku ni anti obat.

Top Commentor Award

Award ke-2 dari cik Siti pussy pussy cat, Top Commentor Award. Mekacih lah laling, tak sedar dah sebanyak itu komen aku kat blog dia. Ingatkan baru 3-4 komen jer. 

Aku sendiri tak kira berapa banyak komen aku tulis setiap hari kat blog korang. Setiap hari aku terjah lebih dari seratus blog. Kalau nampak entry yang menarik pandangan mata, aku akan tinggalkan komen walaupun cuma sekerat. At least boleh buat tuan blog tersenyum bila tahu ada someone sudi membaca dan memberikan komen. 

Korang pun rajin-rajinlah tinggalkan komen kat blog kawan-kawan. Walaupun pendek jer komen tut tapi dah cukup bermakna. Amalkan 'Give and take, Take and give'. Esok aku ada sesuatu untuk korang sempena hari istimewa. :-)

Biarpun Rupamu Hodoh, Aku Tetap Suka

'Biarpun rupamu tak ku kenal, tapi lubang hidungmu tetap menjadi pujaan hatiku'

Korang dah selalu dengar dialog tu kan. Yang Sudin tujukan kepada director Ahmad Nisfu dalam cerita Seniman Bujang Lapok. Tu dialong paling aku suka dalam cerita tu. Stop!! aku bukan nak cerita pasal cerita tuh. Aku nak cerita pasal cik 'batang buruk'.

Orang melayu mesti kenal kuih batang buruk ni. Biasanya time raya jer, mesti cik batang buruk ni nak menyelit sama ditengah2 kuih lain yang comel. Ni kuih peberet aku. Kalau pergi beraya kat mana-mana rumah, kuih ni lah aku cari dulu atas meja. Ada yang suka, ada yang segan nak makan sebab rupa kuih ni buruk semacam jer, macam kayu. Memang sesuai dengan namanya. Tapi aku suka sangat makan kuih ni. Ni ha atas meja aku ada 2 bekas kuih batang buruk. Baru luak separuh bekas dalam masa kurang setengah jam. Hahaha... Kalau pergi Pasar Payang, memang tak sah kalau aku tak cari kuih ni.

Aku heran lah, dalam banyak-banyak nama dalam dunia ni.. batang buruk jugak diberi nama. Kesian kat kuih ni. Sapalah yang kejam sangat bagi nama kat kuih ni. Sekali tengok tak lah buruk sangat. Siap berbedak lagi tu, putih melepak. Biar ler.. walaupun rupamu hodoh, tapi aku tetap suka makan. Aummm!!!!

Sumber : Pakcik Google

Kehamilan Tanpa Sedar, Kelahiran Tanpa Diduga

Nak bercerita sikit pasal tajuk entry ni. Terlebih dulu aku mintak maaf kalau cerita aku ni tak mengikut tertib sebab aku bukanlah seorang yang pandai menulis cerita. Memang munasabah karangan bahasa melayu aku tak score tinggi. Tapi kalau menulis berkaitan sejarah ataupun madah-madah cinta memang aku mahir sangat. Hahaha.. Tapi aku bukanlah buaya tembaga, dan jugak bukan pecinta wanita. Aku cuma lelaki biasa yang tak pernah merancang hala tuju.

Ok, berbalik kepada tujuan asal. Ni cerita pasal sepupu wife aku.. err, wife sepupu aku. Mana satu yang betul ekk? Diorang dah ada 4 orang anak yang comel-comel belaka. Yang bongsu baru berusia dalam 10 bulan. 2 hari lepas waktu subuh, wife dia mengadu sakit perut yang teramat sangat. Selepas meminta tolong adiknya datang ke rumah menjaga anak-anak yang masih tidur, sepupu aku terus hantar wife ke hospital.

Pada mulanya doktor mengesyaki wife dia ada ketumbuhan. Tapi setelah dilakukan pemeriksaan sekali lagi oleh doktor pakar, barulah diketahui puncanya. Actually wife dia dah pregnant 7 bulan. Tiada sesiapa yang tahu pasal hal ini termasuk sepupu aku dan tuan punya badan. Lagipun tak nampak langsung perubahan pada wife dia. Kalau 2-3 bulan tu biasalah, tapi dah masuk 7 bulan memang pertama kali aku dengar. 

Terus jer dimasukkan ke dalam bilik bedah memandangkan nyawa wife dia dalam keadaan terancam. Mengikut kata doktor, anak dalam kandungan itu dah mati dalam tempoh yang agak lama. Satu lagi, uri baby hancur berkecai terus. Aku yang dengar pun terasa ngeri. Dalam pukul 9.30 pagi, jenazah selamat dikebumikan sementara wife dia masih ditahan di wad kerana kehilangan terlalu banyak darah. Jadi kepada isteri-isteri diluar sana, kalau terasa tak sihat atau apa-apa yang tak kena dengan diri, segeralah dapatkan pemeriksaan doktor. Bimbang terjadi kes serupa macam ni.

Sunday, November 28, 2010

Double Award

Semalam dan hari ini aku menerima award untuk blog ini. Dikira koleksi award yang dah ada, ini award ke-5 dan ke-6 yang aku terima. Sepatutnya termasuk yang 2 ni, dah 7 award aku terima tapi sayang satu award lagi aku terlepas pandang. Award berganda ni aku terima dari cik Apple Sweet dan cik Aliya Jaafar2 orang blogger yang comel ni baru lagi berjinak dalam dunia blog. Aku suka baca entry diaorang yang santai. Kawan-kawan, sudi-sudikan beri sokongan kepada diaorang untuk terus berblogging.

Award ke-5 dari cik Apple Sweet. Ada 3 perkara aku kena buat bila terima award ini. Sebelum tu nak maklumkan, award sebenar disimpan di halaman award.
  1. Thanks the person who gave you this award and the link of the person - Terima kasih cik Apple Sweet yang memang sweet sangat senyumannya.
  2. Spread the award to 15 blogger who you like and youthink their blogs are awesome - Tak adil kalau hanya 15 bloogger jer. Dengan merendah diri, tuan blog hadiahkan award ini kepada semua blogger yang sudi menerimanya. Blog anda semua memang best dan cantik
  3. Tell 7 things about yourself..
  • Seorang lelaki tulen
  • Masih anak teruna ...belum kahwinlah maknanya tu..huhu
  • Suka membaca
  • Suka memasak
  • Suka melayan blog
  • Suka mengumpul koleksi Gundam
  • Sedang menghitung hari-hari bersejarah

Buku Diari vs Blog

Buku diari adalah harta yang terlalu peribadi. Sesiapun pun tak dibenarkan membacanya kecuali tuan punya diari itu. Sekitar tahun 90an sewaktu aku belum kenal internet lagi, aku suka mencatatkan perkara penting yang berlaku dalam buku diari. Aku mula menulis diari sejak berada di sekolah menengah. Bila bertukar ke sekolah baru, aku rasa boring sangat sebab kawan baru tak best macam kawan-kawan lama. 

