Sunday, November 28, 2010

Buku Diari vs Blog

Buku diari adalah harta yang terlalu peribadi. Sesiapun pun tak dibenarkan membacanya kecuali tuan punya diari itu. Sekitar tahun 90an sewaktu aku belum kenal internet lagi, aku suka mencatatkan perkara penting yang berlaku dalam buku diari. Aku mula menulis diari sejak berada di sekolah menengah. Bila bertukar ke sekolah baru, aku rasa boring sangat sebab kawan baru tak best macam kawan-kawan lama. 

Mula lah timbul keinginan nak mencatatkan segala luahan hati dan juga pengalaman yang aku tempuhi di sekolah baru ni. Sehingga tamat belajar, aku dah mempunyai 3 buku diari. Sesekali rasa tergelak pulak bila baca balik apa yang aku tulis dalam buku tu. Lebih-lebih lagi kisah cinta monyet. Bagi aku buku diari ni terlalu berharga. Selagi ada buku ni, selagi itulah aku akan terus mengingati kenangan silam dengan jelas.

Bila dah kerja, aku menulis diari dalam microsoft word. Semua kejadian yang berlaku sepanjang 7 tahun aku bekerja dicatatkan dalam ni. Kekadang rasa leceh jugak sebab kena scroll panjang ke bawah untuk menulis catatan baru. Dalam ni tercatat semua kenangan sepanjang menjadi 'romeo must die'. Sekitar tahun 2008 baru lah aku mula berjinak-jinak dengan blog. Sejak tu, segala luahan dan apa saja yang terlintas dalam kepala, aku catatkan kat blog ini. Blog memang best. Selain bebas untuk menulis ikut suka hati, aku jugak mendapat ramai kawan baru. Dan juga bertukar pendapat serta info berguna dengan blogger sekalian. 10 tahun akan datang tak tahu lagi apa yang akan mengantikan blog. Mungkin masa tu blog dah jadi bahan khazanah kat muzium.

28 comments:

AiMaN said...

wah..best je ade diari kn? atok nak buat jgk la

maya amir said...

dulu2 ade diari, skali kene baca dek abah..terus tak tulis2 sampai sudah..(*malu*)hehehe...

Siti Safiyyah said...

jarang la tengok lelaki ada diari..biasanya perempuan suka mende2 gitu..hehe

Cik TeN10 said...

i suke jgak..tapi i tak tlis..setiap apa yg berlaku,luahan hati sume i zahirkan melalui lukisan..yg tertulis hanyalah tarikh..so xkesah la kl org len terbaca pn kn..diorg tatau pn ape yg tersirat..hihi

Unknown said...

AiMaN - buat ler.. aiman tak kisah

maya amir - sbb tu diari adalah harta paling berharga.. sesiapa pun x leh sentuh.. hehe

Siti - saya lah salah seorang lelaki yg jarang2 dilihat itu.. :)

Unknown said...

fatin - itu dipanggil lukisan berdiari.. huhu

Cempakamelati said...

Ya semua berubah ikut peredaran zaman.

Unknown said...

akan datang tak tahu apalagi yg akan mengantikan blog

azwa amani said...

menulis untuk meluahkan...banyak nyer diari..:)

suzie rahman said...

hihi der diari juga.tp suke tulis time stdy2 dulu jer.skg dh xder..bla bc diary lma2 lawak + malu lk,,hihi

Unknown said...

azwa_amani - tu kisah zaman jadi student dulu,,hehehe

suzie rahman - betul, bila baca balik rasa kelakar lak terkenangkan yang lepas

Mashe said...

baru ja lepas baca diary lama2... nak tergelak pon ada~ hahaha

ummu said...

akak pun suka tulis diary
dari zaman sekolah rendah
sampailah u
nasib baik zaman 90-an dulu akak tak terdedah dgn IT lagi
kalau tak blog lah jadi mangsa,:)
p/s: setuju dgn pandangan Siti

Artzlizan said...

zaman dah berubah...semua digital...tapi yang lama tak dilupakan...

Kamsiah yusoff said...

zaman sek men mmg popular la diari...tp saya tak la menulis dgn detail,terperinci..hal2 peribadi...takut dibaca oleh org2 tak bertanggungjawab..

Chenta said...

ehh...dulu pun saya ada diari .. banyakkk ...

yg kelakarnya siap kunci . Pastu lupa letak mana anak kunci, nak bukak terpaksa pecahkan ! hahaha

mak encik | SZ said...

ihiks..kalo diari lama saya tu slalunya awal2 tahun je semangat nak mencatat..pastu dah ke lauttt... ;p

My Little Diary said...

salam,
diary buat kita ckp benar kan. saya pernah jgk ada diary masa zaman skola menengah, tapi telah di baca oleh kawan sekelas.... kerana diary tersebut kami jdk gaduh, sejak dari hari itu saya tak perlu diary utk luahkan isi hati saya, saya lebih suka pendamkan saja... sob3x..

alexayussida said...

skrg pon masih ade diari^^
bnda2 yg terlalu privasi sume sumbat sana..tenang ati bile dah luah sgala:)

Unknown said...

Datin SMS - samalah..memang kelakar baca kisah lama dlm diari

kak ummu - terfikir gak kalau blog dah wujud sejak tahun 90an lagi, mesti sekarang dah beribu coretan saya buat :)

princeduyong - yang lama tetap berharga

Unknown said...

kak Kamsiah - betul betul..ramai kawan pompuan yg sekelas dgn saya suka tulis. kadang2 buat jahat sesekali, curi2 baca diari sesiapa yg tertinggal dlm meja..huhu

kak Linda - kesian kunci tu. dah setia menjaga buku tu tapi last2 tuan dia pecahkan jugak..huhu

Unknown said...

sz | m.s.s - saya pun mcm tu jugak kak. awal tahun bukan main panjang tulis mcm karangan. masuk pertengahan tahun dah semakin pendek apa yg ditulis

My Little Diary - dlm diari takder lah bohong2. semuanya benar apa yg ditulis. jgn suka memendam perasaan, nanti memakan diri

Unknown said...

alexa yussida - kena jaga elok2 diari tu. jgn sampai tercicir kat mana-mana. kalau peminat baca, habislah..huhu

ozzy said...

salam..

Pada awalnya saya pun sama..semua penulisan adalah kisah hidup saya atau diary saya & hanya 2-3 org teman saja yg baca ..tapi bila dah habis semua kisah kebanyakannya saya jadikan 'save as draft' & org lain x boleh buka lagi..
Sekarang blog saya dah jadi blog umum bukan lagi blog peribadi seperti awal dulu..

Unknown said...

nice kan. dengan blog kita boleh berkongsi dengan semua orang.. :)

Anonymous said...

Kongsikan Pengalaman Indah anda bersama Biskut Julie's di Blog Anda Dan Menangi Hadiah BErnilai RM750 :] -->KLIK SINI UTK MAKLUMAT PERTANDINGAN<--

Close Account said...

sy ieyla.. sy pown ckew ngat tuliz dairy dr skolah rendah cmpai ckrg... penuh da buku dairi ...
pas 2 ckrg kn da zaman it.. tuliz dlm microsoft word.. dn kdg2 di dlm blog sy.. follow la blog sy..
www.pinqieylahieyla92.blogspot.com

Close Account said...

sy ieyla.. sy pown ckew ngat tuliz dairy dr skolah rendah cmpai ckrg... penuh da buku dairi ...
pas 2 ckrg kn da zaman it.. tuliz dlm microsoft word.. dn kdg2 di dlm blog sy.. follow la blog sy..
www.pinqieylahieyla92.blogspot.com