Mula lah timbul keinginan nak mencatatkan segala luahan hati dan juga pengalaman yang aku tempuhi di sekolah baru ni. Sehingga tamat belajar, aku dah mempunyai 3 buku diari. Sesekali rasa tergelak pulak bila baca balik apa yang aku tulis dalam buku tu. Lebih-lebih lagi kisah cinta monyet. Bagi aku buku diari ni terlalu berharga. Selagi ada buku ni, selagi itulah aku akan terus mengingati kenangan silam dengan jelas.

Bila dah kerja, aku menulis diari dalam microsoft word. Semua kejadian yang berlaku sepanjang 7 tahun aku bekerja dicatatkan dalam ni. Kekadang rasa leceh jugak sebab kena scroll panjang ke bawah untuk menulis catatan baru. Dalam ni tercatat semua kenangan sepanjang menjadi 'romeo must die'. Sekitar tahun 2008 baru lah aku mula berjinak-jinak dengan blog. Sejak tu, segala luahan dan apa saja yang terlintas dalam kepala, aku catatkan kat blog ini. Blog memang best. Selain bebas untuk menulis ikut suka hati, aku jugak mendapat ramai kawan baru. Dan juga bertukar pendapat serta info berguna dengan blogger sekalian. 10 tahun akan datang tak tahu lagi apa yang akan mengantikan blog. Mungkin masa tu blog dah jadi bahan khazanah kat muzium.

Saturday, November 27, 2010

Pentingkah Komen?

Kerana apa korang menulis coretan? 
Kerana minat ataupun kerana dambakan komen dari pembaca? 
Sekiranya  tiada sebarang komen diterima, rasa kecewa tak?

Aku terjumpa seorang blogger baru yang mengadu tiada sesiapa nak berikan komen dekat blog dia. Kesian, penat-penat dia tulis tiada orang nak beri komen. Sabarlah.. Bukan semua coretan kita orang akan baca melainkan kita menulis sesuatu yang menarik. Sebelum kita mengharapkan orang memberi komen kepada coretan kita, terlebih dahulu kita kena rajin-rajinkan diri meninggalkan komen dekat blog orang lain. Bagi aku, menulis blog ni seperti berniaga kuih raya. Kalau mahu orang membeli kuih raya kita, terlebih dahulu kenalah korbankan sikit kuih tu bagi orang rasa sedap atau tak. Kalau sedap, orang takkan teragak-agak untuk order selalu kuih tu setiap tahun. (Itupun kalau harga kuih sentiasa berpatutan.. :-p)

Ni kes lebih parah yang aku jumpa tahun lepas. Adalah seorang bloger ni dah naik hangin bila berbulan-bulan menulis blog, komen yang diterima cuma 3-4 ketul jer. Sampai satu tahap, dia merajuk dan tutup terus blog itu. Adoii lah, aku pun tak tahu apa tujuan sebenar dia menulis blog. Kalau menulis bukan kerana minat, confirm takkan bertahan lama dalam dunia blog ini. Aku pun masa mula menulis blog dulu, paling banyak komen diterima untuk satu-satu entry cuma 4 kerat jer. Kadang-kadang tiada langsung. Tapi aku tak kisah bcoz aku menulis kerana minat, bukan dahagakan komen.

Apapun, kepada rakan-rakan blogger sekalian, kalau boleh janganlah sekadar blogwalking semata-mata. Sudi-sudikanlah tinggalkan sepatah dua komen dekat blog yang kita singgah. Lebih-lebih lagi kalau blog itu kepunyaan blogger baru. At least, komen kita mampu meningkatkan semangat mereka untuk terus berblogging. Betul tak?

Kisah Tok Wan Lagi - Dugaan Baru Datang Melanda

Sebelum ni aku dah ceritakan pasal tok wan yang patah tulang peha akibat tergelincir dalam bilik air. Alhamdulillah, tok wan dah selamat jalani pembedahan 4 hari lepas untuk menampalkan besi kat tulang yang patah tu. Ngeri pulak bila aku tengok balutan kat peha tok wan. Itu belum lagi lihat kesan jahitan. Mintak lah dijauhkan aku dari patah-patah tulang ni atau kecederaan dalaman.

Hampir 2 minggu kat hospital, tok wan pun dah mula nampak jemu. Biarpun anak-anak dan cucu-cucu selalu datang temankan tapi tetap tak sama dengan kebebasan duduk kat rumah. Mana boleh samakan hospital dengan rumah. Kalaulah aku, tak kiralah nurse-nurse kat hospital comel, sexy dan layanan 5 bintang sekalipun, tetap rasa nak balik ke rumah. Bukan ke Rumahku Syurgaku. Buruk macam mana sekali pun tetap rasa selesa duduk kat rumah.

Tips Menaikkan Traffic Melalui Blogwalking


Sebelum ni dah ramai blogger sudi berkongsi apa tips berkaitan trafic. Cuma disini aku nak tambah sedikit lagi tips agar dapat membantu korang menaikkan traffic dengan lebih cepat. 

Korang sure dah tahu salah satu cara menaikkan trafic adalah melaui blogwalking. Bagi blog-blog yang belum mencapai tahap UV (unique visitor) yang boleh dianggap selesa, selagi itulah perlunya menjelajah dari satu blog ke satu blog yang lain. Lainlah kalau blog dah mempunyai ramai pengunjung tetap setiap hari dan keadaan traffic maintain jer setiap masa. Boleh jadi juga kalau korang ni selebriti atau tokoh terkenal seperti Datuk Siti atau mantan PM Tun Dr. Mahathir, confirm buat satu entry jer beribu-ribu datang terjah blog korang. Tak perlu susah payah nak blogwalking untuk meningkatkan traffic.

Friday, November 26, 2010

Tiga Dalam Satu

Korang pernah buat tiga perkara dalam satu? Jarang-jarang kan. Kalu dua dalam satu, ramai yang selalu buat. Aku selalu buat tiga perkara dalam satu masa. Hampir setiap hari. Nak tahu apa tiga dalam satu tu?

Breakfast + Lunch + Dinner = BLD

Huhu..korang jangan ikut apa yang selalu aku buat ni. Kan tak pasal-pasal nanti kena gastrik. Sebut pasal makan, aku tak berapa kisah sangat. Apa yang ada aku makan kecuali ikan singang dan ikan gulai. Sumpah aku tak reti nak asingkan isi ikan dari tulang. Selalu jer tercekik tulang ataupun tertikam tulang kat celah gusi. Sejak akhir-akhir ni aku malas sikit nak masak. Nak masak maggi pun rasa malas sangat. So, terjadilah 3 perkara dalam satu. Biasanya aku makan malam jer. Siang hari tak makan, just minum air masak.

Lapar ah. Nak makan nasi lemak yang dah sedia terhidang atas meja ni. Nasi lemak kat kampung aku ni murah jer. Cuma 3 ringgit. Diletakkan sekali sambal ikan bilis, telor goreng, ayam goreng, ikan bilis goreng, kangkung, ikan aya dan nasik yang cukup banyak. Kalau makan seorang memang takkan habis. Tapi kalau dah lapar sangat, kadang-kadang rasa tak cukup pulak. Apa punya kedarah aku ni kan. Ok, nak makan dulu, nanti baru balas kunjungan kawan-kawan. 

Bersamamu Blogger

Bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Itulah pepatah yang sesuai untuk mengambarkan kemeriahan dunia blog sekarang dengan kehadiran lebih ramai blogger baru. Tua atau muda, remaja atau dewasa, bujang atau berkeluarga..sama-sama hadir memeriahkan dunia blog ini. 2 tahun lepas sewaktu aku mula memetik keyboard menaip entry pertama blog ni, hendak mengumpul seorang follower pun mengambil masa yang lama. Tapi sekarang, ada yang tak sampai 2-3 bulan menceburi dunia blog sudah berjaya mengumpul ratusan follower. Ini jelas menunjukkan dunia blog sedang berada di era kegemilangannya.

Sewaktu di awal penglibatan aku dalam penulisan blog, sehari kadang-kadang cuma seorang pengunjung jer yang datang. Adakalanya tiada pengunjung langsung. Tapi aku tak ambil peduli keadaan traffic jem atau clear, mencanak naik atau kendur. Walaupun cuma seorang pengunjung sehari, aku tetap berpuas hati sebab aku  berjaya mencorakkan blog ini mengikut kehendak aku. Tak terikut-ikut rentak blog yang lain. Aku menulis blog sebab aku aku minat menulis. Aku meluangkan masa menziarahi hampir seratus lebih blog setiap hari bukan sebab aku gila traffic atau gila populariti. Tapi sebagai tanda terima kasih di atas kesudian korang menziarahi blog aku yang tak comel ini.

Mengenangkan follower blog ini sudah mencapai angka 6 plus plus, dan juga blog yang aku follow sudah melebihi angka 7 plus plus, jadi di kesempatan ini aku nak bercerita tentang blog-blog yang aku cukup suka terjah. Tidak terhad kepada blog yang sudah lama bertapak tapi juga blog baru yang aku rasakan cukup mesra rakyat, bukan aduan rakyat ehh. Hehehe... Untuk permulaan, aku nak bercerita tentang satu blog jer. Esok, lusa, tulat..aku cerita lagi tentang blog-blog lain yang aku suka ziarah.

Kekasih Ku Di Ambil Orang

Sekian lama berpisah, berkongsi saat-saat indah, menanam impian masa depan, akhirnya kau pergi jua meninggalkan aku terkapai-kapai keseorangan. Semua ini tak pernah aku jangkakan akan berlalu. Why? Why? Pedihnya hati ini untuk menerima hakikat sebuah perpisahan. Kenapa setiap pertemuan mesti berakhir dengan perpisahan? Dalam sendu aku memetik gitar menyanyi keseorangan.

Sayangnya..harapan yang selama ini kau bawa,
Hancur berkecai musnah jua akhirnya,
Semuanya bagaikan sebuah mimpi,

Kau pergi jua,
Setelah BE ku kini membara,
Belum puas ku rasai hasilnya,
Kau pergi tak kembali...ohhh ohhh

Lagu Kita Zaman Budak-Budak Dulu

Korang masih ingat tak lagu masa kita kecik-kecik dulu. Dulu kan banyak lagu rakyat yang biasa kita nyanyi dengan kawan-kawan. Salah satu lagu yang aku suka dengar masa kecik-kecik dulu ialah lagu 'Di Malam Yang Sepi'. Tentu korang pernah nyanyi lagu ni kan. Tapi ada jugak yang dah lupa. Tak per takper, nanti aku refresh balik memory lama. Satu kenangan yang tak boleh aku lupa bila mak selalu nyanyikan lagu ni masa nak dodoikan anaknya. Kadang-kadang mata anakanda tercinta masih lagi terbuka luas, mak dah tertido sebelum sempat habiskan lagu. Ahakss!!

Jom, apa kata di waktu ini kita relekskan fikiran. Stop dulu buat kerja, yang lelaki pun lambat lagi nak pergi solat jumaat. Sementara menunggu waktu keluar untuk lunch ataupun bergerak ke masjid, jom kita ramai-ramai nyanyi lagu ni. Kembalikan nostalgia zaman budak-budak dulu. Aku tak tahu samada budak zaman sekarang tahu tak kewujudan lagu ni. Ini versi yang selalu aku, mak dan kawan-kawan nyanyikan masa dulu.

Di malam yang sepi pi pi
Pak Mat jual topi
Topinya koyak yak yak
Pak Mat jual tempoyak
Tempoyaknya basi si si
Pak Mat jual nasi
Nasinya enak nak nak
Pak Mat jual anak
Anaknya hilang lang lang
Pak Mat jual gelang
Gelangnya patah tah tah
Pak Mat jual getah
Getahnya putus tus tus
Pak Mat terus mampos

Tapi kalau nyanyi lagu ni masa nak main kejar-kejar, ada sedikit lagi tambahan senikata lagu yang dinyanyikan secara beramai-ramai. Masa part ni dinyanyikan, semuanya dah standby nak lari.

Thursday, November 25, 2010

SAYA SUKA BLOG AWAK LA!


Salam mesra..  Korang semua kenal encik Ben Ashaari kan. Dia dah buat hal lagi lah. Kali ni Encik Ben dah buka satu segmen baru yang dinamakan SAYA SUKA BLOG AWAK LA!. Mari lah sama-sama menyertai segmen ini. Di samping memperkenalkan blog kawan-kawan kepada blogger lain, dalam yang masa dapat menambahkan lagi ramai kenalan baru dalam dunia blog.

1- Azwa Amani - Teacher to be ini pun rajin mengupdate blog. Walaupun masih baru tapi aku suka terjah blog dia. Kebanyakan entry yang di publishkan di blog dia menjurus kepada nasihat dan renungan. Walaupun baru kenal tapi macam dah kenal lama. Pendek kata teman tapi mesra

2- Lydia Miza - Blogger baru yang tengah hot sekarang. Aku suka layan blog sis LM sebab blog dia simple dan tak berat. Gaya penulisan dia santai dan best untuk dibaca. Dan lagi sis LM rajin mengupdate blog, mesra rakyat, rajin membalas kunjungan dan tak lokek mempromosikan blog kawan-kawan.

3- Lynn Hamzah - Aku selalu berkunjung ke blog kak Lynn sebab suka baca entry yang dipublishkan dalam blog dia. Blog dia tak lah berat dan gaya penulisan pun bersahaja. Kak Lynn ni friendly, rajin membalas kunjungan dan meninggalkan komen. Baru lagi kenal tapi dah rasa mesra dalam dunia blog ini.

4- Eliza Dianna - Blogger yang dah lama aku kenal, sejak sama-sama terjebak dengan friendster. Blog dia lebih menjurus kepada personal/family blog. Gaya penulisan santai dan seronok untuk dibaca. Gambar-gambar dalam blog ini pun cantik-cantik. Tuan blog ini jugak friendly dan comel lote (ayat membodek..huhuhu)

5- Ibu Damia - Blog yang sangat menarik. Kandungan blog ini banyak menceritakan perihal 2 orang puterinya yang comel. Banyak juga gambar-gambar menarik dalam blog ini. Al maklumlah, tuan blog minat bidang fotografi. Waktu blog aku masih bertatih, Ibu Damia lah yang sudi meninggalkan komen kat blog ini

SAYA MENGETAHUI SEGMEN INI DARI BLOG INI dari sis Lydia Miza. Walaupun cuma boleh senaraikan 5 saja tapi tak bermakna blog-blog yang lain tak menarik. Semuanya best. Sebab tu aku tak kisah untuk menziarahi blog korang setiap masa.

Tag Dari Cik Amani - 10 Benda Tentang Masa Cuti

Kali ni nak menjawab tag dari adik Azwa Amani pulak. Comelkan nama dia, secomel pemilik nama ni.. ahakss!! Ok dik, saya dengan rasa happy ingin menjawab tag ini. Tak susah pun, just tulis jer 10 benda yang aku selalu buat waktu cuti.. 

Err, aku ni bila masa ada waktu cuit ekk. Lainlah kalau aku ni student, boleh cuti panjang-panjang. Dah tua-tua ni, masa cuti aku adalah bila melelapkan mata. Tido lah, bukan mati ekkk. Aku ni takut dengan perkatan kematian. Opss!! aku bukan takut nak mati tapi aku takut amalan yang ada ni tak cukup untuk membawa aku ke pintu Syurga. Ok, teruskan kepada tag. 10 benda yang selalu aku buat dimasa cuti adalah..

  1. Layan internet sepuas hati. Macamlah dah berkurun tak jumpa internet..ahakss!!
  2. Main games especially Pro Evolution Soccer. Games lain aku kurang minat
  3. Memasang robot. Peminat Gundam pasti tahu apa kerja yang aku buat ni
  4. Pergi jalan-jalan kat bandar. Hampeh..huhuhu. Memanglah setiap hari aku pergi bandar sebab opis pun kat dalam bandar tapi masa cuti ni lah aku nak pergi cuci mata
  5. Kemas bilik. Aku tak suka lihat bilik bersepah sana sini. Dah lah bilik tidur aku tak ubah macam pejabat. Macam perpustakaan pun ada sebab ada lebih seribu koleksi buku dalam bilik aku ni
  6. Cooking.. Yeahh, aku suka memasak. Tak payahlah nak bagitau masak apa ekk
  7. Pergi mandi air terjun. Ini selalunya aktiviti bila semua kawan rapat bercuti pada hari yang sama
  8. Lepak-lepak kat mc'D, KFC dan Pizza Hut. Selain makan, aku suka layan internet free kat situ
  9. Balik rumah family. Of coz sebab mak selalu masak yang sedap-sedap
  10. Layan sepupu yang kecik kecik kiut miut. Masa ni jer peluang nak buli diaorang..hahaha

Antara Pingat Emas Dan Tiket Ke Sukan Olimpik

Kurang 4 jam dari sekarang, skuad hoki lelaki negara akan turun ke padang menentang Pakistan. Dua hadiah istimewa ditawarkan dalam perlawanan akhir ini. Selain pingat emas, pemenang juga akan mendapat tiket automatik ke Sukan Olimpik 2012 di London.

Skuad hoki pada mulanya tidak diberi harapan selepas kegagalan di Sukan Komanwel beberapa bulan yang lepas. Namun pemain-pemain telah membuktikan bahawa kegagalan dalam temasya itu bukanlah penamat kepada segala-galanya. Di Sukan Asia Guangzhou 2010 mereka bangkit menyalakan api untuk menjadi juara.

Peluang terbaik telah terpampang di depan mata sekarang. Tembok Besar China sudah dirobohkan, Lautan Hindi sudah direnangi, yang tinggal kini hanya Banjaran Himalaya yang perlu ditawan. Memang di akui melawan Pakistan bukanlah tugas yang mudah tapi bukanlah mustahil untuk menewaskannya. Semangat, azam dan sokongan rakyat Malaysia menjadi azimat untuk melakar sejarah baru menjadi juara dan seterusnya layak ke Sukan Olimpik.

Masih Remaja, Dah Jadi Ibu Ayam

Apa nak jadi ah dengan anak gadis zaman sekarang. Semakin hari semakin rosak akhlak, semakin teruk perangai. Sebelum ini kita dah biasa mendengar kisah remaja perempuan menjadi bohsia, minah rempit, GRO, pelacur dan perempuan simpanan. Tapi kini remaja perempuan semakin ekstrem. Bukan lagi menerima upah, tapi dah menjadi taukeh. Kalau taukeh kedai tu apa orang nak hairankan, tapi ini taukeh jual ayam. 

'Apa kena dengan lu ni, brader. Awek jual ayam kat pasar pun nak kecoh'
'Mangkuk hayung kau. Yang ni bukan jual ayam kat pasar. Yang ni jadi ibu ayam lah.'

Baru berusia awal 20an dah jadi ibu ayam. Sasarannya pula pelajar sekolah. Pelajar sekolah baru berapa usianya, bawah 17 tahun. Kalau seusia belasan ini sudah pandai menjual body, tak hairan lah nanti makin banyak terjadi kes pembuangan bayi. Lihatlah bertapa kritikalnya perangai remaja zaman sekarang. 

Mungkin ada yang akan berkata, 'Ek eleh.. itu kes terpencil'. Memanglah, tapi yang terpencil ini lah  mampu merebak dengan cepat. Blogger sekalian, silalah perhatikan selalu tingkah laku anak anda, adik, kakak dan saudara rapat anda. Biarlah mereka rasa sedikit terkongkong dengan tindakan kita asalkan mereka tak terjebak dengan kegiatan tak bermoral ini.

Wednesday, November 24, 2010

Ombak Rindu

Semakin menjadi trend sekarang bila novel diterjemahkan ke filem. Sebelum ni sudah beberapa buah novel diangkat ke layar perak tapi kurang menjadi. Yang terbaru adalah Lagenda Budak Setan. Walaupun meletup di pawagam tapi jalan ceritanya terlalu laju hingga merosakkan mood cerita. Satu lagi banyak sangat olahan kembali membuatkan jalan cerita terbabas ke bahu jalan.  Mujur lagu tema filem ini mantap dan lakonan berkesan Lisa Surihani baru lah tergerak hati aku nak pergi tengok filem ini. Untuk menterjemahkan sebuah novel popular ini ke filem memerlukan penelitian yang mendalam agar jalan cerita tak menyimpang jauh dari karya asal.

Semalam baru aku dapat info mengenai sebuah lagi novel popular di filemkan. Ketinggalan zaman jugak aku sebab orang lain dah beberapa bulan tahu sedangkan aku baru semalam. Ahaak!!! Saper pernah baca novel Ombak Rindu karya Fauziah Ashari. Ni salah satu novel yang aku minat zaman remaja dulu. Err..dulu aku suka baca novel tapi sekarang dah berkurangan. Kat almari tu ada lagi 3 novel yang belum aku baca padahal dah dekat 2 tahun aku beli.

Raise Your Hand - Hentikan Penderaan Kanak-Kanak

Did you know that an average of 7 children in Malaysia suffered abuse every day in 2008, and these were only the reported cases? Many more experience abuse in silence and behind closed doors. Like all children, they too have a right to a happy childhood, free of abuse. Abuse robs a child of their health, development and dignity. It can also leave invisible scars on children, their families and society that last lifetimes, if not generations.

Kes penderaan kanak-kanak dilaporkan semakin meningkat dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Statistik kes penderaan kanak-kanak ketika ini cukup menyedihkan apabila sebanyak 10,758 kes dilaporkan kepada pihak polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat sejak empat tahun lalu. Dipercayai masih banyak lagi kes penderaan kanak-kanak yang tidak dilaporkan.

Tuesday, November 23, 2010

Menjaga Privasi Di Internet

Soalan 1 - Berapa ramai di antara kita mempunyai akaun laman sosial seperti Facebook, Twitter, Friendster, My Space, Tagged dan Multiply? 
Tak per tak per, tak perlu angkat tangan sebab dah tahu pun ramai yang mempunyai sekurang-kurangnya satu akaun laman sosial. Aku sendiri memiliki akaun di semua laman sosial yang wujud di internet ini.

Soalan 2 - Berapa ramai di antara kita menjaga privasi di laman sosaial tersebut?
Yang ni ada mengaru kepala sebab kurang faham. Privasi tu adalah maklumat peribadi seperti usia, taraf perkahwinan, pekerjaan dan sebagainya. Untuk soalan ni aku boleh katakan hampir 80% di antara kita kurang menjaga privasi.

Rakyat Malaysia adalah golongan paling popular di internet. Tak percaya ke? Angguk angguk geleng geleng. Menerusi satu kajian yang dijalankan oleh pusat penyelidikan Global TNS, Malaysia memenangi pertandingan populariti di internet dengan purata 233 teman di rangkaian sosial mereka berbanding China yang hanya mengumpul 63 teman dan 23 teman bagi penguna internet di Jepun.

Tapi ramai diantara kita kurang menitikberatkan soal privasi, mempunyai perasaan ingin tahu dan suka menerima kenalan baru dalam talian yang tak pernah dikenali. Ambil satu contoh, Facebook. Ramaikan yang buka akaun kat Facebook. Ramai yang tak kisah mendedahkan privasi mereka kepada kenalan baru yang hanya dikenali di alam maya. Ini bukanlah tindakan yang bijak kerana sesiapa pun boleh copy paste maklumat peribadi kita untuk tujuan tertentu. Cuba kita belek balik surat kabar lama. Teringat satu iklan yang pernah disiarkan di tv satu ketika dulu. Kisah sorang mamak kayuh basikal sambil jerit 'surat kabar lama, surat kabar lama'.

GA Teka & Menang Ibu3A


Menarik sangat contest anjuran Kak Yong ni. Cuma kira jer berapa jumlah duit kat dalam gambar tu. Contest ni dianjurkan sempena 6 bulan usia domain http://www.kakyong.com 

Tekaan saya yang pertama ialah RM79.53
Tekaan saya yang pertama ialah RM82.33

Dapat Award Lagi

Create your own banner at mybannermaker.com!

Dua hari lepas dapat award lagi. Kali ni dari kak Norgadis. Cantik award ni, berkelip-kelip. Kak Norgadis ni tinggal kat WP Labuan. Mungkin berasal sana atau bertugas kat sana, ntah lah. Lupa nak tanya. Apa2 pun, jemput ler ziarah ke blog kak Norgadis. Ada banyak perkara menarik dalam blog tu seperti cerpen, puisi, foto dan bermacam-macam lagi. Silalah berkunjung kalau nak tahu lebih lanjut lagi. Klik kat award di atas untuk terus ke blog beliau. Terima kasih kak atas award yg cantik ni.. 

Azman Roslan - Blog Pilihan Malaysia 2010

Saudara Azman Roslan telah mengerakkan usaha menganjurkan Blog Pilihan Malaysia 2010. Pertandingan ini bertujuan untuk memilih blog paling popular sepanjang tahun 2010 ini.

Sebanyak 6 kategori telah diperkenalkan iaitu...
  1. Blog Personal Lelaki Pilihan BPLP - blog yang dimiliki oleh lelaki bujang.
  2. Blog Personal Suami Pilihan BPSL - blog yang dimiliki oleh lelaki yang sudah berkahwin.
  3. Blog Personal Wanita Pilihan BPWP - blog yang dimiliki oleh wanita bujang.
  4. Blog Personal Isteri Pilihan BPIP - blog yang dimiliki oleh wanita yang sudah berkahwin.
  5. Blog Tutorial Pilihan BTP - blog yang memaparkan pasal tutorial blog, masakan, software dan juga gadjet sahaja.
  6. Blog Lawak Pilihan BLP - blog yang memaparkan tulisan, video, gambar yang lawak sahaja.

Tag Dari Cik Siti - Cinta Pertama Saya


Oh my...tag kali ini begitu ekstrem sekali. Selalunya tag yang pernah dijawab sebelum ni berbentuk soalan. Tapi kali ni kena ceritakan pengalaman cinta pertama. Saper lah yang terkeluar idea buat tag ni.. Kay, aku jawab lah jugak sebagai membalas kesudian cik Siti sweety tweety pussy pussy cat menjawab tag dari aku tempoh hari. ahak!!! 

Kisah ni berlaku masa aku berusia berusia 9 tahun. Masa tu dalam darjah 3 lagi. Aku suka kat sorang budak sekelas. Comel budak ni, chinese look. Rambut acap kali diikat toncang 2. Nama dia.. errr, korang carilah sendiri lagu M Osman yang popular masa era pop yeh yeh dulu. Nama lagu tu sama dengan nama budak sekelas aku ni. :)

Gejala Laman Lucah Di Internet

Gambar Ihsan Dari Kosmo

Internet adalah medium perhubungan komunikasi yang popular di kalangan rakyat Malaysia dan seluruh dunia.  Namun kewujudan internet ada juga pro dan kontranya terhadap rakyat dunia terutamanya rakyat Malaysia sendiri. Kehadiran berbagai jenis laman lucah di internet telah mempengaruhi kehidupan rakyat negara ini amnya dan remaja khasnya. 

Di internet, terdapat beberapa laman lucah yang diasaskan sendiri oleh rakyat tempatan. Paling memalukan bila ada diantaranya diasaskan oleh orang melayu sendiri. Selain itu, kecanggihan alat telekomunikasi masa kini telah dijadikan medium untuk muat turun gambar dan video lucah melalui telefon bimbit. Permikiran yang masih mentah dan perasaan ingin mencuba adalah punca kenapa golongan remaja paling ramai dikesan terpengaruh dengan gejala tidak sihat ini.

Khas Untuk Blogger Sis Lydia Miza


Entry ini ditujukan khusus buat sis Lydia Miza. Sempena birthday sis Lydia Miza yang ke-29 hari ini, adik mu  di alam maya ini mendoakan agar sis Lydia Miza dikurniakan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan tercapai segala impian. Selamat bergembira di hari kelahiran ini, cuma sekali jer dalam setahun. This is last time menyambut di angka 2, same day next year dah bertukar ke angka 3 pulak.

Monday, November 22, 2010

Asmara


Ada sesiapa yang dah tengok drama bersiri yang disiarkan dalam slot lestary kat tv3? Drama Asmara tu lah yang bersiaran setiap hari selasa jam 9 malam. Terpacak pulak aku depan tv tengok cerita ni. Serius aku cakap sebelum ni jarang sangat aku layan drama kat tv. Aku bukanlah suka sangat terpacak kat tv. Boring  lorrr.. Selain tengok berita, aku cuma akan standby depan tv kalau kalau ada  siaran langsung bola sepak dan badminton. Kartun pun layan kat internet jer. Drama-drama melayu ni lagi lah aku tak berapa nak layan sebab jalan cerita lebih kurang sama jer cuma watak dan lokasi yang berbeza.

Berbalik kepada drama Asmara ni, aku terpandang nama penulis skrip Sharifah Abu Salem masa permulaan cerita tuh. Hiks!! aku memang minat dengan novelis ni. Zaman remaja dulu suka sangat baca novel hasil karya dia. Sampai aku boleh terbayang depan mata situasi yang digambarkan dalam novel tu. Sekarang ni bila tahu dia jadi penulis skrip drama ni, takkanlah nak lari macam tu jer.

Tak silap tanggapan aku sebab jalan ceritanya menarik. Watak-watak utama pun muka baru. Tak lah boring sebab kalau drama lain asyik muka yang sama jer pegang watak utama. 1st time tengok ingatkan Asmara tu nama untuk watak perempuan, alih-alih diguna pakai untuk watak lelaki rupanya. Boleh lah sebab nampak kelainan sikit kan. Korang yang belum tengok drama ni lagi, tontonlah malam esok. Cuma tinggal 2 episod lagi nak habis. Nak ulas panjang-panjang tak pandai. Jalan cerita berkisar pasal keluarga, isu anak luar nikah dan pergolakan rumahtangga. Kalau terlepas episod, boleh download jer.

Kalau lagu tema elok letak lagu fazley, Asmara Ini.. Nak nyanyi sikit biar hujan turun malam ni..

Asmara ini yang hanyutkan kita 
Asamara ini yang hanyutkan aku 
Biar seribu kali ku ucapkan 
Takkan goyah oh kebenaran...

Aku, Blog Dan Loghat Terengganu

Pada awal kewujudan blog ni, aku menggunakan loghat negeri dalam penulisan. Entahlah, rasa bebas dan banyak idea pulak bila menulis menggunakan loghat negeri. Kebanyakan penulisan aku masa tu menjurus kepada diari hidup dan juga memperkenalkan negeri Terengganu kepada orang luar. Boleh pergi ke sini kalau nak baca salah satu entry yang aku tulis dalam loghat negeri.

Waktu tu kalau dapat 10 orang pengunjung sehari pun dah rasa cukup gembira. Tapi kadang-kadang nak dapat seorang pengunjung pun susah. Tapi aku tak amik kisah sangat pun berapa ramai bilangan pengunjung. Yang penting blog ni akan terus wujud selagi ia masih releven.

Sewaktu aku mula bertatih dalam dunia blog, terdapat 6 orang blogger yang baik hati telah sudi meninggalkan komen diblog ini. Thanks to Natasha Mik'yal, Suzie Apai, Erni, Mommy Qastalani, Alia dan Farah Amoi. Tanpa komen mereka waktu itu, aku pasti dah lama surrender dari dunia blog.

Sunday, November 21, 2010

Kids & Baby Photo Contest


Dengan rasa malu-malu kucing, tuan blog nak masuk satu contest anjuran cik Safiyyah Osman. Syarat-syarat penyertaan cukup mudah. Cuma tampalkan sekeping gambar kanak-kanak, tak kiralah gambar anda, adik, anak saudara atau anak sepupu tapi mestilah mempunyai pertalian dengan anda. Tak perlu cipta slogan apa-apa pun. Nak tahu lebih lanjut, sila klik gambar di atas untuk terus ke entry contest penganjur. Tarikh tutup 30 November 2010.

Opss!! lupa, kalau ada contest mesti nak tahu apa hadiahnya. Pemenang bertuah akan menerima...

Earring dari Lazo Diamond Jewellery. White Gold!!

Award Penghargaan Buat Blogger


Dengan penuh rasa rendah diri, buat julung kalinya tuan blog ingin memberikan sedikit penghargaan kepada blogger yang sudi singgah di blog ini dan mencoretkan sepatah dua komen. Kehadiran anda adalah faktor utama blog ini masih bernyawa dan komen-komen anda menaikkan lagi semangat tuan blog untuk terus mencoretkan entry. Walaupun kita tak pernah bersua muka, sekadar membaca coretan dan menatap gambar di blog tapi itu bukanlah tembok penghalang untuk kita membina ikatan persahabatan di alam maya ini.

Award penghargaan ini ditujukan kepada semua blogger lama dan baru yang sudi memeriahkan blog ini. Semoga  anda semua terus aktif berblogging dan sudi-sudikan lah menziarahi blog kawan-kawan yang lain. Dalam dunia blog ini, ada penulisan yang sentiasa bergerak lurus dan ada penulisan yang tergelincir ke tepi. Mana yang baik itu sama-samalah kita jadikan panduan dan mana yang kurang elok sudi-sudikanlah memberi teguran. 

Terima kasih diatas sokongan anda selama ini!! Sudi-sudikanlah menerima award ini...

20 Fakta Menarik Hari Ini - Siri 5

  1. Haiwan darat yang paling pantas di dunia ialah cheetah. Kelajuan yang boleh dicapainya ialah  60-70 batu per jam (110 km/jam)
  2. Cengkadak hanya mempunyai satu telinga
  3. Hanya nyamuk betina yang akan gigit kerana protin  dari darah diperlukan untuk pengeluaran telur
  4. Gigi tupai akan tumbuh berterusan. Gigi kacipnya boleh tumbuh sepanjang enam inci setahun, tapi masih pendik kerana penggunaan yang kerap
  5. Kelenjar di kaki rusa akan meninggalkan bau di jejak yang dilaluinya dan akan membantu mereka berkomunikasi diantara satu sama lain
  6. Tidak ada 2 ekor zebra yang mempunyai tanda yang sama
  7. Labah-labah mempunyai hidung dikaki yang boleh mengesan bau yang berkemungkinan mangsa, pemangsa atau pasangannya

Saturday, November 20, 2010

Terlepas Satu Emas Acara Beregu Badminton


Sebentar tadi berlangsung perlawanan akhir acara beregu badminton Sukan Asia Guangzhou 2010. Harapan beregu negara untuk mengapai emas ke-4 buat kontijen Malaysia tak menjadi kenyataan. Koo Kien Kiat/Tan Boon Heong tewas kepada beregu dari Indonesia, Markis Kido/Hendra Setiawan dalam rubber game 21-16, 24-26, 19-21. Analisis ringka perlawanan akhir ni, beregu negara sepatutnya berjaya meraih emas seandainya dapat meraih mata kemenangan dalam saat-saat genting pada set ke-2. Satu mata yang diperlukan untuk meraih pingat emas tak dapat direalisasikan. Gandingan Indonesia nampak lebih bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi perlawanan akhir ini.

Tamat acara beregu. Esok Lee Chong Wei akan turun gelanggang menentang seteru utama dari China, Lin Dan. Persoalan disini, mampukah negara mencapai sasaran 9 pingat emas? Hanya atlet yang menentukan.

Berkawan Untuk Seketika Atau Selamanya?

Aku suka berkawan dengan sesiapa saja yang sudi. Tak kira lelaki atau perempuan, bujang atau sudah berkahwin, tua ataupun muda. Sesiapa saja boleh menjadi kawan. Tiada had dan batasan dalam berkawan selagi saling menghormati. Kawan boleh didapati dimana-mana sahaja. Di sekolah, di tempat kerja, di kampung, jiran sebelah rumah ataupun di alam maya. 

Tapi kawan yang sebenarnya dinamakan kawan takkan kita temui dengan mudah. Berapa ramai kawan kita sudi berkongsi susah senang, tawa tangis? Berapa ramai kawan kita yang tak lokek menghulurkan bantuan saat kita memerlukan? Berapa kawan yang setia bersama kita dari dulu hingga kini? Berhati-hatilah memilih kawan. Biarlah kita tak ramai kawan asalkan kita tak tersilap memilih kawan.

Most important, dalam berkawan jangan sesekali biarkan kawan tahu apa saja tentang diri anda ataupun keluarga. Ada yang boleh diberitahu, ada yang patut disimpan rapi. Bimbang nanti kalau-kalau terputus kawan, habis semua perkara diungkitkan hingga mengaibkan kita.

Suatu masa dulu, aku mempunyai seorang kawan. Kitaorang banyak habiskan masa bersama. Main bersama, belajar bersama, bergelak ketawa, sama-sama menerima hukuman bila membuat salah. Ada yang mengatakan kitaorang bagaikan adik beradik. Masa-masa yang berlalu cukup menyeronokkan. Sehinggalah sampai waktu kitaorang dah tak berjumpa bila masing-masing membawa hala tuju sambung belajar.

Follower Dan Contest

Follower -
Dua tahun lepas semasa aku mula menulis blog, boleh dikatakan nak cari 50 orang follower pun susah. Masa tu blog belum lagi digunakan secara meluas. Tapi sekarang lihatlah, setiap hari berpuluh-puluh, maybe beratus blog baru diwujudkan. Tak ubah seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan. Sepanjang pemerhatian aku selama sebulan ni, rata-rata blogger baru adalah dikalangan mereka yang berusia bawah 30an. Student yang paling ramai menjadi blogger. Tapi ramai follower tak letak kan link blog. Jadi susah nak follow balik. Well..kalau boleh tolong tinggalkan komen berserta link blog ataupun jerit saja kat kotak sembang disebelah tu. :-)

Yang bestnya sekarang, blogger baru ni kebanyakannya perempuan. Seperti follower aku sekarang ni...muda-muda dan comel-comel. Ni yang buat aku blogger lelaki semakin bersemangat nak berblogging dan juga blogwalking. Betul tak? Betul cikgu... :-p

Contest -
Banyak contest sekarang ni. Sana sini ada jer yang bermurah hati membuat contest. Penyertaan dalam setiap contest yang dianjurkan teramat menggalakkan. Selain berpeluang memenangi hadiah, contest ini juga dapat menaikkan aliran traffic ke blog penganjur. Secara positif, penganjur contest dan juga peserta dapat menambahkan lagi bilangan rakan blogger. Nice kan. Aku ni cuma sekali jer pernah join contest. Selalunya cuma tulis komen bagi sokongan kepada perserta dan penganjur jer. 

Well..terpikir jugak nak buat satu contest. Tapi mesti berbeza dari mana-mana contest yang pernah dianjurkan. Hadiah yang ditawarkan bergantung kepada kerelaan hati dan jugak bajet. I think lebih baik kalau berbentuk wang tunai, kan kan kan. Bila nak buat contest ni ekk? Bergantung kepada keadaan dan masa. Psstt..kalau tawarkan hadiah utama 1k, ramai tak nak join contest? Hehehe

Friday, November 19, 2010

Satu Hari Di Hari Raya

Hari ni sudah masuk hari ke tiga Hari Raya Aidiladha 1431H. Alhamdulillah, cuaca kali ini amat baik. Sana sini dipenuhi dengan aktiviti korban sampaikan dalam peti sejuk dah penuh dengan daging korban. Di tepi surau kampung aku, 30 ekor lembu tumbang menyembah bumi pada hari raya kali ni. Sekali tengok macam satu pesta bila ramai orang dari kampung bersebelahan datang sama2 hulurkan tenaga menjayakan aktiviti korban ini.

Dah 2 hari blog ni tak ter-update. 2 hari lepas cuma sempat jenguk sekejap jer. Kelmarin dah lepas maghrib sempat bukak sekejap. Lepas tu terus balik ke rumah family sebab hari ini ada program membakar satay. Dari tengah malam aku sibuk mencucuk ayam ke lidi. Ramai lah jugak sedara mara datang nak makan satay ni.  Diaorang ni kalau tolong datang bakar satay ok jugak. Tak lah aku terkejar-kejar masa nak update blog ni. Siang hari ni tak sempat lagi nak ziarah blog kawan2. Tengok lah malam nanti kalau dah free. Tak sabar nak baca cerita hari raya korang. Korang yang tinggal berdekatan tu jemput lah datang ke rumah makan satay..huhuhu. Ada blogger tanya kenapa tuan blog jarang tampalkan gambarnya kat sini? Errr.. tuan blog ni jenis low profile, tak nak glamour. Kat bawah sana ada gambar tuan blog. Tak comel, tak hensem bergaya.. Baik jangan tengok. Nanti bermimpi ngeri pulak..

 Dikeheningan pagi raya

Tagged Dari Deqlis - My Minute Survey

Instruction : Once you are tagged, answer all the questions honestly. No lying or cheating.
Starting time : 1438

Name : fairul.. full name rahsia
Brother(s) : 4
Eye colour : brown Black
Shoe size : 7
Hair : wavy
Piercings : x
Height : 170cm^^
What are you wearing right now : t-shirt and kain pelikat
Where do you live : kuala terengganu
Favourite number : 5
Favourite drink : pineapple juice
Favourite month : december
Favourite breakfast : nasi lemak and burger

Tuesday, November 16, 2010

Buffered Earnings Nuffnang


Check Nuffnang hari ni, tengok-tengok BE tinggal lapan kerat jer. 4 BE sebelum ni termasuk Nokia N8 dah turun ke ME. Digantikan pulak dengan 3 BE yang baru. Why why?  Frust lorr sebab CTR bonus Nokia N8 tu tengah mencanak naik tetiba dah jatuh ke ME. Apa pun thanks ler Nuffnang sebab masih sudi beri BE kat aku ni. Walaupun dah 2 tahun lebih sejak blog ini diwujudkan tapi baru sebulan dua ni aku aktif menulis entry. Ini pun selepas aku dah jarang sangat layan muka buku.

Prestasi blog ni pun sejak dua menjak ni semakin baik. Lagi-lagi bila semakin ramai pengunjung dari luar sudi datang melawat blog aku ni. Walaupun aku 95% entry aku dalam bahasa melayu tapi dengan adanya translator, boleh lah diaorang faham serba sikit apa yang aku tuliskan. Ok ok, setakat ni jer dapat aku taipkan. Sekarang masa untuk baca email yang dah mencecah tiga ratus lebih ni. Baru seminggu tak bukak, dah bertimbun. Aiyakkk

Selamat Hari Raya Aidiladha 1431H


Dengan penuh rasa kesyukuran dan keinsafan, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1431H kepada semua pengunjung muslimin dan muslimat sekalian. Hayati sejenak kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail.

'Nabi Ismail adalah anak kesayangan Nabi Ibrahim. Sungguh pun begitu Nabi Ibrahim redha dengan perintah Allah s.w.t. untuk menjadikan Nabi Ismail sebagai korban. Nabi Ismail juga redha dengan perintah Allah s.w.t. yang menjadikan dirinya sebagai korban penyembelihan ayahya Nabi Ibrahim. Dan akhirnya Allah s.w.t. menggantikan dengan seekor kibas sebagai pengganti di atas ketaatan keduanya.'


Adakah kita mampu untuk berkorban seperti mana Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail? Kalau tidak pun berkorbanlah dengan apa yang kita mampu.

Bila Kita menjadi Tunangan Orang Tanpa Sedar

Percaya atau x, kita boleh ber”tunang” tanpa sedar? Yup, kita boleh bertunang tanpa kita sedar, bila seorang lelaki, berhasrat untuk mengambil seorang perempuan untuk dijadikan isteri. Eh, itu memang normal bukan? Tapi, yang anda mungkin x tahu, anda sebenarnya sudah bertunang bila situasi seperti berikut berlaku.

Lelaki menyatakan hasrat ingin menjadikan perempuan itu isterinya, dan perempuan itu bersetuju. Adakah dikira telah bertunang? Padahal tidak ada ibu bapa perempuan tersebut. Pinang dari segi hukum fiqah, bererti pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin pada pihak perempuan. Itu dipanggil pinang. Bila perempuan menjawab setuju, maka jadilah perempuan itu tunang laki tersebut.

Situasi yang dianggap pinangan:
 "Aku nak jadikan kamu sebagai isteriku"
 "Kahwinlah dengan kita bila2"

Bila si perempuan bersetuju, dia akan jadi tunang. Sama ada bercakap dalam telefon, tetap dah jadi tunang.

IKEA Kitchen Living Contest

Nota: Entry ini akan melekat selama 48 jam. Sila scroll ke bawah untuk baca entry terkini...

Sebagai pembuka kata, ada empat pertanyaan disini.
  1. Siapa minat barangan dapur? 
  2. Siapa bercita-cita untuk memiliki dapur impian? 
  3. Siapa pernah melayari laman web IKEA?
  4. Siapa pernah pergi ke IKEA? 
Soalan-soalan kat atas korang jawab sendiri ekk. Tiada hadiah pun dari tuan blog. kekeke.. Rata2 pembaca blog ini pernah pergi ke IKEA atau paling kurang pun pernah dengar nama IKEA. Aku dah lama kenal IKEA sejak menjadi pembaca setia sebuah majalah berkaitan pengubahsuaian dapur. Sekarang pun dah mula merancang design dapur impian bila dah miliki rumah sendiri suatu masa nanti.

Tahukah anda, IKEA sedang mengajurkan  Kitchen Living contest. Contest berbentuk games ini sudah bermula sejak 8hb November dan akan berakhir pada 28hb nanti. Tinggal lebih kurang 14 hari lagi sebelum contest ditutup. Contest ini cukup mudah dan menyeronokkan. Cuma cari barang tersembuyi dan anda berpeluang memenangi  IKEA voucher bernilai RM500 setiap minggu. Tak percaya ker? Gambar-gambar dibawah menunjukkan 4 step mudah untuk masuk contest ini.

klik pada gambar untuk paparan lebih besar

Macam mana? Mudahkan. Kalau berminat, sertai segera IKEA Kitchen Living Contest. Good Luck !!